7 Penyebab Anda Rugi Beli Emas

1. Beli emas tanpa ilmu
Ikut orang beli emas, Kita sibuk beli emas, tapi kita tak tahu sebab apa orang beli emas lalu bertindak kurang bijak apabila tidak merancang simpanan dengan betul.

Antara akibatnya ada yang jual emas dan terpaksa rugi bila susut nilai tinggi kerana harga emas belum naik.

2. Join skim pelaburan emas
Kelabu mata bila dengar pasal dapat duit bulan,dapat dividen, dapat hibah dan sebagainya. Asal dengar orang cakap “untung ” je terus anda join tanpa sempat buat kajian mendalam.

Halal haram dah tak peduli,yang penting “masyuk”. Akhirnya masuk banyak, keluar pun banyak sebab rezeki tak berkat.

3. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat murah.

Emas bukan barang kawalan, harga pun ikut kedai emas/company/pengedar nak jual berapa. Sebab tu boleh tengok ada macam-macam harga. Jadi,pilihla harga yang murah dan spread margin yang rendah. Ada juga syarikat harga emas murah tapi susut nilai tinggi ya ampun. Lebih dari 30% susut nilai.

4. Tak tanya berapa susut nilai

Lupa tanya, kalau jual semula berapa susut nilai akan tolak?

5. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

Menjual emas tanpa sebab yang kukuh. Saya selalu ajar client saya, jual emas apabila :

  • Jika nak mula berbisnes (perlu modal)
  • Beli rumah
  • Beli tanah
  • Terdesak (pilihan selain jual terus, anda boleh gadai di Ar-Rahnu jika mampu tebus)

6. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah

Ar rahnu adalah tempat cagar emas. Ia adalah hutang. Bukan tempat buat untung.

Gunakanlah kemudahan ar rahnu untuk keperluan dan modal bisnes, bukan untuk perkara di atas.

7. Beli tanpa mentor atau introducer betul

Pastikan introducer anda seorang yang komited. Dapat menjawab apa-apa persoalan dikemukakan dan bukan jenis touch and go.
Lepas bantu daftarkan kita, terus senyap bertahun tanpa update tentang emas atau promosi terkini.

Similar Posts

  • Bengkel Santai Fonik SK Taman Rinting 1

    Hari ini berkongsi fonik di SK Taman Rinting 1. Dalam ucapannya, Tuan Guru Besar, Encik Norazrin berkata yang beliau terkejut apabila melihat buku yang saya susun di atas meja. Sangka saya beliau terkejut kerana saya bawa banyak bahan untuk mengajar. Rupanya, beliau berkongsi bahawa 20 tahun yang lepas beliau telah menggunakan buku Bacalah Anakku untuk…

  • The Power Of Less

    Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo. Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan. Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini. Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat. Tetapi waktu makan malam, terlupa…

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Didik Anak Menyimpan Wang

    Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu. Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini. Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi…

Leave a Reply