Standard operasi Whiztots, bakal phonicsmarty akan melalui ujian ringkas. Ujian ini untuk mengenalpasti tahap kesediaan belajar membaca serta pengetahuan sedia ada anak.
Hari tu, adalah seorang ibu datang bawa anaknya untuk diuji. Anak berusia 6 tahun dan bersekolah tadika yang menggunakan buku Bacalah Anakku.
Selepas ibu mengisi borang pendaftaran, saya terus jalankan ujian dihadapannya. Sesi temu ramah (jika perlu) biasa saya lakukan selepas sesi ujian.
Anak ini mempunyai kesediaan belajar membaca yang sesuai dengan peringkat umurnya. Bahkan beliau boleh membaca sehingga buku 7. Boleh tahan lancarnya.
Bila beliau tidak dapat membaca buku 8, saya perkenalkan bunyi baru dalam buku 8. Dan saya tanya, /kh/ kawan dengan /a/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut.
Saya beritahu, /kh/ kawan /a/ baca ‘kha’. Dia ikut. Saya tanya lagi, /kh/ kawan /i/, baca apa? Dia kelip-kelip mata dan nganga mulut lagi.
Ok, sah. Bukan sah menikah. Tapi sah anak ini tidak membaca dengan cara menggabung bunyi.
Buku Bacalah Anakku sepatutnya diajar dengan kaedah fonik gabung bunyi. Barulah anak boleh menjadi independent reader.
Sayang sekali, jika anak ini diajar membaca dengan cara menggabung bunyi, nak mula ajar membaca bahasa Inggeris pasti sangat mudah.
Tapi bila ajar membaca dengan cara menghafal, itu yang bahasa Inggeris terpaksa pula ajar guna kaedah whole word. Kalian ingat senang nak ajar whole word ini?
Menurut Kamus Online Oxford, terdapat lebih dari 500,000 perkataan dalam bahasa Inggeris. Dan perkataan ini akan bertambah dan bertambah kerana ciri bahasa yang boleh bertahan lama adalah ia boleh terevolusi.
Mampukah kalian mengajar semua 500,000 perkataan ini? Dan lagi penting, mampukah anak menghafal semua 500,000 perkataan ini?
Nah, sebab itu ibu bapa yang sedang memilih tadika anak tahun hadapan, jika tadika war-warkan mereka guna Bacalah Anakku, mesti tanya juga, bagaimana guru mengajar anak membaca dengan buku ini.
Kalau cikgunya, “aaaaa” atau “macam biasalah puan”, dan tidak menyebut FONIK GABUNG BUNYI, makanya mereka tidak mengajar dengan kaedah yang sepatutnya.
Maaf, saya masih tidak boleh memberi jawapan tadika mana yang guna kaedah Fonik Gabung Bunyi di Pasir Gudang ini.
Tapi saya boleh beritahu yang Prasekolah SK Taman Rinting 1 dan Prasekolah SK Kota Masai 2, adalah anak angkat Whiztots. Jadi mereka gunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku untuk mengajar membaca.
Tak tahulah dah penuh ke tidak pendaftaran tahun hadapan.
Nor Azleen Abd Rahim
#cikgumommy berangan nak buka tadika. Ada yang nak hantar anak?