Seronok Ada Anak vs Seronok Tiada Anak


Seronoknya tengok anak bergelimpangan macam ni, pukul 12 tengah hari di bulan puasa.

Bila lihat keadaan mereka bertiga bergomol-gomolan, saya pasti teringat keadaan 8 tahun awal perkahwinan yang tiada anak lagi.

Keadaan yang sehingga saya hampir pasti mungkin saya memang ditakdirkan tidak punya anak sendiri hingga mati.

Ya, hanya orang yang pernah tidak punya anak sahaja benar-benar memahami perasaan itu.

Keadaan di mana kita sanggup berikan apa sahaja asalkan Allah SWT kurniakan satu, cukup walau hanya satu anak sendiri.

Ada anak ni seronok, tapi tiada anak juga seronok.

Seronoknya ada anak bila pagi-pagi bangun lihat muka mereka yang comot dengan air liur basi itu buat mak rasa gembira.

Seronoknya tiada anak boleh bangun lewat pagi dan nampak muka suami tenang-tenang kat sebelah. Boleh jadi ambil cuti hari itu. 

Seronoknya ada anak bila balik kerja stress lihat telatahnya mak lupa langsung tentang kerja.

Seronoknya tiada anak bila stress baling sahaja baju ke dalam kereta dan ajak suami “Jom jalan” tak perlu pikir banyak.

Seronoknya ada anak bila masak macam-macam ada orang yang nak makan.

Seronoknya tiada anak lepas makan cuma basuh pinggan sahaja yang boleh siap dalam 5 minit.

Seronoknya ada anak bila tengok movie di tv boleh bergumpal-gumpal beramai-ramai depan tv.

Seronoknya tiada anak boleh tengok midnight movie di panggung wayang sambil belai-belai tangan suami.

Seronok itu di hati, kita yang tentukan.

Dan orang lain tidak boleh curi keseronokan kita.

Biar apapun yang ingin mereka katakan.

Semoga pasangan yang belum punya anak dan inginkan anak akan dapat apa yang mereka mahukan.

Aamin.

Similar Posts

  • Pendaftaran Kelas Membaca Ambilan Januari 2020 Dibuka Sekarang

    Pendaftaran Kelas Membaca Ambilan Januari 2020 Kini Dibuka! Gunakan kod “YES2019” untuk diskaun RM100 atas Yuran Program. Sah sehingga 1 Januari 2020 sahaja. Daftar terus di link berikut: https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak https://whiztots.onpay.my/order/form/plpbak Jadual kelas yang dibuka untuk pendaftaran: BAK49 Setiap Isnin, Rabu dan Khamis (3 kali seminggu) 5.05 hingga 5.50 petang Kelas bermula 6 Jan 2020…

  • Bayi Muntah Bila Menyusu?

    Isyraq selalu muntah.. Tapi takdelah saya risau sangat – sebab dia kentut, perutnya tidak keras, kelakuan normal, dan muntahnya hanya semasa atau selepas menyusu. Selain tu ianya juga tidak projectile. Lebih kepada macam meleleh gitu. Ketiga-tiga anak macam ni juga. Yang tak bestnya adalah mommy bau masam susu jer. Abis tudung dan baju bercorak muntah…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? πŸ˜‚ Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

  • Talent Diperlukan (TUTOR)

    TUTOR (SEPENUH MASA)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSPASIR GUDANG, JOHORBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)BASIC RM1,200 + ELAUN KPI RM300 SEBULAN . . Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. . TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan. Menyediakan bahan bantu mengajar yang…

  • Bersyukur Sentiasa

    Pagi ini saya bangun kerana tidak selesa dihimpit dari kiri dan kanan. Kaki Azmina terselit dibawah pinggang saya. Bukan kali pertama, memang hampir setiap hari begitulah. Tidak kira samada Afiah atau Azmina, jika tidur di sebelah saya pasti menghimpit walaupun ruang di sebelah sana masih lagi luas. Agaknya memang begitu anak yang co-sleeping dengan ibu…

Leave a Reply