• Personal Development

    SAYA DITINGGALKAN

    Kami berjalan menyusuri gerai-gerai itu. Ada banyak jualan, di kiri dan kanan. Suasana sungguh meriah.

    “Syg penat.”

    “Duduk sinilah. Abg nak tengok sampai sana.”

    Yang anehnya, di belakang barisan gerai itu ada deretan rumah mewah 2 tingkat. Di bahagian hadapan rumah2 itu semuanya ada katil saiz queen.

    Saya baring di atas salah satu katil. Dia berlalu. Dan saya tertidur.

    Entah berapa lama saya tertidur, saya terjaga apabila saya terasa handphone dan barang saya cuba diganggu.

    Apabila saya buka mata, 3 orang lelaki sedang cuba mengusik saya. Saya nampak dia melintas menuju ke arah permulaan gerai tadi tanpa menoleh ke arah saya.

    Saya berusaha mengambil barangan saya sambil menegur lelaki yang mengusik. Saya ambil handphone dan menelefon dia.

    “Abg kat mana? Syg nak balik.”

    “Abg dah dalam kereta. Dah smpi bawah ni.”

    Saya meminta dia berpatah balik mengambil saya. Terdengar sayup2 suara lelaki lain yang mengajak dia pergi segera. Dia memutuskan talian telefon tanpa mengesahkan samada dia akan berpatah balik ataupun tidak.

    Saya segera bergerak ke arah permulaan gerai sementara 3 lelaki yang mengganggu tadi terus mengekori saya.

    Saya duduk di bangku, hentian bas agaknya. Saya telefon dia sekali lagi.

    Kali ini, suara seorang perempuan mengangkat telefon, sambil berpura-pura menjadi operator. Apabila saya bertegas ingin bercakap dengan dia, perempuan tersebut memberitahu yang dia baru sahaja sampai di rumah, dan dia sedang berehat.

    “Tapi saya kat sini ni, saya nak balik. Tolong kejut abg ambil saya. Saya tak tahu nak balik.”

    “Saya tak tahu. Dia tengah berehat. Awak jangan lagi kacau dia. Tunggu dia bangun.”

    Telefon terus diputuskan.

    Saya bingung. Saya menangis. Saya menunggu sahaja di pondok itu kerana saya tak tahu saya berada di mana, dan bagaimana saya mahu pulang.

    AKhirnya matahari bersinar. Pagi. Tiada telefon. Saya menunggu sehingga tengah hari.

    Saya telefon dia lagi.

    “Abg tak rindu syg ke? Syg nak balik.”

    Dia hanya ketawa sinis sambil memberitahu pandai-pandailah saya nak balik. Lantas dia meletakkan telefon.

    “Siapa dia tu? Biy ke?”

    Mula-mula memang saya ingat Biy. Tapi bila saya fikirkan semula dalam-dalam, saya panggil dia abg.

    “Bukan biy. Syg panggil abg. Ex rasanya.”

    “Tulah, kalau biy memang takkan biy tinggal syg mcm tu.”

    Ianya hanya mimpi, tapi terasa real. Kadang2 mimpi tu sebenarnya mencerminkan perasaan kita.

    Part nak balik tu hanyalah 2 tahun yang lalu. Sekarang dah takde. Mungkin sebab kejadian baru-baru ni mengimbau semula perasaan itu.

    Rindu pada anak-anak membuatkan kadang-kadang terlintas di fikiran mungkin saya patut kembali supaya anak-anak membesar di hadapan saya.

    Tapi, seksanya perasaan dilayan tidak seperti isteri, ia melampaui rasa rindu itu.

    Saya harap dan berdoa agar suatu hari anak-anak akan faham kenapa saya ambil keputusan begini. Bukannya saya tidak sayang pada mereka, saya amat mencintai anak-anak saya.

    Tetapi saya tidak akan mampu menjadi ibu yang functional untuk mereka jika saya berada dalam keadaan tertekan sedemikian.

    Saya pilih saya, bukan saya menidakkan mereka. Tetapi supaya saya boleh terus ada untuk mereka.

  • Personal Development

    Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi.

    Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu).

    Saya juga katakan saya faham mungkin beliau tidak bermaksud untuk membuat seperti apa yang saya katakan, tetapi saya tidak dapat lari dari merasakan apa yang saya rasa. Itu adalah perasaan saya.

    Saya minta beliau ubah cara beliau melayan saya supaya saya dapat merasa disayangi, dihormati dan dilindungi.

    Beliau kata itu hanyalah perasaan saya sahaja, beliau tak ada pun buat seperti yang saya katakan. Saya hanya melebih-lebih. Dan akhir ayat beliau adalah saya menyusahkan beliau.

    “Baik, jika sayang ni menyusahkan, lepaskan sayang.”

    Saya tidak merancang yang pertemuan kami ini akan berakhir dengan saya meminta dilepaskan dari perkahwinan ini.

    Malahan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bercerai. Bagi saya berkahwin itu untuk sepanjang hayat.

    Walaupun rasa sayang itu sedikit demi sedikit berkurangan selepas bertahun-tahun saya meminta perhatian dari beliau, saya masih lagi berharap dan berusaha agar perkahwinan ini dapat diteruskan.

    Tapi bila saya dikatakan menyusahkan suami, itu titik akhir untuk saya.

    “Boleh, tapi abang nak anak-anak, semua anak-anak dengan abang sepanjang masa.”

    Seperti halilintar membelah bumi, saya diam. Saya tarik nafas dan bangun meninggalkan meja.

    Saya tidak ada jawapan untuk itu. Berpisah dengan anak-anak yang selama ini menyusu dengan saya, makan saya suap, saya mandikan, lapkan, pakaikan baju, tidur di atas lengan saya?

    Anak-anak kekuatan saya. Mereka lah mendorong saya meneruskan perjuangan ini.

    Saya tangguhkan sambung belajar, saya tolak naik jawatan, saya berhenti kerja, semuanya untuk anak-anak.

    Untuk mereka tidak bersama saya, saya perlukan masa untuk berfikir.

  • Personal Development

    Habit Baru

    Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya.

    Satu habit diamalkan selama 2 minggu.

    Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan.

    Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.

    Untuk waktu tengah hari sudah agak sukar kerana selalunya saya berebut-rebut dalam pada nak menyiapkan anak-anak, nak keluar ke kelas, menyiapkan diri sendiri dan macam-macam lagi.

    Untuk waktu makan malam pula memang lagi kerap ke laut sebab saya selalunya bergantung kepada suami untuk membawa makan malam. Jadinya suami pula kerap sampai lewat dan saya terkejar-kejar untuk masuk ke kelas.

    Jadi, pada minggu akan datang ini saya merancang untuk menyediakan makanan lebih awal pada hari cuti, dan pada hari bekerja saya akan memanaskan makanan sahaja atau menyediakan makanan mudah sahaja.

    Hari ini cuti tetapi tidak sempat pula hendak menyediakan makanan.

    Oh ya, saya rasa sebelum menyediakan makanan, saya perlu bermula dengan menu barangkali.

    Jadi, esok saya akan sediakan menu untuk seminggu.

    Sekian sahaja untuk hari ini.

  • Personal Development

    The Power Of Less

    Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo.

    Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan.

    Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini.

    Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat. Tetapi waktu makan malam, terlupa nak buat.

    Mungkin kerana berada di kelas, jadi agak kelam kabut.

    Hari ini saya akan usaha lagi.

  • Personal Development

    Refleksi Diri 2 – 14 Oktober 2017

    Hari ini berada di Hotel Aman Sari, Bandar Penawar Kota Tinggi. Struggle nak buat video refleksi diri ini sambil melayan anak yang bertiga ini.

    Selalu dengar orang cakap rezeki tidak pernah salah alamat. Kadang-kadang kita minta lain, lain yang tuhan hantar.

    Ini semua ada kaitan dengan apa yang berlaku pada saya dan anak-anak minggu ini.

    Selamat bercuti sekolah, selamat berhujung minggu, selamat menyambut Deepavali.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Personal Development

    Refleksi Diri Minggu 1 – 7 Oktober 2017

    Hi, saya Azleen, berusia 38 tahun dan sekarang menetap di Pasir Gudang.

    Saya sedang berusaha memajukan diri dalam beberapa aspek, jadi saya mengambil keputusan untuk membuat siri video refleksi diri ini supaya saya dapat melihat kembali sejauh mana pencapaian saya.

    Saya akan berusaha merekod dan mengupload video refleksi ini setiap hari Sabtu.

    Untuk minggu ini, saya telah membuat perancangan posting-posting di Facebook. Hasilnya ada saya kongsikan dalam video ini.

    Sehingga kita berjumpa lagi dalam video refleksi diri minggu hadapan, salam hujung minggu dan selamat berehat.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Personal Development

    Apa Bezanya Selepas Berhenti Kerja?

    Semalam, selepas tamat Pertandingan Tarian tu, kami lepak-lepak belanja anak-anak Az-Zaffan makan KFC.

    Sambil tu seorang rakan bertanyakan bagaimana kehidupan saya selepas berhenti kerja. Apakah perubahan dan perbezaan dengan semasa bekerja?

    Saya terdiam sebentar sebelum memberi jawapan yang saya gembira dan tidak menyesal dengan keputusan diambil. Tetapi kalau cerita tentang perbezaan dan perubahan memang ada jurang yang besar.

    Dulu walau anak tiga sempat juga saya menonton rancangan kegemaran saya di televisyen seperti CSI, rancangan lawyer tu apa ya namanya dan macam-macam lagi dalam sehari. Pasti ada masa walau pendek untuk saya duduk menonton.

    Sekarang, anak masih tiga tetapi sangat susah saya nak mencari peluang menonton televisyen. Saya pun macam hairan kenapa jadi begitu. Saya tak punya masa untuk duduk sahaja.

    Itu perbezaan besar bagi orang yang suka menonton televisyen seperti saya.

    Perbezaan lagi besar adalah apabila saya mula mengambil pekerja dan menjadi majikan. Kena pastikan juga hak dan kebajikan pekerja terjaga.

    Lepas saya berhenti hari tu juga ada saya sembang-sembang dengan guru besar. Bila saya ceritakan rutin harian, mingguan dan bulanan saya, ustaz kata, “Eh, macam lagi sibuk ya. Kata nak berhenti jaga anak, nanti tak dapat juga nak jaga anak.”

    Ya, memang rutinnya lagi sibuk tapi saya ada kebebasan untuk menyusun jadual saya sendiri, juga untuk membawa anak bersama saya ke mana saya pergi apabila perlu.

    Kan beza besar itu?

    Bekerja dengan berpaksikan Allah SWT sebagai pemberi rezeki membolehkan kita melakukan perkara yang benar tanpa perlu tunduk kepada arahan-arahan yang tidak berapa benar.

    Sukar sebenarnya bekerja makan gaji berbanding berniaga.

    Namanya pun makan gaji, orang makan nasi.

    Sudahlah, saya ada sedikit masa mahu melipat baju sambil menonton televisyen sebelum anak-anak bangun mahukan sesuatu.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Personal Development

    Seronok Ada Anak vs Seronok Tiada Anak


    Seronoknya tengok anak bergelimpangan macam ni, pukul 12 tengah hari di bulan puasa.

    Bila lihat keadaan mereka bertiga bergomol-gomolan, saya pasti teringat keadaan 8 tahun awal perkahwinan yang tiada anak lagi.

    Keadaan yang sehingga saya hampir pasti mungkin saya memang ditakdirkan tidak punya anak sendiri hingga mati.

    Ya, hanya orang yang pernah tidak punya anak sahaja benar-benar memahami perasaan itu.

    Keadaan di mana kita sanggup berikan apa sahaja asalkan Allah SWT kurniakan satu, cukup walau hanya satu anak sendiri.

    Ada anak ni seronok, tapi tiada anak juga seronok.

    Seronoknya ada anak bila pagi-pagi bangun lihat muka mereka yang comot dengan air liur basi itu buat mak rasa gembira.

    Seronoknya tiada anak boleh bangun lewat pagi dan nampak muka suami tenang-tenang kat sebelah. Boleh jadi ambil cuti hari itu. 

    Seronoknya ada anak bila balik kerja stress lihat telatahnya mak lupa langsung tentang kerja.

    Seronoknya tiada anak bila stress baling sahaja baju ke dalam kereta dan ajak suami “Jom jalan” tak perlu pikir banyak.

    Seronoknya ada anak bila masak macam-macam ada orang yang nak makan.

    Seronoknya tiada anak lepas makan cuma basuh pinggan sahaja yang boleh siap dalam 5 minit.

    Seronoknya ada anak bila tengok movie di tv boleh bergumpal-gumpal beramai-ramai depan tv.

    Seronoknya tiada anak boleh tengok midnight movie di panggung wayang sambil belai-belai tangan suami.

    Seronok itu di hati, kita yang tentukan.

    Dan orang lain tidak boleh curi keseronokan kita.

    Biar apapun yang ingin mereka katakan.

    Semoga pasangan yang belum punya anak dan inginkan anak akan dapat apa yang mereka mahukan.

    Aamin.

  • Personal Development

    Notis Letak Jawatan

    Selepas mencuba selama lebih sebulan, dapat juga jumpa GB semalam.

    Mencuba tu bukan apa, ada masanya ke sekolah, GB urusan luar, ada masanya saya sendiri yang kecut perut nak meluahkan. 🤢

    Lepas dapat meluahkan ayat, “Ustaz, saya nak letak jawatan.” Rasa ringan kepala 😄

    InsyaAllah, semoga perjalanan saya homeschooling anakanda bertiga ini dipermudahkan, bulan Mei adalah bulan terakhir.

    Kena naik sekolah 1 bulan juga untuk lengkapkan notis. Bolehlah cium puas-puas bilik pemulihan yang saya huni selama hampir 9 tahun.

    Belum masuk mode sedih lagi 😂

    Sempat juga celebrate hari guru sekali lagi harapnya.. 😍😍😍

    Dan dengan itu juga bermakna saya ada tambahan slot kelas membaca pada bulan Jun. 😄

    Siapa nak hantar anak, bolehlah WhatsApps 0173329298 mulai sekarang untuk masukkan nama di senarai menunggu.

    Minggu depan kita start pra-pendaftaran ya 😬

    Nak lagi mudah, klik link berikut untuk whatsapps www.wasap.my/+60173329298/fonikjun

    Mommy comel menghitung hari, Nor Azleen Abd Rahim