Ujian dan Rezeki Dari Tuhan

Hari ini sepatutnya saya ada taklimat ringkas dengan ibu bapa Linus di sebuah sekolah Pasir Gudang berkaitan dengan Program Sekolah Angkat Whiztots.

Namun, sejak semalam Angah demam dan ia berlanjutan sehingga pagi ini. Angah ada sejarah demam beserta sawan.

Jadi saya tidak selesa meninggalkannya dengan orang lain sewaktu demam. Maka saya wakilkan staf untuk menggantikan saya.

Kelebihan berniaga inilah dia. Anak sakit tak perlu susah hati nak mohon cuti. Tak perlu risau nak mengatur ayat dan kena tempelak bos kerana nak bercuti.

Makanya juga bila dah jadi bos jangan lupa pengalaman menjadi pekerja. Sakit dan mati tidak pernah kita rancang dan minta. Ia adalah ujian dari Tuhan, untuk pekerja dan juga untuk bos.

Apakah kau akan lebih mementingkan kerja dari anugerah Tuhan yang terindah?

Percayalah, staf apabila diberi kenikmatan berehat dan menjaga anak yang sakit, apabila kembalinya bekerja akan bekerja dengan lebih dedikasi.

Percayalah juga bahawa Tuhan ada pelbagai cara untuk mencukupkan rezeki kita dan staf jika kita tunaikan hak-hak mereka.

Sama-samalah kita doakan agar Angah dan juga anak-anak kecil lain yang sedang demam ketika ini diberikan kesembuhan segera. Agar mereka dapat terus bermain dan bergelak ketawa menceriakan dunia ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Resepi Sushi Roti Tuna Bersama Afiah

    Hari ini saya nak kongsikan aktiviti memasak bersama anak. Menu kami hari ini adalah Sushi Roti Inti Tuna. Bahan-bahan yang diperlukan adalah: roti, terpulang nak wholemeal ke atau roti putih. Sebaiknya pilih roti sandwich dan juga yang lembut. tuna chunk mayonis serbuk lada hitam lemon lobak merah butter Peralatan yang digunakan adalah: papan pemotong penggelek…

  • Ajal Dan Maut Itu Pasti

    Dalam gembira ada juga duka. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah pasti. Tidak dipercepatkan dan tidak dilambatkan walaupun sesaat. Semalam kami berada di KL/ Selangor meraikan majlis perkahwinan anak Pak Ude kami. Usai meraikan pengantin, kami melawat pula pakcik yang uzur di Selayang. Sampai di Johor pukul 4 pagi. Dan 8 pagi menerima berita kematian…

  • Kantin Kita JB

    Hari itu berpeluang juga melawat ke Kantin Kita yang selama ni dok kecur ayaq liur jer tengok kawan-kawan upload gambar-gambar makanan kedai ini. Bukan apa, kedai ini berada di hujung sana dari lokasi rumah saya. Hihi. Itu yang bercinta nak ke sini. Sampai-sampai di kedai nampak kakak kantin sedang goreng ayam. Bau ayam gorengnya menusuk…

  • Tips Jual Beli Online

    Hari itu adalah saya membuat pesanan sarapan daripada satu grup ini. Kebetulan sang penjual tinggal berdekatan dengan rumah, setaman sahaja. Saya mesej sehari sebelum, dan siap tanya juga pukul berapa sarapan dihantar. Katanya bermula pukul 8.00 pagi hingga habis penghantaran. Tiba hari yang dinanti, kerana sarapan yang dijual adalah sarapan yang jarang-jarang ditemui, saya menunggu….

  • Ajar Dahulu, Baru Uji.

    Hari ini, dalam perjalanan ke Bacang Corner untuk membeli makan malam, Afiah bertanya, “Mommy, 99 tambah 1?” “100. Lagi?” Abah pun terus sampuk, “Kakak, kalau 5 tambah 95?” Afiah diam. Sebenarnya Afiah baru belajar operasi ni setakat nombor bawah 20. Bukan saya yang hadkan, tapi setakat ini memang itu sahaja yang saya nampak dia sampai….

Leave a Reply