Anak Rabun Dekat Atau Jauh?

Hari itu suami buat cermin mata baru di A-Look Aeon Tebrau. Oleh kerana Afiah pun kerap mengadu tidak nampak, kami pujuk-pujuk dia untuk buat pemeriksaan mata.

Hasilnya di dapati bahawa mata Afiah memang ada isu, cuma pekerja yang memeriksa itu kata dia tak boleh nak jelaskan dengan lebih lanjut sebab kepakaran dia bukan pada mata budak.

Dia sarankan kami bawa Afiah ke klinik/ hospital buat pemeriksaan dengan doktor. Ataupun ada satu kedai optometri di Giant Plentong yang memang kepakarannya memeriksa mata budak.

Dan lagi, dia juga berikan tips apabila nak periksa mata anak:

Tips 1 – Pergi buat pemeriksaan mata pada awal pagi. Ini kerana mata anak lebih segar pada ketika ini. Jika pemeriksaan dilakukan pada waktu petang atau malam, mata anak akan kepenatan dan sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil ujian mata.

Eh, rasa macam banyak dia bagi tips, tapi ingat 1 sahaja. Huhu.

Tips 2 – Rupanya ada beza jika hasil pemeriksaan itu – (negative) atau + (positif). Dia tunjukkan yang hasil mata suami dan saya adalah negative. Tapi mata Afiah positif. Kanta yang akan digunakan untuk membetulkan penglihatan untuk kedua keadaan ini adalah berbeza.

Kanta yang lebih cembung digunakan untuk mata positif dan menyebabkan mata nampak lebih besar.

Cuma dia tak dapat cerita lebih details apa beza positif dan negatif tu.

Melalui google, saya fahami bahawa simbol positif itu bermaksud farsighted (rabun jauh) dan simbol negatif adalah nearsighted (rabun dekat).

Jadi, nanti kami akan bawa Afiah buat pemeriksaan mata lebih terperinci dengan doktor. Lebih baik, lebih tepat.

Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • WhizTots BAK #2

    Malam ni perkukuhkan gabung bunyi.. Guna /m/ pula.. Ma mi mu.. Gunting-gunting.. Gam-gam.. Carta poket mini… Dan macam-macam lagi.. Dari saya Nor Azleen Abd Rahim, the professional mommy yang pakar dalam membantu anak sekecil 4 hingga 9 tahun belajar membaca dengan cepat, mudah dan seronok. Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest…

  • Recipe Oat Omelette

    Bahan-bahan: Rolled oat 2 putih telur dan 1 kuning telur Tomato Pepper Cara penyediaan: Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan. Campurkan semua bahan. Masak atas kuali pan. Bila dah siap bolehlah dimakan. Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya.. Taaa daa.. Selamat bersarapan.. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Discover more from…

  • Ujian dan Rezeki Dari Tuhan

    Hari ini sepatutnya saya ada taklimat ringkas dengan ibu bapa Linus di sebuah sekolah Pasir Gudang berkaitan dengan Program Sekolah Angkat Whiztots. Namun, sejak semalam Angah demam dan ia berlanjutan sehingga pagi ini. Angah ada sejarah demam beserta sawan. Jadi saya tidak selesa meninggalkannya dengan orang lain sewaktu demam. Maka saya wakilkan staf untuk menggantikan…

  • Talent Diperlukan: Tutor Online (Part Time)

    TUTOR DIPERLUKAN SEGERA (PARTTIME)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSWWW.WHIZTOTS.COMBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)GANJARAN BASIC RM350 + KPI RM100 SEBULAN Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN DIPERLUKAN: TARIKH DIJANGKA BERMULA: MAC 2024 STATUS: Kontrak 6 bulan TEMPOH PERCUBAAN: 3 ke 6 bulan HARI…

  • Menu Roti Mentega Kacang

    Beginilah rupa sahur hari ini. Dua keping roti wholemeal yang disapu dengan mentega kacang. Selalunya saya suka mentega kacang jenama Steffi tapi di Tesco Tebrau semalam tidak ada. Beli sahajalah Skippy chunky. Ditaburkan lebihan pisang dari menu Afiah. Rasa macam pernah tengok orang buat sandwich mentega dengan pisang. Sedap juga rasanya. Lemak-lemak masin dari mentega…

  • 5 Kepentingan Kreativiti dalam Pengajaran Prasekolah

    Pendidikan prasekolah memainkan peranan penting dalam membentuk asas pembelajaran kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang formal. Di dalam konteks ini, kreativiti memegang peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Berikut adalah 5 kepentingan kreativiti dalam pengajaran prasekolah: 1. Merangsang Pembelajaran Berpusatkan Kanak-Kanak: Kreativiti membolehkan guru prasekolah untuk merancang aktiviti pembelajaran yang menarik…

Leave a Reply