Kelas Membaca

Ada Lagi Ke Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku?

Hampir 11 malam, saya nampak wasap masuk. Curiga nak tahu siapa yang hantar.

Rupanya ada ibu yang nak bertanyakan pasal kelas membaca.

Anaknya sudah berusia 5 tahun, sudah pergi ke tadika. Kenal hampir semua huruf, tapi masih belum boleh membaca.

Kata guru tadikanya, anaknya biasa sahaja. Perkembangan seiring dengan kawan-kawan yang lain.

Saya tanyakan satu soalan sahaja, anaknya diajar membaca tak sepanjang tahun ini.

Bukan apa, ada juga sesetengah tadika yang tidak mengajarkan membaca pada anak 5 tahun. Mereka mula pada 6 tahun.

Yalah kan, kalau anaknya tak diajar membaca, memang patutlah anak belum boleh membaca. Takde apapun yang nak risau kawan-kawan.

Tapi kalau diajar membaca, kena ikuti dengan beberapa soalan lainnya:

  • diajar dengan kaedah apa
  • adakah guru yang mengajarnya terlatih
  • berapa kerap pengajaran dilaksanakan

Dan kalau semua itu sudah dilakukan dengan cara yang betul, barulah kita sentuh bahagian anaknya.

  • adakah kemungkinan anak mempunyai masalah pembelajaran?

Ya kawan-kawan, kadang-kadang walau terima mesej tengah malam buta, tak sampai hati nak menolak permintaan ibu yang risaukan anak belum boleh membaca.

Layankan juga, sekadar beri ibu tenang hatinya. Selepas itu, saya pun kata, dah lewat malam. InsyaAllah esok pegawai khidmat pelanggan saya akan hubungi puan untuk proses pendaftaran ya. Selamat malam puan.

Bolehlah ibu tidur dengan lena malam ini.

2 Comments on “Ada Lagi Ke Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku?

    1. kelas kami kini online sepenuhnya. Puan boleh baca info kelas di ezy.la/entrybak ataupun whatsapp kami di 0167459298 ya.

Leave a Reply to adminCancel reply