Seni Ajar Membaca

Aktiviti Pengayaan Selepas Tamat Buku 8

Anak dah habis buku 8 Bacalah Anakku? Apa nak buat?

Nah, ini masa untuk buat pengayaan. Apa pula tu?

Antara pengayaan yang boleh dibuat adalah:

  • ajar nama huruf pula, abc sampai z.

  • ajar perkataan yang mengandungi huruf tidak diajar dalam Bacalah Anakku, contohnya ‘v’ perkataan seperti ravi, siva, televisyen atau ‘q’ perkataan seperti qari, quran.

  • ajar mengeja dalam abc

  • ajar menulis dengan pensel dan kertas

Hari ini, saya kongsikan langkah-langkah untuk mengajar mengeja ABC kepada anak yang telah tamat Buku 8 Bacalah Anakku:

  1. Pastikan anak dah kenal ABC sampai Z. Uji secara rawak, huruf kecil dan besar. Jika anak belum mahir, ajar dahulu ABC sampai Z, bermula dari huruf kecil, baru huruf besar.

  2. Letak kad perkataan pada carta poket besar. Minta anak baca terus.

  3. Eja perkataan secara fonik. Pastikan guna jari untuk mengeja.

  4. Eja perkataan dengan ABC. Pastikan guna jari untuk mengeja.

  5. Tutup kad perkataan. Eja perkataan dengan ABC. Jika tak boleh, eja fonik dahulu. Pastikan guna jari untuk mengeja.

  6. Minta anak tulis perkataan pada kertas.

Jika anak sangkut pada mana-mana step di atas, ulang semula dari awal dengan perkataan lain pula.

Mulakan dengan perkataan KVKV dahulu. Baru pergi ke perkataan lebih panjang.

Semoga membantu.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply