Kisah Kejayaan

Anak Autisme Pun Boleh Belajar Membaca Secara Online

Hari ni saya nak kongsikan dengan kalian video anak Autisme belajar membaca.

Adik Rayyan berusia 12 tahun 2 bulan semasa memulakan Kelas Membaca Online dengan kami. Sebenarnya sebelum PKP beliau pernah belajar di center kami (Taman Kota Masai, Pasir Gudang).

Apabila kami beralih ke online, ibu beliau (Puan Zurairah) berasa tidak yakin yang anaknya boleh belajar online. Jadi beliau menolak tawaran kelas online kami.

Selepas 2 tahun, beliau kembali ke Whiztots kerana tidak berjaya mencari center lain yang boleh mengajar anak beliau membaca.

Dan selepas beberapa bulan berkomunikasi dengan kami (cubaan meminta kami mengadakan kelas fizikal tidak berjaya, bahkan kami juga ada merujukkan beliau ke centre2 lain yang ada kelas fizikal tetapi beliau enggan), akhirnya Adik Rayyan memulakan kelas online pada 14 Oktober 2022 yang lalu.

Dalam tempoh 3 bulan sahaja, Adik Rayyan berjaya pick up kemahiran membaca dengan sangat baik dan pantas. Adik Rayyan juga membaca dengan lancar.

Dan yang pentingnya dengan sokongan ibu beliau yang tidak berbelah bahagi, Adik Rayyan tak ada masalah pun nak belajar membaca secara online.

Kami sangat kagum dengan semangat Puan Zurairah yang:

1. Sentiasa berada bersama dengan Adik Rayyan semasa kelas online dijalankan

2. Kerap membuat latihan membaca bersama Adik Rayyan

3. Selalu menghantar kerja rumah yang dibuat (video membaca bersama anak)

Puan Zurairah juga sangat tekal dalam melaksanakan sebarang saranan aktiviti tambahan yang kami cadangkan buat anak beliau.

Alhamdulillah, tak lama lagi Adik Rayyan boleh tamatkan Buku 8 Bacalah Anakku dan lepas tu belajar ReadEasy pula.

Sama-sama kita doakan ya!

Leave a Reply