• Seni Ajar Membaca

    Aktiviti Pengayaan Selepas Tamat Buku 8

    Anak dah habis buku 8 Bacalah Anakku? Apa nak buat?

    Nah, ini masa untuk buat pengayaan. Apa pula tu?

    Antara pengayaan yang boleh dibuat adalah:

    • ajar nama huruf pula, abc sampai z.

    • ajar perkataan yang mengandungi huruf tidak diajar dalam Bacalah Anakku, contohnya ‘v’ perkataan seperti ravi, siva, televisyen atau ‘q’ perkataan seperti qari, quran.

    • ajar mengeja dalam abc

    • ajar menulis dengan pensel dan kertas

    Hari ini, saya kongsikan langkah-langkah untuk mengajar mengeja ABC kepada anak yang telah tamat Buku 8 Bacalah Anakku:

    1. Pastikan anak dah kenal ABC sampai Z. Uji secara rawak, huruf kecil dan besar. Jika anak belum mahir, ajar dahulu ABC sampai Z, bermula dari huruf kecil, baru huruf besar.

    2. Letak kad perkataan pada carta poket besar. Minta anak baca terus.

    3. Eja perkataan secara fonik. Pastikan guna jari untuk mengeja.

    4. Eja perkataan dengan ABC. Pastikan guna jari untuk mengeja.

    5. Tutup kad perkataan. Eja perkataan dengan ABC. Jika tak boleh, eja fonik dahulu. Pastikan guna jari untuk mengeja.

    6. Minta anak tulis perkataan pada kertas.

    Jika anak sangkut pada mana-mana step di atas, ulang semula dari awal dengan perkataan lain pula.

    Mulakan dengan perkataan KVKV dahulu. Baru pergi ke perkataan lebih panjang.

    Semoga membantu.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Pemetaan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku kepada Konstruk Literasi BM dan Kemahiran Pemulihan Khas BM

    Hari ini saya nak kongsikan pemetaan kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku ini kepada Konstruk LINUS dan Kemahiran Pemulihan Khas.

    Dalam Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku, kita cover semua Konstruk Literasi BM dan juga Kemahiran Pemulihan Khas BM.

    Mana yang lebih mudah dan cepat?

    Download fail pdf di sini: pemetaan kfgb – linus – pemulihan

    Boleh dikongsikan dengan rakan-rakan kalian, tapi mohon supaya berikan mereka link ke sini untuk download fail ini.

    Semoga bermanfaat.

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Kenapa Nak Pakai Tudung?

    “Kenapa kakak nak pakai tudung?”

    “Sebab nak tutup aurat.”

    Padu jawapan tu. Dah agak lama juga dia merengek nak pakai tudung.

    Mungkin sebab lihat orang sekeliling pakai tudung. Atau mungkin memang Allah SWT gerakkan hatinya lebih awal.

    Macam-macam syarat mommy letak. Kena pandai uruskan rambut sendiri. Dan dia belajar sikat rambut, ikat rambut.

    Walaupun sikat dan ikatnya tidak sempurna, manalah ada yang sempurna dalam dunia ini.

    Akhirnya beri juga dia pakai tudung. Bukan main gembira dan bangga dia dapat pakai tudung.

    Siap kata, “Maknanya lepas ni show-show lain pun bolehlah kakak pakai tudung?”

    Ok.

    Entah berapa lama, saya tak letakkan harapan. Saya cuma berdoa apabila dia dah matang kelak, dia akan kekal menutup auratnya, menjaga budi bahasanya dan berbuat baik kepada sekelilingnya.

    Sama-sama doakan ya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Suka Makan

    Resepi Sushi Roti Tuna Bersama Afiah

    Hari ini saya nak kongsikan aktiviti memasak bersama anak.

    Menu kami hari ini adalah Sushi Roti Inti Tuna.

    Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

    • roti, terpulang nak wholemeal ke atau roti putih. Sebaiknya pilih roti sandwich dan juga yang lembut.

    • tuna chunk

    • mayonis

    • serbuk lada hitam

    • lemon

    • lobak merah

    • butter

    Peralatan yang digunakan adalah:

    • papan pemotong

    • penggelek (roller)

    • pisau

    • penggulung sushi (jika ada)

    Cara-cara buatnya ada pada setiap gambar ya.

    Jom beraktiviti dengan anak.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Rollkan roti

    Potong kulit roti

    Sapu butter

    Letak tuna secara memanjang

    Susunkan lobak secara memanjang juga

    Gulungkan dengan penggulung sushi

    Potong kecil saiz sushi

    Dah boleh rasa

    Jom makan!

  • Kisah Kejayaan

    Tadika Guna Kaedah Fonik Gabung Bunyi Di Pasir Gudang

    Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak.

    Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku.

    Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi temu ramah (jika perlu) biasa saya lakukan selepas sesi ujian.

    Anak ini mempunyai kesediaan belajar membaca yang sesuai dengan peringkat umurnya. Bahkan beliau boleh membaca sehingga buku 7. Boleh tahan lancarnya.

    Bila beliau tidak dapat membaca buku 8, saya perkenalkan bunyi baru dalam buku 8. Dan saya tanya, /kh/ kawan dengan /a/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut.

    Saya beritahu, /kh/ kawan /a/ baca ‘kha’. Dia ikut. Saya tanya lagi, /kh/ kawan /i/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut lagi.

    Ok, sah. Bukan sah menikah. Tapi sah anak ini tidak membaca dengan cara menggabung bunyi.

    Buku Bacalah Anakku sepatutnya diajar dengan kaedah fonik gabung bunyi. Barulah anak boleh menjadi independent reader.

    Sayang sekali, jika anak ini diajar membaca dengan cara menggabung bunyi, nak mula ajar membaca bahasa Inggeris pasti sangat mudah.

    Tapi bila ajar membaca dengan cara menghafal, itu yang bahasa Inggeris terpaksa pula ajar guna kaedah whole word. Kalian ingat senang nak ajar whole word ini?

    Menurut Kamus Online Oxford, terdapat lebih dari 500,000 perkataan dalam bahasa Inggeris. Dan perkataan ini akan bertambah dan bertambah kerana ciri bahasa yang boleh bertahan lama adalah ia boleh terevolusi.

    Mampukah kalian mengajar semua 500,000 perkataan ini? Dan lagi penting, mampukah anak menghafal semua 500,000 perkataan ini?

    Nah, sebab itu ibu bapa yang sedang memilih tadika anak tahun hadapan, jika tadika war-warkan mereka guna Bacalah Anakku, mesti tanya juga, bagaimana guru mengajar anak membaca dengan buku ini.

    Kalau cikgunya, “aaaaa” atau “macam biasalah puan”, dan tidak menyebut FONIK GABUNG BUNYI, makanya mereka tidak mengajar dengan kaedah yang sepatutnya.

    Maaf, saya masih tidak boleh memberi jawapan tadika mana yang guna kaedah Fonik Gabung Bunyi di Pasir Gudang ini.

    Tapi saya boleh beritahu yang Prasekolah SK Taman Rinting 1 dan Prasekolah SK Kota Masai 2, adalah anak angkat Whiztots. Jadi mereka gunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku untuk mengajar membaca.

    Tak tahulah dah penuh ke tidak pendaftaran tahun hadapan.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy berangan nak buka tadika. Ada yang nak hantar anak?