Telur Pindang Buah Tangan Majlis Perkahwinan

Ini adalah buah tangan perkahwinan yang paling saya gemari. Telur pindang namanya.

Masa kecil dahulu, telur pindang dibalut dengan tisu kertas sahaja. Digulung-gulung hujungnya dan diikat menjadi macam beg kecil.

Mudah dibawa. Sudah makan, lap mulut dan kulit telur masuk ke dalam tisu. Terus boleh buang.

Sekarang semakin sukar menemui telur pindang ini di majlis perkahwinan. Mungkin kerana yang membuatnya pun sudah tidak ramai.

Pengasuh anak-anak ada juga membuat telur pindang ini. Masaknya sampai berhari-hari. Jika tidak silap, jika mahu telur siap hari Jumaat, hari Isnin sudah mula merebus.

Sebab itu telur pindang tahan lama.

Siapa sangka, majlis perkahwinan di KL kali ini memberi telur pindang sebagai buah tangan. Suami kata bapa pengantin orang Batu Pahat. Oh patutlah.

Harga telur ini sekarang boleh mencecah sehingga RM1.50 ke RM2.00 sebiji yang siap dimasak. Barangkali kerana itu ramai yang beralih kepada telur rebus biasa atau buah tangan jenis lain.

Bagaimanapun, telur pindang tetap kegemaran saya. Rasa berbunga-bunga hati apabila dapat telur pindang di majlis perkahwinan.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Hari kedua

    1st, walaupun pagi tadi bangun pukul 7, lepas vc b, sekali lagi aku tidur. Tapi sejam je hari ni. Selepas beberapa kali snooze alarm akhirnya bangun 9.30. Sebab ada appointment pukul 10. Aku kena buat lebih banyak appointment waktu pagi nampaknya untuk memaksa diri bangun. 2nd, breakfast makan nugget, kentang dan telur. Kemudian lunch makan…

  • Legoland vs Angah

    Baru mommy keluar berliburan satu hari, dah angah masuk sepital 😭 Macamana nak gi 3-4 hari 😊 Get well soon, angah. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Seriously, nak melawat ke ward kanak-kanak tengok-tengoklah time.. 9.23 pm, datang macam kenduri kawin.. Pastu nak throwback cerita-cerita 20 tahun yang lampau.. Mommy rasa macam nak sound sedas…

  • PENDAFTARAN KELAS MEMBACA ONLINE BATCH APRIL 2022

    Pendaftaran Kelas Membaca Online Telahpun Dibuka! Ada 7 sahaja tempat kosong! Daftar terus di link berikut:ezy.la/entrybak Jadual kelas yang dibuka untuk pendaftaran: BAK108Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)8.50 malam15-20 minit setiap sesiMaksimum 12 kali sebulanYuran program + yuran bulan pertama: RM259Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan BAK114Setiap Selasa & Khamis (2 kali seminggu)8.50…

  • Tandem Breastfeeding

    Saya stopkan bf Azmina waktu mengandung 4-5 bulan kerana tak tahan sakitnya dengan janji bila baby dah keluar kita sambung semula. Selepas bersalin saya cuba tawarkan kepada Azmina semula, tetapi dia enggan. Susu untuk baby katanya… Berkali-kali dengan pelbagai cara dipujuk tetap enggan. Hari ini, kerana risau Azmina kembali demam, saya trik dia bila dia…

  • Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

    Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005). Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas…

Leave a Reply