Tips Parenting

Tips Membantu Anak Belajar Di Rumah

Hari ni saya nak kongsikan tips untuk memudahkan ibu ayah membantu anak belajar di rumah.

  1. Tetapkan jadual waktu. Tandakan pada kalendar dan letak di tempat yang boleh dilihat oleh anak.

Sebaiknya biarlah masa belajar tu lebih kurang sama setiap kali.

  1. Pastikan anak telah cukup tidur dan rehat.

Waktu yang baik untuk anak tidur malam adalah tidak lewat dari 10 malam.

Jika anak bangun awal pagi, ajak anak untuk tidur sekejap (nap) pada waktu tengah hari.

  1. Pastikan anak telah diberi makan dalam tempoh 1 jam sebelum mula belajar.

Kanak-kanak cepat berasa lapar tetapi seringkali mereka tidak tahu bagaimana menyatakan bahawa mereka lapar.

Mereka hanya tahu keadaannya tidak selesa dan mula meragam.

  1. Pastikan anak telah cukup bermain.

Bermain akan membantu emosi kanak-kanak untuk lebih stabil dan puas hati.

Bermain adalah cara hidup kanak-kanak, jadi berikan mereka peluang untuk bermain 2-3 jam setiap hari.

Sebaiknya berikan mereka permainan yang bersifat fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, berguling dan sebagainya.

  1. Ajak anak untuk bersenam setiap hari.

Masukkan rutin senaman ringkas dalam hidup seharian. 30 minit sehari pun sudah cukup.

Mak ayah kena buat sekali dengan anak tau.

  1. Sediakan ruang belajar yang khusus.

Memadai dengan menyediakan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan umur anak.

Sekiranya tiada ruang dalam rumah, atau kekurangan bajet, boleh juga gunakan meja makan untuk belajar.

Bersih dan kosongkan meja makan dari sebarang peralatan atau barangan tidak berkaitan semasa belajar.

  1. Beri rehat pendek-pendek semasa sesi belajar.

Menurut pakar, masa seorang kanak-kanak boleh fokus adalah umurnya kali 3-5. Contohnya bagi kanak-kanak berusia 6 tahun, tempoh dia boleh fokus adalah 18 minit (6×3) hingga 30 minit (6×5) sahaja. Bahagikan 2 jika anak anda lelaki hihi.

Susun aktiviti belajar supaya berada dalam lingkungan masa ini sahaja.

Berikan break time 10-15 minit selepas masa belajar ini untuk anak melakukan aktiviti bebasnya sendiri.

  1. Selang selikan aktiviti pasif dan aktif untuk mengelakkan anak berasa cepat bosan.

Aktiviti pasif adalah aktiviti yang anak hanya melihat sahaja seperti menonton rakaman video yang dihantar oleh guru.

Aktiviti aktif pula adalah aktiviti yang memerlukan anak bergerak seperti menguli doh, menulis, mewarna, mencari barang dan sebagainya.

  1. Sediakan snek ringan untuk anak dan berikan dia makan sekurang-kurangnya setiap 2-3 jam sekali.

Antara pilihan snek yang bagus adalah buah-buahan dan kekacang.

  1. Berikan pujian dan ganjaran untuk usaha anak melakukan aktiviti. Tidak terhad semata-mata kepada hasil aktiviti dilakukan.

Cukuplah 10 tips ini. Harapnya membantu kalian yang masih lagi struggle nak mengajak anak belajar kat rumah sepanjang musim pkp ni ya.

Nor Azleen Abd Rahim

konsultanparenting

kelasmembacaonline

Leave a Reply