• Seni Ajar Membaca

    Berapa Lama Nak Ajar Anak Membaca?

    Hari ini ada ibu mesej. Katanya anak diajar sukar nak ingat. Sudah ajar banyak kali tapi kemudian lupa. Rasa macam nak putus asa katanya.

    Saya tanya berapa usia anak. Katanya 3 tahun 6 bulan. Diikuti dengan, “Oh, ke muda sangat cikgu?”.

    Saya senyum walaupun dia tidak nampak. Yalah pakai whatsapps sahaja sembang. Bagaimana mahu nampak.

    Saya kata, “ Anak bawah 5 tahun ini kita sasarkan boleh sebut bunyi, kenal simbol. Bonus jika anak boleh gabung bunyi lisan.”

    Saya sambung lagi, “Anak saya berbeza. Angah boleh baca pada usia 3 tahun 2 bulan.”

    Saya tanya, “Tapi puan tahu berapa lama masa diambil untuk mengajarnya?”

    Sudah tentulah dia mahu. Ini jawapan saya.

    “12 bulan. 6 hari seminggu. 5 jam setiap hari.”

    Dan perbualan kami saya akhiri dengan meminta beliau bersabar dalam mengajar anak. Jika mahu putus asa, ingatlah saya mengambil masa 12 bulan, 6 hari seminggu, 5 jam setiap hari untuk membolehkan anak berusia 3 tahun 2 bulan membaca.

    Ia dilakukan dengan cara bermain, bergurau dan seronok. Penuh dengan aksi berlari, melompat, memanjat dan berguling-guling.

    Ia mengambil masa. Perlu dilakukan dengan konsisten dan sistematik.

    Tiada latih tubi mahupun air mata darah yang tumpah sepanjang tempoh tersebut.

    Semoga bermanfaat.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Whole Word vs Synthetic Phonics

    Hari ini ada yang pengusaha tadika tanya saya samada saya boleh buat training Bahasa Inggeris untuk cikgu-cikgunya guna buku P&J. Hehe.

    Saya bagitahu sahaja, P&J kaedah whole word. Saya guna kaedah Synthetic Phonics.

    Kssr pun guna synthetic phonics. Sebab itu ramai cikgu-cikgu yang cari kami sekarang ini.

    Kenapa tidak tukar ke synthetic phonics?

    Ia lebih mudah diajar dan lebih banyak aktiviti menyeronokkan.

    Dan lagi penting, ia selari dengan bagaimana otak berfungsi membaca. Itu yang jadikannya cepat.

    Kan?

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Isyraq Buka Ban Roti Sendiri

    Mula-mula sibuk dia menyeluk-nyelukkan tangan ke dalam kotak roti yang sedikit terbuka. Kotak roti itu untuk kudapan Bengkel PdPc Fonik Literasi BM esok hari.

    Kemudian Isyraq berjaya mengeluarkan 2 buku ban krim dari kotak itu. Dia hulurkan pada saya. Saya buat tidak tahu sahaja kerana sangkakan dia mahu bermain.

    Tiba-tiba bila toleh sekali lagi kepadanya, Isyraq sedang asyik memakan ban. Dia berjaya membuka salah satu dari plastik ban ini sendiri. Huhu.

    Lapar rupanya. Habis satu ban krim coklat itu dimakannya.

    Asalkan tidak buang membazir cukuplah anak. Mommy tidak marah.

    Kurang satu roti untuk esok hari. Hahaha.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Tips Parenting

    Tips Bina Authoriti Di Hadapan Anak

    Hari itu saya sedang memasak. Isyraq pula bermain di kaki-kaki saya. Azmina keluar masuk dapur ke depan sambil mulutnya bertanya itu dan ini. Afiah sedang menonton televisyen di depan.

    Sedang saya menumis, saya tidak nampak Isyraq. Saya panggil, “Afiah, tengok Isyraq mana.”

    Saya memang begitu. Kecuali jika saya berada di tandas, setiap masa saya akan mahu nampak di mana anak-anak saya berada. Terutamanya yang kecil-kecil.

    Afiah tidak bergerak dari kerusi yang didudukinya. Matanya masih terpaku menghadap televisyen. “Kakak tak tahu Isyraq kat mana.”

    Aduh, jawapan itu memang boleh bikin naik darah. Dapur pula sedang panas, tidak boleh ditinggalkan.

    “Afiah, tutup televisyen. Jika kerana televisyen Kakak tidak mahu tengokkan adik-adik, tak payah tengok televisyen.”

    Afiah bangun. Tutup televisyen. Dan bergerak ke Isyraq yang terlindung dari pandangan saya.

    Afiah tahu membuka dan menutup televisyen. Bahkan dia juga tahu menukar channel, melaraskan suara serta menukar bahasa.

    Tetapi authoriti adalah pada mommy. Mommy tidak perlu sembunyikan remote atau mencabut plag untuk menghalang anak-anak menonton televisyen.

    Sebab authoriti. Kata-kata ibu dan ayah adalah peraturan. Yang perlu dipatuhi tanpa membidas kenapa dan mengapa.

    Perkara sebegini diterapkan kepada anak sedari lahir. Anak hormat keputusan dan peraturan ibu bapa. Terutamanya selama mana anak masih tinggal di rumah ibu bapa.

    Anak hormati keputusan dan peraturan ibu bapa kerana faham bahawa ianya adalah untuk kebaikan dirinya. Bukan saja suka-suka menghalang dia dari berseronok.

    Memang tidak mudah untuk laksanakan. Tetapi ada tips.

    1. Ibu dan ayah mesti sefahaman. Jika ibu kata tidak boleh, ayah harus menyokong ibu dihadapan anak-anak. Jika tidak puas hati suarakan di waktu tiada anak-anak. Begitu juga sebaliknya.

    2. Jika mahu tukar keputusan, benarkan individu yang sama suarakan perubahan. Jadi anak nampak bahawa ibu atau ayah sefahaman.

    3. Tegas dengan keputusan. Jika sudah katakan anak tidak dibenarkan menonton televisyen selama 4 jam kerana melakukan kesalahan, pastikan ia dilaksanakan. Usah mudah jatuh hati apabila anak menangis merayu-rayu mahu menonton televisyen.

    Cukuplah tiga sahaja tips. Banyak-banyakpun tak boleh nak fikir sekarang ini. Hihi.

    Selamat beramal.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    Bengkel PdPc Fonik Literasi BM

    Hari ini rehearsal Bengkel PdPc Fonik Literasi BM dengan cikgu-cikgu Linus dan Pemulihan di SK Taman Pasir Putih.

    Terima kasih sudi luangkan masa mendengar perkongsian saya.

    Dalam bengkep PdPc kita banyak berkongsi perlaksanaan fonik dalam kelas. Isu-isu yang timbul. Cara mengatasinya.

    Asasnya lebih kurang perkongsian pengalaman saya melaksanakan fonik dalam kelas di sekolah selama 3 tahun dan juga selama setahun lebih di kelas membaca.

    Samada kelas membaca berbayar atau belajar membaca di sekolah, isu yang timbul sama sahaja.

    Bagaimana nak buat dengan murid yang dah ajar berkali-kali tapi tak dapat?

    Bagaimana nak laksanakan pemulihan (bukan pemulihan khas, tapi pemulihan dalam kelas)?

    Bagaimana nak kekalkan momentum murid belajar dan kekal fokus selama 60 minit?

    Dan banyak lagi bagaimana.

    Apapun, saya harap ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dengan melaksanakannya dalam kelas.

    Ilmu hanya bermanfaat apabila ia diamalkan.

    InsyaAllah besok kita berbengkel besar di Wisma Pelaut Pasir Gudang bersama 70 lebih orang guru.

    Jumpa di sana!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Sambil bengkel ambil gambar juga

    Khusyuk buat trek lumba.

    Cikgu lelaki pun ada.

    Sebelum dapat hadiah, kena jawab soalan mudah ya cikgu!

    Hadiah lagi. Tampal dalam kelas ok.

    Terima kasih atas cenderahati.

  • Suka Makan

    Goreng Pisang

    Anak yang seorang ini memang sangat suka makan. Mungkin kesan dari aktiviti makan mommy semasa mengandung. Huhu.

    Ini masukkan sekeping goreng pisang terus ke dalam mulut. Sabar sahajalah mommy.

    Bergaduh nak keluarkan dari mulutnya. Tapi tetap mommy yang berkuasa. Haha. Authority!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Anak Tidak Mahu Belajar Dengan Ibu. Apa Nak Buat?

    Anak tidak mahu belajar dengan ibu?

    Ini dilema biasa timbul bagi kebanyakan anak yang telah bersekolah. Dan juga yang hadir kelas membaca.

    Katanya, “Saya sudah belajar di kelas dengan cikgu. Kenapa nak belajar dengan ibu? Ibu bukan cikgu.”

    Amboi, memang boleh meluap-luap rasa dapat anak menjawab begini. Bersabarlah.

    Lakukan yang paling mudah dahulu.

    Jika anak boleh terima bermain dengan ibu, bermainlah. Mainlah apa-apapun. Main play doh, main pasir. Pretend play seperti mengambil pesanan makanan, bermain doktor-doktor.

    Jika anak kata, “Ibu dah besar. Mana boleh main bersama.”

    Jawab, “OK, fine.” Hahaha.

    Bacakanlah buku kepadanya. Membaca buku tidak perlu kebenaran daripadanya.

    Jika anak tidak mahu duduk bersama, bacakan sahaja dengan suara yang kuat lagi lantang dari satu sudut yang anak boleh dengar.

    Pilihlah buku yang menarik. Yang banyak dialog. Yang banyak gambar. Mudah nak reka dialog sendiri jika perlu.

    Bacalah dengan ekspressi dan intonasi. Ubahkan suara mengikut karakter yang bercakap.

    Dengan izin Tuhan, pasti suatu masa nanti anak akan datang semakin dekat dan semakin dekat mahu melihat apa yang ibu lakukan.

    Bertabahlah ibu-ibu yang sedang membantu anak belajar membaca. Pasti ada cabarannya.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Lain-lain

    Lori Pindah Rumah

    Hari itu tiba-tiba Afiah beritahu saya, “Mommy, ada orang suruh kita pindah rumah.”

    “Kita nak pindah ke mana? Siapa yang suruh pindah?”, tanya saya.

    “Tak tahulah. Ada tulis kat luar pagar rumah kita.” Kata Afiah lagi.

    Hmm, dalam hati saya ini rasanya saya pasti tidak ada buat pinjaman dengan Along. Suami saya pun tidak berani berbuat demikian. Siapa pula yang tulis suruh kami pindah rumah.

    Lama berfikir barulah saya teringat akan papan iklan lori pindah rumah yang dipasang pada tiang lampu betul-betul di pintu pagar rumah saya.

    “Oh kakak, orang tu dia ada lori. Kalau kita nak pindah rumah, boleh sewa lori dia untuk angkat barang. Dia buat iklan sahaja.”

    Afiah kelip-kelip mata sambil mengerutkan dahi cuba memahami penerangan saya.

    “Ohh, kakak ingatkan dia nak suruh kita pindah.”

    Begitulah, anak yang sedang mempelajari bahasa mudah tersilap faham. Terutamanya ayat-ayat pengiklanan yang mengelirukan.

    Sebab itu, kerajaan ada memperuntukkan peraturan dan undang-undang dalam beriklan. Sebagai individu bertanggungjawab kita hendaklah memastikan iklan kita menggunakan ayat yang mudah difahami, telus dan tidak mengelirukan.

    Antara perkara-perkara yang harus diambilberat dalam membuat iklan adalah:

    1. Hakcipta material dalam iklan tidak boleh kepunyaan orang lain tanpa meminta kebenaran secara bertulis terlebih dahulu. Contohnya memgambil gambar dari google search dan terus letakkan dalam iklan. Bahaya ini.
    2. Gunakan bahasa yang mudah difahami khalayak ramai.
    3. Tidak menggunakan perkataan superlatif seperti “paling, nombor 1, top” atau perkataan yang mengandungi “ter”.
    4. Penggunaan perkataan seperti “100%, murni, asli” mestilah dibuktikan secara bertulis oleh pihak berkuasa yang mempunyai authority dalam bidang berkenaan.
    5. Penggunaan perkataan “Halal” mestilah disertakan dengan kebenaran dari Majlis Agama Islam yang berkenaan.
    6. Tanda asterik (*) hanya boleh digunakan untuk memberikan perincian tentang produk. Bukan untuk mengelirukan kualiti, cara penghasilan ataupun harga produk berbanding yang diiklankan.
    7. Penggunaan perkataan “satu-satunya” mestilah diperincikan dalam hal apa, dan disertakan dengan bukti yang menunjukkan ianya adalah satu-satunya produk dalam bidang tersebut.
    8. Iklan tidak boleh menimbulkan atau memainkan perasaan takut kecuali untuk tujuan positif.
    9. Penggunaan testimoni hanyalah mewakili orang perseorangan, bukan mewakili kumpulan orang atau lembaga tertentu.

    Sudahlah, cukuplah sembilan perkara ini dahulu sebagai panduan kita membuat iklan. Nak patuhi yang sembilan ini pun sudah cukup sukar barangkali. Huhu.

    Selamat membuat iklan yang beretika.

  • Suka Makan

    Resepi Rolled Oats Blended

    Seminggu ini kita cuba sarapan pagi yang sihat. Huhu. Bukan lagi sebab nak kuruskan badan. Tapi nak bagi badan segar dan tidak lemau. Lagipun, sarapan ini cepat dibuat.

    Yang lagi penting, anak-anak pun suka. Berebut-rebut minum segelas kecil ini. Kenalah buat 2 ke 3 kali. Ada sahaja blender yang besar saiz jag, tapi bila buat banyak begitu, mereka pula tidak mahu minum.

    Agaknya seronoknya minum kerana berebut. Bila dah dapat sorang segelas, dah tidak seronok minum. Macam-macam karenah anak kecil.

    Bahan-bahannya mudah sahaja:

    • 6 sudu besar rolled oats

    • 1 sudu kecil chia seed

    • buah-buahan ikut selera

    • susu segar setengah gelas

    • air sejuk setengah gelas

    • madu secukup rasa

    Anak-anak saya sukakan buah-buahan import yang dibekukan. Saya pun sama. Huhu. Buah seperti strawberry, raspberry, blacberry, blackcurrants rasa masam-masam sedikit begitu. Mungkin boleh juga cuba dengan nanas madu.

    Boleh cuba dan pelbagaikan pilihan buah-buahan. Hari ini kami buat dengan strawberry, blueberry, kale dan spinach. Beli frozen siap campur kat Tesco.

    Cara buat pun senang sahaja. Ada dalam gambar ok. Selamat mencuba!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

    Atas permintaan Afiah, maka tercatuklah sebiji strawberi kat tepi gelas tu. Dia ini memang hantu strawberi.

    Mula-mula saya akan rendamkan seketika oats dan chia seed dengan susu. Dalam 5-10 minit sahaja.

    Lepas itu barulah masukkan buah-buahan, susu lagi dan air sejuk. Blend.

    Lepas kisar barulah masukkan madu secukup rasa. Selalunya dalam satu sudu besar juga.

  • Suka Makan

    Telur Pindang Buah Tangan Majlis Perkahwinan

    Ini adalah buah tangan perkahwinan yang paling saya gemari. Telur pindang namanya.

    Masa kecil dahulu, telur pindang dibalut dengan tisu kertas sahaja. Digulung-gulung hujungnya dan diikat menjadi macam beg kecil.

    Mudah dibawa. Sudah makan, lap mulut dan kulit telur masuk ke dalam tisu. Terus boleh buang.

    Sekarang semakin sukar menemui telur pindang ini di majlis perkahwinan. Mungkin kerana yang membuatnya pun sudah tidak ramai.

    Pengasuh anak-anak ada juga membuat telur pindang ini. Masaknya sampai berhari-hari. Jika tidak silap, jika mahu telur siap hari Jumaat, hari Isnin sudah mula merebus.

    Sebab itu telur pindang tahan lama.

    Siapa sangka, majlis perkahwinan di KL kali ini memberi telur pindang sebagai buah tangan. Suami kata bapa pengantin orang Batu Pahat. Oh patutlah.

    Harga telur ini sekarang boleh mencecah sehingga RM1.50 ke RM2.00 sebiji yang siap dimasak. Barangkali kerana itu ramai yang beralih kepada telur rebus biasa atau buah tangan jenis lain.

    Bagaimanapun, telur pindang tetap kegemaran saya. Rasa berbunga-bunga hati apabila dapat telur pindang di majlis perkahwinan.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Lain-lain

    Ajal Dan Maut Itu Pasti

    Dalam gembira ada juga duka. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah pasti. Tidak dipercepatkan dan tidak dilambatkan walaupun sesaat.

    Semalam kami berada di KL/ Selangor meraikan majlis perkahwinan anak Pak Ude kami.

    Usai meraikan pengantin, kami melawat pula pakcik yang uzur di Selayang.

    Sampai di Johor pukul 4 pagi. Dan 8 pagi menerima berita kematian pakcik tersebut.

    Begitu banyak pak cik dan mak cik yang pergi meninggalkan keluarga kami dalam minggu ini.

    Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh-roh mereka, Allahyarham Abdul Basit bin Mokri dan Allahyarhamah Rogayah Kadir, ditempatkan bersama mereka yang Allah SWT kasihi.

    Amin.

    P.s: Keduanya tidak meninggal serentak.

  • Lain-lain

    Tutorial Guna iMovie di iPhone

    Hari itu Cikgu Masturah A. Latib tanya saya macamana nak masukkan subtitles dalam video.

    Saya biasanya gunakan apps Pinnacles Pro. Kena beli di Appstore.

    Tapi kalau video pendek-pendek 2-3 minit boleh gunakan iMovie sahaja. Didatangkan percuma dengan iPhone.

    Jadi, alang-alang saya buat tutorial dalam whatsapps untuk Cikgu Mas kan, kita kongsikan sahaja di sini.

    Mungkin bermanfaat juga untuk orang lain yang ada iPhone tapi tak pernah guna iMovie.

    Langkah-langkahnya ada pada gambar ya. Jom tengok.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy pandai juga IT sikit-sikit

    Buka apps iMovie. Ini untuk pengguna iPhone sahaja ya. Kalau kau guna android, tak ada apps iMovie ni dalam handphone kau.

    Klik “+” untuk buat video baru.

    Pilih “Movie”.

    Pilih mana media yang kau nak guna. Boleh pilih video ataupun gambar. Kalau kau nak senang view video sahaja, kau klik kat “Media” atas kiri tu. lepas kau dah pilih mana yang nak guna, klik “Create Movie” kat bahagian bawah.

    Kau boleh pilih samada nak masukkan serentak semua video dan gambar yang nak digunakan atau nak masukkan satu persatu. Terpulang.

    1- Kalau nak edit video, kena pastikan klik pada clip video dan ianya highlighted warna kuning. Barulah tools kat bahagian bawah tu akan muncul.

    2- ini gambar gunting. Tujuannya nak potong video. Atau sambung. Atau nak salin semula clip video tu supaya boleh ulang tengok 14 kali. Boleh juga delete buang mana-mana part yang rasa menyampah.

    1- ini rupanya kalau clip telah terpotong. Select mana clip yang nak disunting. Mesti highlighted warna kuning.

    2- Ini tools untuk masukkan teks. Macam tajuk ke, atau subtitle ke atau sekadar ucapan terima kasih pun boleh.

    3- Ini pula jenis-jenis teks yang boleh digunakan. Kalau scroll ke kanan tu ada banyak lagi jenis teks yang ditawarkan.

    4- ini pula untuk pilih samada teks tu nak letak kat tengah atau kat bawah. Selalunya tajuk kau letaklah kat tengah, kalau subtitle letaklah kat bawah ok.

    5- untuk edit teks, kau klik kat atas sini. Lepas tu taiplah apa yang kau nak taip.

    1- ini pula tools untuk kawal kelajuan. Tu yang gambar speedometer tu.

    2- Kau boleh pilih nak lajukan atau nak perlahankan clip video kau.

    3- kalau nak freeze atau add atau reset pun boleh. Kau cubalah sendiri ya.

    1- ini tools untuk kuatkan atau perlahankan suara dalam video.

    2- tariklah bulatan tu ke depan atau ke belakang.

    1- ini tools untuk edit gambar video tu.

    2- boleh pilihlah nak buat kaler2 apa.

    1- kalau klik pada pembahagi antara video clip yang dipotong tadi, kau boleh pilih transition nya.

    2- ini pilihan transition yang ada. Kau cubalah sendiri.

    Kalau nak tambah apa-apa media lain, klik kat “+” ini.

    Macam-macam boleh masukkan.

    Ini kalau kau nak masukkan audio.

    Contohnya masukkan sound effect orang menepuk tangan.

    Atau buat voice over pada video atau gambar yang kita guna. Sebaiknya gunakan microphone supaya suara tak berangin sangat.

    Bila dah siap edit segala video, boleh klik done.

    1- untuk tukar tajuk video kepada yang mesra pengguna

    2- kalau nak edit semula video klik yang ini

    3- kalau nak eksport video ke format yang boleh share dengan orang lain

    Biasanya saya akan pilih save video. Pilihan lain tu kau cubalah sendiri ya.

    Kalau nak gunakan pada facebook, HD720p pun dah memadai. Sebab facebook selalu downgrade video kita.

    Tapi kalau nak ke youtube bolehlah save format 1080p atau 4k. Saiz videonya besar giler.

    Semasa sedang proses export ini, kau jangan tutup handphone atau buka apps lain. Nanti dia abort operation. Kau kena tunggu sahaja.

    Kalau video kau saiz sangat besar, jari kau kena slide2 kat handphone, jangan benarkan handphone kau tidur. Nanti aborted operation juga.

    Bila dah keluar begini, barulah operasi berjaya. Boleh lihat video yang kau buat di “photos”

    Inilah rupa video tutorial yang kita buat tadi ya.

    Semoga membantu mana-mana yang ada iPhone tapi tak pernah guna iMovie tu.