• Seni Ajar Membaca

    Panduan Ajar Anak Membaca: Minggu 1

    Hari ini saya kongsikan panduan mengajar anak membaca di rumah untuk Minggu 1.

    Dalam video ini saya menggunakan rancangan mengajar untuk anak 4 tahun. Rancangan mengajar ini boleh diperolehi dalam Buku Rancangan Mengajar Bacalah Anakku.

    Harga buku ini cuma RM10 sahaja. Boleh WhatsApps Puan Aini 0173891909 atau Cikgu Azleen 0173329298 untuk membuat pesanan.

    Terdapat 4 jenis rancangan mengajar dalam buku ini, iaitu;

    • Untuk anak 4 tahun
    • Untuk anak 5 tahun
    • Untuk anak 6 tahun
    • Untuk anak 7 dan 8 tahun

    Untuk anak 7 dan 8 tahun, dinyatakan dalam buku sebagai Program KIA2M. Program KIA2M ini lebih kurang sama sahaja dengan Program LINUS BM. Jadi, untuk anak LINUS juga boleh gunakan rancangan mengajar Program KIA2M ini.

    Untuk anak pemulihan khas pula, saya cadangkan supaya;

    • Pemulihan tahun 3 gunakan rancangan mengajar KIA2M (7 ke 8 tahun)
    • Pemulihan tahun 2 gunakan rancangan mengajar anak 6 tahun
    • Pemulihan tahun 1 gunakan rancangan mengajar anak 5 tahun

    Sekiranya berminat untuk menyertai google classroom saya, yang mana saya berkongsi cara mengajar anak dari awal usia, bolehlah gunakan kod 2qrpt88 (sah sehingga 4 Januari 2018 sahaja).

    Untuk membuat pesanan buku Bacalah Anakku, boleh WhatsApps Puan Aini 0173891909 atau Cikgu Azleen 0173329298.

    Jom tengok video.

    Siri Video Panduan Mengajar Anak Membaca (Minggu 1)

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Rumah Mesra Kanak-kanak

    Isyraq, cari apa?

    Begitulah lebih kurang dialognya bila nampak anak lelaki yang seorang ini sudah mula membuat siasatan ke dalam pantri mommy.

    Siap berdiri masuk ke dalam almari pantri ini. Dibelek satu persatu barang yang boleh dicapainya.

    Habis atas bawah kiri kanan. Ambil, belek dan letak. Ambil, belek dan letak.

    Ketara sangat sifat ingin tahunya yang tinggi.

    Anak kecil dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan survival yang tinggi.

    Kita sahaja yang sering mematikan sifat itu dalam dirinya.

    Haishhhh. Jangan usik. Jangan pegang. Tak boleh masuk mulut. Haippppp!

    Ada satu kajian yang dijalankan di luar negara mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima banyak ayat-ayat berunsur larangan ini cenderung untuk bersikap pasif.

    Mereka juga kurang kosa kata, tidak dapat menguasai kemahiran motor dengan baik dan akhirnya mempunyai masalah menguasai pelajaran.

    Apabila ada anak kecil, gaya rumah eloklah disesuaikan dengan usia anak.

    Jadikan rumah kita ini lebih mesra kanak-kanak. Supaya mereka boleh meneroka dunia kecil ini dengan selamat.

    Dan tidaklah bergerak sedikit haippp, pegang sikit jangan!

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy

  • Personal Development

    Habit Baru

    Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya.

    Satu habit diamalkan selama 2 minggu.

    Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan.

    Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.

    Untuk waktu tengah hari sudah agak sukar kerana selalunya saya berebut-rebut dalam pada nak menyiapkan anak-anak, nak keluar ke kelas, menyiapkan diri sendiri dan macam-macam lagi.

    Untuk waktu makan malam pula memang lagi kerap ke laut sebab saya selalunya bergantung kepada suami untuk membawa makan malam. Jadinya suami pula kerap sampai lewat dan saya terkejar-kejar untuk masuk ke kelas.

    Jadi, pada minggu akan datang ini saya merancang untuk menyediakan makanan lebih awal pada hari cuti, dan pada hari bekerja saya akan memanaskan makanan sahaja atau menyediakan makanan mudah sahaja.

    Hari ini cuti tetapi tidak sempat pula hendak menyediakan makanan.

    Oh ya, saya rasa sebelum menyediakan makanan, saya perlu bermula dengan menu barangkali.

    Jadi, esok saya akan sediakan menu untuk seminggu.

    Sekian sahaja untuk hari ini.

  • Personal Development

    The Power Of Less

    Saya ingin hidup lebih sihat. Jadi, sekarang ini saya sertai cabaran stailoo.

    Habit pertama yang saya cuba cipta adalah minum air 2 gelas 20 minit sebelum makan.

    Hari ini adalah hari ketiga saya melaksanakan habit ini.

    Setakat semalam, saya berjaya 50-50. Pada waktu pagi dan makan tengah hari berjaya buat. Tetapi waktu makan malam, terlupa nak buat.

    Mungkin kerana berada di kelas, jadi agak kelam kabut.

    Hari ini saya akan usaha lagi.

  • Kisah Kejayaan

    Majlis Tamat Baca Whiztots Cepat Membaca Kali Pertama

    Majlis Penyampaian Sijil Tamat Baca dan Hadiah Program Bacalah Anakku dan ReadEasy Beginner Level telah diadakan pada Sabtu, 2hb Disember 2017.

    Majlis diadakan di Wisma Pelaut Pasir Gudang sempena Seminar Ajar Anak Menulis dan Membaca di Awal Usia.

    Majlis meraikan 11 anak-anak menamatkan Program Bacalah Anakku dan 5 anak-anak menamatkan Program ReadEasy Beginner Level.

    Sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi, penulis bersama Bacalah Anakku dan ReadEasy.

    Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang menerima sijil dan hadiah. Semoga sedikit usaha kecil ini dapat menanamkan minat membaca di masa hadapan.

    Ada beberapa gambar penerima sijil yang tidak dapat diambil. Terlupa nak appoint tukang ambil gambar. Memang beginilah jadinya. Minta maaf.

    Senarai penuh anak-anak ada di page Whiztots Cepat Membaca. Boleh lihat di link ini: https://www.facebook.com/whiztots/posts/2294419314117640

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy