Afiah Simpan Wang

Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu.

Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini.

Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi dia ada banyak duit minggu ini.

Selepas kira, tibalah masa untuk menyimpan wang.

“Afiah nak simpan berapa?”

“Satu.”

“Satu?”

“Okay, dua.”

“Dua sahaja. Afiah ada banyak duit ini. Apa kata simpan RM50 ini dalam tabung?”

“Mmmm.”

“Kata nak simpan duit beli skuter. Kalau tak masuk dalam tabung, macamana nak simpan banyak beli skuter. Kalau tabung cepat penuh, nanti kita buka cukup duit, boleh beli skuter.”

“Oh ya ke mommy? OK, simpan lima puluh.”

Begitulah, setiap minggu saya cuba pastikan dia menyimpan. Kalau banyak wangnya, banyaklah saya minta di simpan.

Nanti besar sedikit boleh ajar dia simpan wang menggunakan peratusan. Buat masa ini, kita bagitahu sahaja berapa banyak yang dia kena simpan.

Saya harap Afiah akan menjadi individu yang berhemah dalam menguruskan kewangannya

Similar Posts

  • Ais Krim Cempedak Di Kawasan Rehat Yong Peng

    Ais krim adalah makanan kegemaran ramai orang. Terutamanya kanak-kanak. Kebanyakan perisa ais krim yang popular adalah dari buah-buahan yang diimport seperti strawberry dan coklat. Tapi apa kata kita cuba aiskrim perisa tempatan iaitu cempedak. Nah, siapa peminat buah cempedak di sini? Sila klik like. Mudah sahaja nak perolehi ais krim perisa cempedak ini. Ia dijual…

  • Cara Didikan Dahulu

    Beberapa hari ni tular video pendek anak yang kena baling dengan besen bila dia curi-curi tengok telefon masa belajar. Sangkanya mak dia tak perasan. Elok pula maknya boleh baling besen tu masuk tepat kat kepala. Hahaha. Memang kelakar. Mengingatkan saya pada gaya arwah abah saya mengajar kami mengaji. Masa itu umur saya sekitar 8 ke…

  • Lori Pindah Rumah

    Hari itu tiba-tiba Afiah beritahu saya, “Mommy, ada orang suruh kita pindah rumah.” “Kita nak pindah ke mana? Siapa yang suruh pindah?”, tanya saya. “Tak tahulah. Ada tulis kat luar pagar rumah kita.” Kata Afiah lagi. Hmm, dalam hati saya ini rasanya saya pasti tidak ada buat pinjaman dengan Along. Suami saya pun tidak berani…

  • Recipe Oat Omelette

    Bahan-bahan: Rolled oat 2 putih telur dan 1 kuning telur Tomato Pepper Cara penyediaan: Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan. Campurkan semua bahan. Masak atas kuali pan. Bila dah siap bolehlah dimakan. Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya.. Taaa daa.. Selamat bersarapan.. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy

  • Tadika Fonik Di Pasir Gudang

    Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak. Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku. Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi…

Leave a Reply