Isyraq Buka Ban Roti Sendiri

Mula-mula sibuk dia menyeluk-nyelukkan tangan ke dalam kotak roti yang sedikit terbuka. Kotak roti itu untuk kudapan Bengkel PdPc Fonik Literasi BM esok hari.

Kemudian Isyraq berjaya mengeluarkan 2 buku ban krim dari kotak itu. Dia hulurkan pada saya. Saya buat tidak tahu sahaja kerana sangkakan dia mahu bermain.

Tiba-tiba bila toleh sekali lagi kepadanya, Isyraq sedang asyik memakan ban. Dia berjaya membuka salah satu dari plastik ban ini sendiri. Huhu.

Lapar rupanya. Habis satu ban krim coklat itu dimakannya.

Asalkan tidak buang membazir cukuplah anak. Mommy tidak marah.

Kurang satu roti untuk esok hari. Hahaha.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Talent Diperlukan (TUTOR)

    TUTOR (SEPENUH MASA)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSPASIR GUDANG, JOHORBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)BASIC RM1,200 + ELAUN KPI RM300 SEBULAN . . Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. . TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: Merancang pelaksanaan kelas mengikut program dan panduan rancangan mengajar yang diberikan. Menyediakan bahan bantu mengajar yang…

  • 5 Tips Keberkatan Rezeki Untuk Cikgu

    Hati ni bila dapat jumpa cikgu-cikgu lama, memang rasa berbunga-bunga. Berbunga bukan sebab apa, sebab cikgu lama ni selalu sahaja penuh dengan nasihat dan pengalaman hidup. Masa inilah kita dapat korek dan ambil jadikan panduan. Namanya Cikgu Fazidah, berkhidmat sebagai guru sekolah rendah lebih dari 30 tahun. Sudah lama pencen, lebih 20 tahun. Suaminya sepupu…

  • ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan? JAWAPAN:Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis. Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza. Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan.

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • Sampai 12 Tahun Kena Minum Susu?

    Sedang berjalan-jalan di hypermarket, Afiah panggil, “Mommy, tengok sini.” Ada promosi susu formula. Bukan susu yang Afiah mahu saya tengok. Dia mahu saya lihat hiasan booth itu. Ada astronauts yang boleh masukkan kepala kita tu dan ambil gambar. Datang si adik manis promoter menegur, “Nak stiker?” Afiah dan Azmina senyum-senyum memandang saya. Saya kata, “OK.”…

  • Carta Ramadanku Galak Anak Beramal

    Hari ini baru berkesempatan menampal carta Ramadan Ku untuk Afiah. Carta ini dikongsikan oleh Junior Aulad secara percuma. Carta ini bertujuan memberi ganjaran untuk anak melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan. Asalnya ia diberi markah 10 bagi setiap ibadah dilakukan. Tapi saya gunakan smiley yang dibeli di Mr DIY. 1000 stiker smiley baru RM3.90 sahaja. Antara amalan…

Leave a Reply