Didik Anak Hormati Hak Orang Lain

“Mommy, hari tu Haq guna outliner pencil kakak. Dia terbuka sikit. Susah kakak nak pakai dah.” Kata Afiah sewaktu mengemas begnya ke Muzart.

Saya sedang memanaskan lauk untuk Azmina dan Isyraq. “Dia guna macamana?”

“Kakak tak perasan dia ambil. Bila kakak tengok dah jadi gitu. Dia terbuka sikitlah. Boleh guna lagi tapi susah sikit.”

“Bawa sini.”

Pensel itu terpatah dua di tengahnya. Afiah kata Haq yang patahkan. Haq yang ambil tanpa disedarinya.

“Kakak bagitahu teacher tak? Lain kali terus bagitahu teacher. Mommy nak cakap pun susah sebab dah seminggu ini.”

“Teacher nampak. Teacher dah marah Haq.”

Fuh. Susah juga kan. Saya sebolehnya tidak mahu masuk campur urusan dalam kelas dan juga urusan main anak-anak.

Mematahkan atau merosakkan barang orang lain. Apabila di kelas saya, ia dianggap satu kesalahan serius.

Kecil. Tetapi serius. Kerana yang kecil ini boleh menjadi besar jika tidak dididik dari awal.

Tambahan lagi apabila ia dilakukan dengan sengaja. Fuh fuh.

  1. Anak-anak perlu belajar menghormati hak dan harta orang lain.

  2. Apabila mahu menggunakannya, perlulah minta kebenaran dahulu.

  3. Apabila menggunakannya, mestilah dengan cermat dan berhati-hati.

  4. Setelah gunakan haruslah bersyukur, berterima kasih dan memulangkannya kembali.

  5. Apabila ianya rosak semasa sedang digunakan hendaklah bersikap jujur. Meminta maaf dan menggantikannya dengan nilai yang sama.

Dan semua ini diajar dari awal usia.

Kesalahan yang dilakukan pada usia 7 tahun jika tidak dibendung boleh membawa kepada kesalahan lebih besar pada usia dewasa. Siapa tahu.

Oh tidak, saya tidak mesej guru kelasnya ataupun ibu bapa Haq. Saya cuma betulkan pensel Afiah dan tunjukkan kepadanya ia masih boleh dipakai.

Saya juga berpesan supaya menyimpan barangnya dengan teliti di dalam kelas bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Sebentar tadi waktu hantar Afiah ke kelas, saya nampak Haq sudah datang. Saya pesan kepada Afiah, “Cakap dengan Haq, mommy kita marah awak patahkan pensel kita. Kalau awak buat lagi, nanti mommy kita datang kelas marah awak.” Haha.

Afiah sengih -sengih malu sahaja. Rasanya dia cakap tak dengan Haq?

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Bersyukur Sentiasa

    Pagi ini saya bangun kerana tidak selesa dihimpit dari kiri dan kanan. Kaki Azmina terselit dibawah pinggang saya. Bukan kali pertama, memang hampir setiap hari begitulah. Tidak kira samada Afiah atau Azmina, jika tidur di sebelah saya pasti menghimpit walaupun ruang di sebelah sana masih lagi luas. Agaknya memang begitu anak yang co-sleeping dengan ibu…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • KURSUS INTENSIF (ONLINE) READEASY PHONICS

    KHAS UNTUK ANDA YANG PERLU BIMBINGAN MENGAJAR ANAK MEMBACA BAHASA INGGERIS! Masih lagi mencari-cari kaedah mengajar membaca bahasa inggeris yang berkesan untuk anak anda? Pelajari terus kaedah, strategi, pendekatan dan teknik mengajar membaca bahasa inggeris paling CEPAT, paling MUDAH dan paling BERKESAN untuk anak membaca bahasa Inggeris dengan LANCAR! KURSUS INTENSIF (ONLINE) KAEDAH MENGAJAR READEASY…

  • Menu bersahur kali kedua

    Menu bersahur hari ini agak pelik. Saya tak pernah makan begini. Tapi sebab inilah menu yang disusunkan, kita ikut sahaja. 6 keping biskut cracker dengan susu segar. Saya tambahkan pisang dan strawberi. Sedap juga rupanya. Makan bersama 2 biji telur scrambled dengan sedikit minyak. Ditaburkan lada hitam aji-shio. Huhu. Tidak lupa sebiji epal hijau yang…

Leave a Reply