Tak Rasa Dihormati

Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan.

Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas.

Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya.

“Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”

“Mummy vaksin hari jumaat, nanti kelam kabut nak hantar awak balik.”

Selepas tu saya wasap ke kakak.

“Mummy ada wasap abah tanya kalau mummy boleh ambik awak Isnin sampai Jumaat. Jumaat tengah hari mummy hantar balik. Mummy dah wasap dari hari Ahad, tapi sampai hari ni abah tak reply lagi.”

“Abah tanya bila kakak nak mummy ambik, sebab tu abah tak jawab.”

Hmmm sakitnya hati saya. Kalau ya pun nak dapatkan persetujuan dari anak yang berusia 11 tahun, setidaknya hormatilah saya dengan membalas dan memaklumkan kepada saya.

Tetapi wasap saya dibiarkan tanpa balasan.

Ini bukan kali pertama. Ini dah beratus kali. Dari kawin dulu, sampai dah bercerai.

Menyakitkan hati. Membuatkan saya stress.

Lalu malamnya saya menangis.

Saya rasa saya cuba menghormati dia sebab itu saya mesej dia bertanya jika dia ada plan untuk membawa anak-anak bercuti semasa cuti sekolah minggu depan.

Setidak-tidaknya hormati saya semula dengan membalas mesej itu. Walaupun jika jawapannya adalah tidak, saya tak boleh ambik anak-anak.

Tapi dengan tidak membalas mesej, dengan sengaja, itu adalah sangat kurang ajar. Saya harap Tuhan akan membalasnya.

Similar Posts

  • Undang-undang Buruh Memang Untuk Pekerja

    Hari ini saya dihubungi oleh seorang lagi pelanggan yang telah membuat bayaran tetapi masih belum menerima produk yang ditempah. Pembelian telah dibuat pada bulan Mac yang lalu dan bayaran dibuat secara tunai.   Staf yang menguruskan jualan tersebut telahpun berhenti kerja pada bulan yang lepas. Lantas saya memeriksa rekod jualan untuk mengesahkan jualan dan juga…

  • Titik Hijau Karipap

    Minggu ini asyik makan karipap sahaja. Sebabnya ada banyak stok karipap. Hahaha. Ada yang saya beli dan ada yang kawan-kawan beri. Terima kasih pada yang beri, sedap-sedap belaka. Kadang-kadang pada karipap ada tanda titik pelbagai warna. Karipap kali ini warnanya hijau. Karipap kentang daging. Sedap walaupun rupanya tak begitu cantik. Afiah tanya, “Mommy, kenapa ada…

  • Aurat 4 Tahun vs 7 Tahun

    Acapkali apabila saya menghadiri kursus di Read Network, Afiah dan Azmina saya tinggalkan di BACC Platinum Walk Setapak (Sekarang telah berpindah). Di sini selain daripada diberi makan, bermain dan tidur, mereka turut mendapat pelbagai ilmu. Bila ambil, bukan main meriahnya Azmina bercerita. “Ada lelaki dan perempuan. Lelaki boleh pakai seluar pendek sampai lutut. Perempuan boleh…

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

  • Tips Jual Beli Online

    Hari itu adalah saya membuat pesanan sarapan daripada satu grup ini. Kebetulan sang penjual tinggal berdekatan dengan rumah, setaman sahaja. Saya mesej sehari sebelum, dan siap tanya juga pukul berapa sarapan dihantar. Katanya bermula pukul 8.00 pagi hingga habis penghantaran. Tiba hari yang dinanti, kerana sarapan yang dijual adalah sarapan yang jarang-jarang ditemui, saya menunggu….

  • Pertemuan Lisensi Phonicsmart Cepat Membaca JDT Kali Pertama

    Alhamdulillah, hari itu terlaksana juga hajat nak bertemu muka dengan lisensi-lisensi Phonicsmart Kelas Cepat Membaca JDT. Walaupun tidak semua yang dapat hadir, almaklumlah ada yang sedang berpantang, ada yang berkursus, ada yang urusan keluarga, mana yang hadir pun sudah cukup gamat. Berjumpa macam dah kenal bertahun-tahun. Macam-macam cerita. Masing-masing nak bercakap. Memang dasar cikgu, riuh…

Leave a Reply