• Kursus, Seminar, Bengkel

    Sesi Personal Coaching Bacalah Anakku bersama Puan Saadah

    Selesai sesi personal coaching dengan Puan Saadah Ab Raub hari ini.

    Puan Saadah berhasrat membantu anaknya yang berusia 4 tahun 1 bulan (dan adiknya) belajar membaca dengan kaedah fonik gabung bunyi.

    Sesi dimulakan dengan mengetahui apakah itu kaedah fonik gabung bunyi. Sudah tentu, cara paling mudah untuk faham adalah menyanyikan lagu fonik tak tun tuang.

    Kemudian, kita belajar menyebut bunyi, membuat aksi asosiasi dan juga menyanyikan lagi Abu Ada Ayam.

    Seterusnya, kita belajar satu persatu bagaimana nak mengajar dari Buku 1 hingga Buku 8 Bacalah Anakku.

    Puan Saadah turut ditunjukkan bagaimana menggunakan buku Permainan Kreatif dan Rancangan Mengajar.

    Akhir sekali, kita buat carta poket mini, dam ular dan pinggan tarik.

    Puan Saadah telah mendapatkan Set Abu Ada Ayam, Kad Imbasan Bacalah Anakku, Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku, carta lagu Abu Ada Ayam dan Carta Bunyi Bacalah Anakku untuk memudahkan pembelajaran di rumah.

    Marilah kita sama-sama doakan semoga impian Puan Saadah nak mengajar anaknya membaca dengan cara yang mudah, cepat dan seronok ini tercapai.

    Semoga Tuhan permudahkan urusan Puan Saadah dan ibu-ibu lain.

    Sekian.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy is teaching mommies haha

  • Suka Makan

    Buang Junk Food

    Aduh duh duh. Bagaimana ini?

    Dalam Cabaran Stailoo, langkah yang dia suruh buat sekarang ini adalah buang junk food seperti ais krim, megi, nugget, biskut.

    Haduilah. Nak buat atau tak nak buat?

    Half-half maybe? Kita berhenti beli semua ini. Tetapi saya memang kena cakap betul-betul dengan suami dan anak-anak.

    Kemudian dia juga suruh beli makanan yang baik.

    Semua makanan baik ini pun ada juga di dapur.

    Hahaha, tiba-tiba rasa lapar.

  • Kelas Membaca

    Kelas Membaca di Whiztots

    Hari itu adalah saya ke sebuah sekolah di Pasir Gudang ini untuk membuat promosi jualan buku-buku sempena program lawatan guru negeri lain.

    Kebetulan, guru besar sekolah tersebut pernah menjadi guru besar saya. Jadi dapatlah saya berikan pamphlet Whiztots kepada beliau.

    Hari ini beliau menghubungi saya bertanyakan tentang kelas Whiztots. Mahu dicadangkan kepada ibu bapa murid sekolahnya yang masih belum boleh membaca.

    Syukur kepada Tuhan yang memberikan rezeki tanpa disangka-sangka.

    Begini sahaja ringkasnya tentang kelas membaca di Whiztots.

    1. Whiztots menerima semua anak yang mahu belajar membaca dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja (buat masa ini).

    2. Whiztots menerima:

    • anak berusia 3 tahun 6 bulan ke atas untuk Program Phonemic Awareness

    • anak berusia 5 tahun ke atas untuk Program Bacalah Anakku (Bahasa Malaysia)

    • anak berusia 6 tahun ke atas untuk Program ReadEasy (Bahasa Inggeris)

    • anak berusia 7 tahun ke atas untuk Program Penulisan Kreatif

    1. Whiztots juga ada menerima anak berusia 8, 9, 10, 11, 12 tahun yang masih belum cekap membaca.

    2. Whiztots ada menerima anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti mild ADHD, mild autisme (mestilah mampu respon secara verbal), Global Delay Development, Speech Delay, Dyslexia. Anak-anak ini belajar bersama anak-anak tanpa masalah pembelajaran.

    3. Kelas di Whiztots dijalankan secara kumpulan kecil. Maksima 6 anak dalam 1 kumpulan. Jika anak ada isu-isu tertentu sahaja akan dicadangkan membuat personal tutoring (1-2 anak).

    4. Semua anak-anak ini perlu menjalani ujian kesediaan membaca terlebih dahulu. Selepas ujian ini barulah program untuk anak ditentukan.

    5. Untuk mendapatkan tempat di Whiztots, boleh berurusan dengan Puan Aini di talian 0173891909.

    Sekian, begitulah tentang kelas membaca di Whiztots.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy loves teaching

  • Lain-lain

    Ujian dan Rezeki Dari Tuhan

    Hari ini sepatutnya saya ada taklimat ringkas dengan ibu bapa Linus di sebuah sekolah Pasir Gudang berkaitan dengan Program Sekolah Angkat Whiztots.

    Namun, sejak semalam Angah demam dan ia berlanjutan sehingga pagi ini. Angah ada sejarah demam beserta sawan.

    Jadi saya tidak selesa meninggalkannya dengan orang lain sewaktu demam. Maka saya wakilkan staf untuk menggantikan saya.

    Kelebihan berniaga inilah dia. Anak sakit tak perlu susah hati nak mohon cuti. Tak perlu risau nak mengatur ayat dan kena tempelak bos kerana nak bercuti.

    Makanya juga bila dah jadi bos jangan lupa pengalaman menjadi pekerja. Sakit dan mati tidak pernah kita rancang dan minta. Ia adalah ujian dari Tuhan, untuk pekerja dan juga untuk bos.

    Apakah kau akan lebih mementingkan kerja dari anugerah Tuhan yang terindah?

    Percayalah, staf apabila diberi kenikmatan berehat dan menjaga anak yang sakit, apabila kembalinya bekerja akan bekerja dengan lebih dedikasi.

    Percayalah juga bahawa Tuhan ada pelbagai cara untuk mencukupkan rezeki kita dan staf jika kita tunaikan hak-hak mereka.

    Sama-samalah kita doakan agar Angah dan juga anak-anak kecil lain yang sedang demam ketika ini diberikan kesembuhan segera. Agar mereka dapat terus bermain dan bergelak ketawa menceriakan dunia ini.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Seni Ajar Membaca

    Lagu Fonik Tak Tun Tuang

    Lagu ini sudah viral lama, saya agak ketinggalan. Haha.

    Tapi anak-anak asyik ber tak tun tuang tak tun tuang. Iramanya memang mengasyikkan sampai si Isyraq pun tersengih-sengih dan bergoyang-goyang mendengar lagu ini.

    Maka semalam sedang menunggu giliran di klinik, datang ilham mencipta lirik tak tun tuang berasaskan pengajaran fonik.

    Semoga lebih mudah dan cepat untuk kenal apa itu Fonik Gabung Bunyi. Liriknya seperti berikut:

    Fonik Tak Tun Tuang
    Lirik: Cikgu Azleen

    Mari guna fonik tak tun tuang tak tun tuang
    Kerna ia cepat lagi tak tun tuang tak tun tuang
    Ajar anak baca dengan fonik tak tun tuang
    Pasti mudah sekali

    Ajar bunyi dulu tak tun tuang tak tun tuang
    Lebih cepat dengan aksi tak tun tuang tak tun tuang
    Usah campur aduk dengan huruf tak tun tuang
    Sambil kita menyanyi

    Ajar anak menggabung bunyi
    Bukan eja-eja
    Tidak menghafal suku kata
    Ini cara mudah

    Yang penting ajar dahulu baca tak tun tuang
    Sampai lancar faham juga tak tun tuang tak tun tuang
    Bila sudah lancar baca buku tak tun tuang
    Ajar ABC pula

    Jom, nyanyi bersama-sama kami.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy

    https://youtu.be/JrmFa91obmo

  • Kelas Membaca

    Kekosongan Kelas Membaca Bacalah Anakku – Segera!

    Kekosongan kelas Bacalah Anakku (BM). Kelas akan bermula 22 Januari 2018.
     
    1 tempat sahaja. 1 tempat sahaja.
     
    Jadual kelas seperti berikut:
     
    Hari: Isnin, Rabu dan Jumaat
    Masa: 9.00 hingga 9.45 malam
     
    Lokasi: No 12, Jalan Lampam 17, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang.
     
    Yuran pendaftaran: RM50 dibayar sekali sahaja.
    Yuran buku: RM90 dibayar sekali sahaja.
     
    Yuran bulanan: RM135 sahaja untuk 12 sesi sebulan, 45 minit per sesi.
     
    Anak yang telah bersedia belajar membaca dan tiada masalah pembelajaran boleh menamatkan program Bacalah Anakku dalam 48 sesi (4 bulan).
     
    Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
     
    Puan Aini 0173891909 wasap.my/+60173891909/BAK#13
     
    Cikgu Azleen 0173329298 wasap.my/+60173329298/BAK#13
     
    Bagi pra-pendaftaran kelas ReadEasy (Bahasa Inggeris), isikan borang di bit.ly/daftarwhiztots