Carta Ramadanku Galak Anak Beramal

Hari ini baru berkesempatan menampal carta Ramadan Ku untuk Afiah. Carta ini dikongsikan oleh Junior Aulad secara percuma.

Carta ini bertujuan memberi ganjaran untuk anak melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan. Asalnya ia diberi markah 10 bagi setiap ibadah dilakukan. Tapi saya gunakan smiley yang dibeli di Mr DIY. 1000 stiker smiley baru RM3.90 sahaja.

Antara amalan yang dipaparkan dalam carta ini adalah sahur, puasa, solat-solat wajib, membaca Al Quran dan membuat amal baik.

Ada juga ruang untuk membuat perkara tidak baik tetapi markahnya kosong sahaja. Untuk peringatan sahaja kepada anak.

Untuk setiap amal yang Afiah lakukan, saya beri Afiah satu smiley. Bagaimanapun sebab hari ini baru tampal, bahagian solat-solat yang sebelum ini kami tidak tampal. Tidak ingat mana yang Afiah solat mana yang tidak.

Untuk ruangan membaca Al Quran pula, saya gantikan dengan belajar membaca jawi. Afiah sedang belajar membaca jawi menggunakan buku Bacalah Jawi. Kaedah fonik gabung bunyi juga.

Nanti kena buat satu carta tandas pula untuk Angah. Angah pun nak tampal smiley pula. Huhu. Angah belum belajar solat dan puasa.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Susah

    “Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.” Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel. “Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.” “Haa?” Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham. “Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi. Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip…

  • Anak Kecil Prihatin Butiran

    Malam itu kami makan di Uptown PJ. Banyak yang sudah berubah. Maklumkan sejak berpindah ke Johor dan punya anak, jarang keluar malam. Huhu. Tiada kedai-kedai menjual barangan di kaki lima. Mungkin juga kerana orang bercuti Tahun Baru Cina. Entahlah. Kami pergi makan di sini. Tidak mahu buat ulasan kerana biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang benar-benar…

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

  • Labour Law

    Hari ini saya terima panggilan dari pejabat buruh. Gara-gara saya menahan gaji bekas pekerja. Gajinya saya tahan kerana terdapat ketidakjelasan dalam rekod jualan dan juga kemungkinan pemalsuan rekod jualan. Saya telahpun meminta beliau bercuti lebih awal dari tamat notis berhenti yang diberikannya. Dan semasa tempoh bercuti tersebut saya menerima komplen dari pelanggan yang membawa kepada…

  • Resipi Roti Goreng Sardin

    Hari ini saya nak kongsikan cara membuat Roti Goreng Sardin. Ini memang kegemaran anak-anak saya. . Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Setin kecil sardin jenama Marina Roti Gardenia Bawang besar (dicincang halus) Setengah biji lemon yang diperah airnya dan dibuang biji 3-4 biji telur, dipukul sehingga halus Butter Serbuk cheese parmesan (kalau mozzarella lagi sedap) ….

  • Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung. Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari. Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar….

Leave a Reply