Melatih konsep asas: Berbuallah Sebanyak-banyaknya

Kakak buat shopping list.

  • Baju tidur kakak

  • Baju tidur Isyraq

Eh mummy, kakak padamlah yang ini. Kakak tulis baju tidur Isyraq dan kakak.

Nah, itu dia.

Ayat tunggal dengan ayat tunggal dijadikan ayat majmuk dengan penggunaan kata sendi.

Anak yang konsep asas pembelajaran dikuasai dengan mantap akan dapat memikirkan banyak perkara dengan sendiri.

Tidak perlu pembelajaran formal yang memaksa-maksa sehingga anak bosan dan ibu naik hantu.

Salah satu cara paling mudah untuk anak melatih anak menguasai konsep asas pembelajaran adalah dengan berbual sebanyak-banyaknya dengan anak.

Nak berbual pasal apa? Apa sahaja perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Sejak umur bila nak berbual? Seawal dalam kandungan lagi.

Semoga bermanfaat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah. Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru…

  • Anak Rindu Mommy

    Baru sampai dari Muar. Terus pergi ambil Afiah dan Azmina di rumah pengasuh. Menjerit-jerit nampak mommy macam seminggu tak jumpa. Masuk dalam kereta macam-macam nak diadukan. Demamlah, selesemalah. Alahai, baru sehari mommy pergi tinggalkan awak berdua dengan abah, dah macam-macam penyakit timbul. Andai 3 hari mommy pergi? Afiah kata, “Kalau mommy pergi 3 hari lagi…

  • Goreng Pisang

    Anak yang seorang ini memang sangat suka makan. Mungkin kesan dari aktiviti makan mommy semasa mengandung. Huhu. Ini masukkan sekeping goreng pisang terus ke dalam mulut. Sabar sahajalah mommy. Bergaduh nak keluarkan dari mulutnya. Tapi tetap mommy yang berkuasa. Haha. Authority! Nor Azleen Abd Rahim #cikgumommy

Leave a Reply