Mengurus Emosi Anak

Tiba-tiba..

“Tak ada lelaki suka kat kakak”, kata Afiah perlahan.

Mommy bulatkan mata sambil hidung kembang kempis, “Apa kakak?”

“Tak, kakak kata tak ada lelaki pun suka kat kakak, kecuali H. Tapi H tu lainlah.”

Lain sebab H anak murid mommy. Dan H itu memang kelainan sangat.

Mommy raup muka sampai ke dada, lepas tu tanya, “You mean suka like a friend or like a boyfriend?”

“Like a friend.”

Phew, lega. Sekejap.

Sambungnya lagi, “Nanti kakak nak kawin dengan siapa kalau tak ada lelaki suka kat kakak.”

Itu lebih macam pernyataan daripada pertanyaan. Oh men, Afiah baru 7 tahun dan dia sudah susah hati kerana tiada lelaki suka kannya.

Iya, kerana dia homeschool, pergaulannya agak terbatas. Hampir 90% pergerakannya berada depan mata saya ataupun suami ataupun orang-orang yang kami percayai.

Hishh, macam tak percaya pula antara banyak-banyak soalan itulah yang hendak ditanyanya.

Tetapi ini adalah soal emosi. Mungkin ada anak yang emosinya cepat matang berbanding yang lain.

Mahu ketawa atau mahu serius?

Saya ambil yang tengah-tengah. Tidak mengetawakannya, tidak cuba menjadikan isu ini sebagai remeh temeh di matanya. Tetapi tidak juga mengambil serius perkara ini.

Cuma berusaha menjadi tempat pertama yang dia luahkan perasaannya.

“Sabarlah kakak, nanti kakak semakin dewasa kakak akan jumpa banyak lelaki lagi. Mommy doakan kakak jumpa lelaki yang hebat.”

Abah sudah terbatuk-batuk tersedak dari tadi. Angah pula sudah sibuk masuk campur beritahu yang dia juga mahu kahwin.

Afiah kembali senyum.

Fuhhh. Mommy hirup teh tarik ais dengan lega.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah. Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru…

  • Pantun Melayu

    Burung kenek-kenek terbang cucur atap, Pesan datuk nenek rajin-rajin baca kitab. Burung kenek-kenek terbang atas pagar, Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar. Burung kenek-kenek hinggap tepi pandan, Pesan datuk nenek rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek hinggap tepi telaga, Pesan datuk nenek budi bahasa budaya. Dua tiga hari ni saya menyanyikan lagu-lagu ini kepada Isyraq sewaktu memandikannya….

  • Belajar Cara Uruskan Wang

    “Mommy, hari ini Sabtu,” kata Afiah masa ambil mommy selepas Seminar Fonik dan Brain Gym. Mommy yang kepenatan rasa nak pengsan angguk-angguk macam burung belatuk. “Mommy, hari ini hari Sabtu kan,” ulang Afiah lagi. “Ya, kakak. Sabtu,” balas mommy pendek. “Kan hari Sabtu mommy nak kena bagi kakak duit poket,” Afiah sengih-sengih. Ya Tuhan, mommy…

  • Apa Yang Boleh Ibu Ajar Anak Homeschool Sambil Memandu Kereta?

    Ramai ibu rasa susah nak ajar anak. Anak rejek, anak tak nak belajar, sekejap jer dan macam- macam hal lagi yang berlaku. Jom saya share bagaimana saya masukkan elemen belajar dalam kehidupan seharian kami sehingga anak tak perasan pun yang dia sedang belajar. Kali ni sambil drive dalam kereta dengan 3 anak – huhu pertama…

  • Sindrom Anak Tengah

    Anak tengah dikatakan selalu rasa kurang disayangi. Maklumlah, ibu sibuk dengan adik. Ayah pula biasanya lebih mudah melayan karenah kakak atau abang yang lebih besar. Setiap hari ada sahaja yang akan Angah tangiskan dan amukkan. Hendak mandi pun menangis, hendak makan pun mengamuk bahkan kadang-kadang hendak tidur pun ada sahaja perkara yang mengguris hatinya. Tambahan…

  • Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini. Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini. Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk…

Leave a Reply