Susah

“Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.”

Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel.

“Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.”

“Haa?”

Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham.

“Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi.

Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip macam giginya yang dah bergoyang-goyang di hadapan tu.

“Contoh kalau Afiah duduk kat luar, Afiah pandang depan nampak apa. Itulah yang Afiah lukis. Kalau Afiah nampak padang, Afiah lukislah padang.”

“Ooooo” beriya-iya Afiah mengangguk-ngangguk macam burung kakak tua.

“Kalau nak lukis rumah ini pun boleh?”

“Boleh.”

“Oooo.” Lagi.

“Kalau Afiah duduk dalam bilik ini, Afiah lukis katil ini pun boleh?” Sambung Afiah sambil menggayakan tempat yang dia berhajat hendak duduk dalam bilik ini untuk melukis.

“ ya, boleh.”

“Tapi, susah. Afiah tidak pandai.” Raut wajahnya sedih.

“Afiah belum cuba lagi kan? Kalau belum cuba, mana Afiah tahu susah dan tidak pandai?”

“Betul juga kan.” Angguk lagi macam burung kakak tua.

“Afiah akan cuba dahulu, mommy”

Ya, itulah semangat yang mommy mahu.

Duhai anak, jangan biarkan sesiapapun memberitahumu bahawa engkau tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang engkau hajati.

Jangan biarkan sesiapapun berkata begitu kepadamu, walaupun aku ibumu.

Itu janji saya pada Afiah sedari dia kecil.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Seronok Ada Anak vs Seronok Tiada Anak

    Seronoknya tengok anak bergelimpangan macam ni, pukul 12 tengah hari di bulan puasa. Bila lihat keadaan mereka bertiga bergomol-gomolan, saya pasti teringat keadaan 8 tahun awal perkahwinan yang tiada anak lagi. Keadaan yang sehingga saya hampir pasti mungkin saya memang ditakdirkan tidak punya anak sendiri hingga mati. Ya, hanya orang yang pernah tidak punya anak…

  • Hari Raya PKPB

    Tahun ini kelainan raya. Mungkin sebab tahun kereta terbang. Mungkin sebab wawasan 2020. Yang pastinya sebab Covid19, kita semua raya sederhana. Tapi gambar tetap ada. *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*بِسْمِ ٱللهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ_* Salam Syawal Tuan Puan*_ Saya *Cikgu Azleen*, pengasas WHIZTOTS dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf atas segala silap salah, kata-kata…

  • Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini. Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini. Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk…

  • Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah. Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru…

  • Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung. Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari. Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar….

Leave a Reply