• Homeschooling

    Bagaimana Afiah Homeschooling?

    Soalannya pendek sahaja, “Bagaimana Afiah homeshooling ya?”. Saya menarik nafas panjang. Soalan yang pendek itu, jika salah jawab bisa membuat orang marah atau berkecil hati. “Beginilah puan”, kata saya perlahan, “Pandangan saya mungkin berbeza dari kebanyakan orang. Bagi anak kecil ini, yang pentingnya adalah adab dan budi bahasa. Keseimbangan emosinya.…

  • Homeschooling

    Lukisan Anak 4 Ke 5 Tahun

    Ini lukisan Angah yang terkini. Angah berusia 4 tahun 8 bulan. Menurut carta perkembangan kanak-kanak, anak berusia 4 ke 5 tahun boleh melukis orang dengan badannya. Manakala anak berusia 5 ke 6 tahun boleh melukis kepala orang lengkap dengan mata, mulut dan hidung, badan orang pula akan ada tangan dan…

  • Homeschooling

    Afiah Nak Pergi Pasar Malam

    Selesai Kursus Intensif Bacalah Anakku di Pasir Gudang, berkejar saya ke Desa Bukit Mutiara untuk mengambil Afiah. Semasa saya menjalankan kursus, Afiah ada persembahan bersama Aniq Kreatif. Sudah hampir 3 minggu juga saya berulang-alik 2 ke 3 kali seminggu untuk menghantar Afiah berlatih. Afiah siap persembahan pukul 5. Saya selesai…

  • Homeschooling

    Kemahiran Menyusun

    Ini laci kegemaran Isyraq. Sebab dalamnya penuh dengan cawan. Mudah diangkat barangkali. Dahulu awalnya bermain dengan mengeluar dan memasukkan cawan sahaja. Sekarang sudah naiktaraf. Isyraq akan menyusun cawan demi cawan setinggi yang mungkin. Kemudian cuba tutup laci. Tidak berjaya. Bila tidak berjaya, bermulalah episod mencampak cawan ke lantai. Sehinggalah laci…

  • Homeschooling

    Peringkat contengan rupa

    Angah lukis anak ayam. Pandai kan angah! Mengikut Hurwitz dan Day (2001), perkembangan artistik kanak-kanak terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Lukisan Angah ini berada pada peringkat manipulatif. Terdapat empat peringkat contengan dalam peringkat manipulatif. Peringkat tersebut adalah contengan garisan tidak terkawal, contengan…

  • Homeschooling

    Menyusun Puzzle Membina Kreativiti

    Hari itu kami buat puzzle dinosaur. Buat sendiri jer. Cepat, mudah dan murah. Nah, itu tema bbm cikgumommy. “Cepat, mudah dan murah!” Seronok tengok anak-anak ini susun puzzle yang empat keping cuma itu. Macam-macam hasilnya. Bermain puzzle ini nampak macam biasa-biasa sahaja kan. Tapi ia memberi kesan kepada perkembangan otak…

  • Homeschooling

    Resepi Slime Tanpa Borax

    Akhirnya hari ini saya tunaikan permintaan Afiah nak membuat slime selepas lebih setahun dia memintanya. Bukannya apa kebanyakan resepi slime yang ada menggunakan bahan pencuci pakaian yang kuat, sabun pencuci pinggan yang kuat juga, bahkan ada juga yang menggunakan boraks sebagai bahan utama dalam pembuatannya. Selepas melihat beberapa video dan…

  • Homeschooling

    Eksperimen Warna Skittel

    Hari ini buat eksperimen skittel ni. Nampak kat video dadlab beberapa minggu lepas, teringin sangat nak membuatnya. Alhamdulillah, menjadi. Anak-anak pun seronok bukan main tengok warna tu bergerak. Afiah boleh jawab soalan-soalannya. Yalah, dia 6 tahun. Hihi. Yang lain 4, 3 dan 2 tahun. Eksen lah sikit kan. Bahan-bahannya: Skittel…

  • Homeschooling

    Kelas Seni Tari Az-Zaffan

    Pagi ini penuhi masa dengan misi mencari junior Az-Zaffan. Sekali banyak perempuan daaa. Susah betul nak dapatkan penari lelaki. Tak apalah, yang pentingnya anak-anak ini ada aktiviti bermanfaat dilakukan pada hari cuti. Nor Azleen Abd Rahim #cikgumommy rindu menari-nari hihi

  • Homeschooling

    Belajar Mengenal Warna dan Bentuk

    Hari ini kita belajar tentang warna dan bentuk pula. Dapat idea ini dari rancangan televisyen di CBeebies. Kertas tu mommy dah siap-siap potong pelbagai bentuk. Pelbagai warna. Tapi sediakan juga gunting untuk anak-anak potong lagi jika mahu. Mula-mula baca buku cerita yang ada kaitan dengan warna atau bentuk. Kami baca…

  • Homeschooling

    Kemahiran Menggunting

    “Cikgu, cikgu!”, teriak Ali (bukan nama sebenar). “Kenapa?”, saya toleh melihat Ali yang menunjukkan reaksi panik. Kami sedang bersiap-sedia nak bermain permainan Pijak Bunyi. Tapi anak-anak ini memang ada sahaja yang nak dicakapkannya. “Cikgu, tengok Angah!”, kata Ana (juga bukan nama sebenar). Saya melihat Angah yang asyik membuat sesuatu di…

  • Homeschooling

    Beri Peluang Laksanakan Penyelesaian – Ke Arah KBAT

    Susu pun tumpah ke atas lantai. Azmina senyum gembira. Eksperimen berjaya. Berjaya keluarkan susu dari botolnya. Mommy tenung Azmina dengan mata bulat dan mulut sengih bak kerang busuk. Dalam hati siapa yang tahu. “Alamak, susu dah tumpah. Nak buat macamana ni angah?” “Ngah uuuu. Ngah ngok je.” Terjemahan –> Angah…