Tahfiz Terbakar, 23 Nyata Maut Dikuburkan, 7 Nyawa Lagi Mahu Diselamatkan Atau Dibiarkan Mati

Hari ini viral kertas siasatan Polis yang tercatat biodata penuh anak yang dituduh bertanggungjawab atas kebakaran tahfiz.

Aduhai, luluh hati mommy bila lihat usia anak-anak tersebut. Baru belasan tahun.

Ternyata akalnya belum matang. Emosinya tidak stabil.

Mungkin asyik disuruh pendam pendam dan pendam. Biasalah, anak lelaki tidak boleh menangis, nanti lembik katanya. Pendam.

Akhirnya hanya kerana perkara kecil sahaja ia meletup membakar diri.

Kawan-kawan,

Anak yang dikatakan jahat kerana membunuh itu tidak jadi jahat dengan sendirinya. Tidak ada anak yang lahir dengan gen dna pembunuh.

Islam kata anak itu ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci.

Yang mencorakkannya bukan sahaja ibu bapanya, tapi juga orang dewasa di sekelilingnya.

Hari ini kita mudah sekali melabel anak itu nakal, anak ini degil, anak itu keras kepala, anak ini bodoh.

Tanpa kita selami jiwa dan emosinya.

Anak kecil tidak seperti orang dewasa, yang mampu luahkan perasaannya, ketidakpuasan hatinya.

Anak kecil hanya tahu menangis, merengek, menghentak kaki dan akhir menjerit-jerit apabila orang sekeliling tidak memahaminya.

Tatanglah emosi anak. Berikanlah kasih sayang. Buatkanlah dia mengerti bahawa dia penting di hati kita. Yakinkan dia bahawa dia adalah “seseorang” untuk kita.

Tidak kira samada kita ibu bapa, guru ataupun sekadar jiran tetangga. Kita punya peranan mengelakkan peristiwa ini berulang juga.

EQ BEFORE IQ!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Majlis Jamuan Teh dan Sandwich Fonik Bersama WhizTots

    Selesai Majlis Jamuan Teh dan Sandwich Fonik bersama WhizTots 😄 Nak tahu apa yang anda boleh dapat dalam majlis ni selain teh dan sandwich? Jom tengok video ni.. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest posts sent to your email. Type your email… Subscribe

  • Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi. Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu). Saya juga katakan saya faham mungkin…

  • Spend More Time

    Afiah memang dari kecil pandai meluahkan perasaannya. Pada usianya 2 ke 3 tahun, beliau pernah mengatakan yang mommy dan abah lebih sayangkan handphone darinya. Sebab kami lebih asyik melihat handphone berbandingnya. Beberapa hari yang lalu, Afiah tanya bila kelas mommy nak habis. Saya jelaskan padanya yang grup yang ada sekarang ini sudah hampir tamat. Afiah…

  • Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung. Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari. Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar….

  • Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini. Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini. Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk…

Leave a Reply