Resepi Spaghetti With Grilled Chicken Orange

Belek-belek buku 21 Hari Dapur Eat Clean, nampak 1 hidangan spaghetti adalah 30g kering.

Mak aih, sikit bebenornya..

tak puas hati saya pun google..

selepas membuat pencarian saya dapati 100gram spaghetti kering adalah hampir 400kcal.

Patut tak kuruih selama ni hahaha…

Anyway saya ikutlah saranan 30gram kering tu, dan hasilnya…

Wow, memang mengenyangkan..

Bahan-bahannya:

  • Spaghetti
  • Ayam
  • Bawang besar
  • Oren
  • Mint
  • Capsicum
  • Lemon
  • Puri bawang putih
  • Puri halia
  • Serbuk lada hitam

Cara penyediaannya:

  1. Perap ayam dengan puri bawang putih, puri halia dan serbuk lada hitam.
  2. Rebus spaghetti.
  3. Hiris bawang besar.
  4. Potong oren dan capsicum.
  5. Cincang daun mint.
  6. Grill ayam yang telah diperap. Selepas masak, hiris nipis.
  7. Gaulkan ayam bersama bawang besar, oren, capsicum dan daun mint.
  8. Perahkan jus lemon.

Salad ayam grilled dan oren boleh dimakan bersama spaghetti ataupun nasi perang.

Taaa daaa.. Selamat mencuba.

Dari saya Cikgu Azleen, the professional mommy yang sangat passionate dengan homeschool, breastfeeding dan fitness.

Similar Posts

  • Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian. Hari ni kita cuba lagi. Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan. Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula…

  • Mana Sungainya?

    “Abah, kita dah sampai mana?” “Sungai Besi”. “Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”. Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya. Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik. Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai. Mudah. Logik. Jadi…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Pendaftaran Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019

    Pendaftaran untuk Kelas Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019 kini dibuka. Boleh daftar terus di link berikut: https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti Siapa yang boleh join? Anak berusia 5 tahun ke atas. 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun pun boleh. Anak masih belum kenal ABC. Anak kenal ABC tetapi tidak boleh membaca. Anak boleh membaca tetapi merangkak-rangkak,…

  • Sama Tak?

    Hari ini Angah ikut Kakak ke kelas Seni Visual dengan Ticer Zaira Ara. Setiap kali kelas pun Angah ikut. Hihi. Tapi hari ni agak istimewa sebab Angah balik dan pegang lukisan ini sambil tanya pada mommy, “Mommy, sama tak?” Hahaha. Tak samalah sayang. Manakan sama anak mommy dengan monyet itu. Begitulah anak-anak. Apabila mereka dapat…

Leave a Reply