Kisah Cinta - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tak Rasa Dihormati

Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan.

Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas.

Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya.

“Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”

“Mummy vaksin hari jumaat, nanti kelam kabut nak hantar awak balik.”

Selepas tu saya wasap ke kakak.

“Mummy ada wasap abah tanya kalau mummy boleh ambik awak Isnin sampai Jumaat. Jumaat tengah hari mummy hantar balik. Mummy dah wasap dari hari Ahad, tapi sampai hari ni abah tak reply lagi.”

“Abah tanya bila kakak nak mummy ambik, sebab tu abah tak jawab.”

Hmmm sakitnya hati saya. Kalau ya pun nak dapatkan persetujuan dari anak yang berusia 11 tahun, setidaknya hormatilah saya dengan membalas dan memaklumkan kepada saya.

Tetapi wasap saya dibiarkan tanpa balasan.

Ini bukan kali pertama. Ini dah beratus kali. Dari kawin dulu, sampai dah bercerai.

Menyakitkan hati. Membuatkan saya stress.

Lalu malamnya saya menangis.

Saya rasa saya cuba menghormati dia sebab itu saya mesej dia bertanya jika dia ada plan untuk membawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah minggu depan.

Setidak-tidaknya hormati saya semula dengan membalas mesej itu. Walaupun jika jawapannya adalah tidak, saya tak boleh ambik anak-anak.

Tapi dengan tidak membalas mesej, dengan sengaja, itu adalah sangat kurang ajar. Saya harap Tuhan akan membalasnya.

Leave a Reply