Habit Baru

Kali ini saya cuba perlahan-lahan mengubah semula gaya kehidupan saya. Saya mulakan dengan memasukkan habit-habit baru ke dalam kehidupan saya.

Satu habit diamalkan selama 2 minggu.

Habit pertama pilihan saya adalah minum air sebanyak 2 gelas 20 minit sebelum makan.

Setakat enam hari ini, habit ini berjaya diamalkan untuk sarapan.

Untuk waktu tengah hari sudah agak sukar kerana selalunya saya berebut-rebut dalam pada nak menyiapkan anak-anak, nak keluar ke kelas, menyiapkan diri sendiri dan macam-macam lagi.

Untuk waktu makan malam pula memang lagi kerap ke laut sebab saya selalunya bergantung kepada suami untuk membawa makan malam. Jadinya suami pula kerap sampai lewat dan saya terkejar-kejar untuk masuk ke kelas.

Jadi, pada minggu akan datang ini saya merancang untuk menyediakan makanan lebih awal pada hari cuti, dan pada hari bekerja saya akan memanaskan makanan sahaja atau menyediakan makanan mudah sahaja.

Hari ini cuti tetapi tidak sempat pula hendak menyediakan makanan.

Oh ya, saya rasa sebelum menyediakan makanan, saya perlu bermula dengan menu barangkali.

Jadi, esok saya akan sediakan menu untuk seminggu.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Similar Posts

  • 5 Kepentingan Kreativiti dalam Pengajaran Prasekolah

    Pendidikan prasekolah memainkan peranan penting dalam membentuk asas pembelajaran kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang formal. Di dalam konteks ini, kreativiti memegang peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Berikut adalah 5 kepentingan kreativiti dalam pengajaran prasekolah: 1. Merangsang Pembelajaran Berpusatkan Kanak-Kanak: Kreativiti membolehkan guru prasekolah untuk merancang aktiviti pembelajaran yang menarik…

  • Tak Rasa Dihormati

    Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan. Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas. Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya. “Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”…

  • Mudahnya Menulis SOP

    Hari itu sewaktu kami berbual-bual bisnes kelas membaca dengan Cikgu Norani Manaf, beliau ada tekankan supaya kami menyediakan SOP. SOP dapat melincirkan lagi perjalanan bisnes serta mengelakkan salah faham.   Saya baru saja berjinak-jinak belajar bagaimana nak membina SOP. Nampak mudah, 3 huruf sahaja – S-O-P. Tapi nak membinanya, Ya Allah.   Beberapa hari ini,…

  • Ikan Masak Singgang

    Anak-anak ini kadang-kadang nak suruh makan susah. Ada ketikanya makan dengan banyak, ada ketikanya tidak mahu makan langsung. Ada beberapa menu yang memang saya tahu kegemaran mereka, tapi tidak bolehlah asyik nak masak menu yang sama setiap hari. Saya tetap masak berlainan lauk setiap hari, walaupun kadang-kadang tahu itu lauk yang mereka tidak berapa gemar….

Leave a Reply