Mencari Pengasuh

“Esok, semua orang kena bangun pagi. Mommy nak bawa nenek pergi hospital.”

“Dan?”, tanya Afiah.

“Dan apa?”

“Dan kami semua kena pergi mana?”

“Semua kena ikut mommy.”

“Hari tu mommy kata kami semua pergi rumah Aunty Y.”

Aunty Y adalah pengasuh yang baru saya ambil bekerja pada bulan lepas.

Baik orangnya. Pengasih dan penyayang. Menjaga anak-anak saya seperti anaknya sendiri. Walaupun dia belum punya anak sendiri.

Bagaimanapun, beberapa hari yang lepas saya meminta Aunty Y berhenti kerja.

Puncanya adalah beliau kerap juga tidak hadir, hadir lambat, kadang-kadang minta keluar ke sana dan ke mari.

Baru kerja 6 minggu sudah lebih 3 hari berlaku keadaan sebegitu.

Jadi walaupun beliau bagus, saya terpaksa melepaskan beliau pergi.

Menyimpan pekerja yang ada masalah kehadiran akan memberi beban yang tidak munasabah terhadap perkembangan perniagaan. Sukar untuk saya membuat rancangan jika saya tidak boleh mempercayai samada beliau akan hadir kerja atau tidak.

Tambahan lagi selepas raya ini saya jangkakan akan ada banyak kerja luar seperti bengkel dan kursus. Jadi jika tiba-tiba pada hari yang saya perlu ke luar dan pengasuh tidak datang, bagaimana keadaannya.

Maka saya membuat pilihan berat, iaitu meminta Y berhenti jika beliau tidak boleh memberi komitmen.

Pengasuh ibarat tangan kanan saya. Jika tangan kanan tidak ada, sangat sukar untuk anggota lain melaksanakan tugasnya. Habis jem satu badan.

Sekarang, saya perlu mencari pengasuh lain. Sukar tetapi pastinya lebih mudah dari menghadapi kemungkinan pengasuh tiba-tiba tidak hadir. Tanpa sebab yang munasabah.

Azleen
#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Apa Bezanya Selepas Berhenti Kerja?

    Semalam, selepas tamat Pertandingan Tarian tu, kami lepak-lepak belanja anak-anak Az-Zaffan makan KFC. Sambil tu seorang rakan bertanyakan bagaimana kehidupan saya selepas berhenti kerja. Apakah perubahan dan perbezaan dengan semasa bekerja? Saya terdiam sebentar sebelum memberi jawapan yang saya gembira dan tidak menyesal dengan keputusan diambil. Tetapi kalau cerita tentang perbezaan dan perubahan memang ada…

  • Pendaftaran Kelas Membaca Januari 2020

    Pendaftaran untuk kelas membaca Januari 2020 masih lagi dibuka >>> https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak Terdapat 2 pakej yang ditawarkan iaitu General dan Flex. Pakej Literasi Premium Bacalah Anakku (General) Mengandungi: Kelas membaca 3 kali seminggu (10 ke 12 sesi sebulan)Buku dan bahan kelas (bernilai RM150)Seminar Fonik BAK x 1 pax adult (bernilai RM100)Majlis Anugerah Tamat Baca x 1…

  • Spend More Time

    Afiah memang dari kecil pandai meluahkan perasaannya. Pada usianya 2 ke 3 tahun, beliau pernah mengatakan yang mommy dan abah lebih sayangkan handphone darinya. Sebab kami lebih asyik melihat handphone berbandingnya. Beberapa hari yang lalu, Afiah tanya bila kelas mommy nak habis. Saya jelaskan padanya yang grup yang ada sekarang ini sudah hampir tamat. Afiah…

  • Jual Beli Emas Di Public Gold

    Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas. Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin. Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000. Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk…

  • Ajar Dahulu, Baru Uji.

    Hari ini, dalam perjalanan ke Bacang Corner untuk membeli makan malam, Afiah bertanya, “Mommy, 99 tambah 1?” “100. Lagi?” Abah pun terus sampuk, “Kakak, kalau 5 tambah 95?” Afiah diam. Sebenarnya Afiah baru belajar operasi ni setakat nombor bawah 20. Bukan saya yang hadkan, tapi setakat ini memang itu sahaja yang saya nampak dia sampai….

Leave a Reply