Anak Rindu Mommy

Baru sampai dari Muar. Terus pergi ambil Afiah dan Azmina di rumah pengasuh. Menjerit-jerit nampak mommy macam seminggu tak jumpa.

Masuk dalam kereta macam-macam nak diadukan. Demamlah, selesemalah.

Alahai, baru sehari mommy pergi tinggalkan awak berdua dengan abah, dah macam-macam penyakit timbul.

Andai 3 hari mommy pergi?

Afiah kata, “Kalau mommy pergi 3 hari lagi banyak sakit.”

Mommy baru bercadang-cadang nak ke Kuantan 9 September untuk Seminar Froebels. Ingat nak pergi backpackers sorang-sorang sahaja naik bas.

Anak-anak pula semuanya sibuk nak tunjuk skills membaca. Baru 24 jam okey mommy tinggalkan awak.

Angah cakap (dalam bahasa pelatnya, mommy dah translate supaya kalian faham), “Mommy, angah nangis.”

“Kenapa nangis?”

“Sebab mommy pergi.”

“Abah pergi lama-lama tak nangis pun”.

Angah sengih.

Begitulah kawan-kawan, walaupun anak-anak ini biasanya panggil abah dahulu sebelum mommy, ketiadaan mommy lebih dirasai.

Sampai di rumah terus cek peti pos.

Yeah! Dah dapat kunci untuk Whiztots The Reading House. Hahaha.

Ya, Whiztots akan ada rumah khas untuk kelas membaca. Tak sabar nak plan susunatur kelas baru. Tapi lagi penting adalah nak cari tutor tambahan.

Sekian.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Sisters Dancing

    Malam tadi kakak praktis menarinya.. Angah pun dah boleh ikut.. Nak tempah untuk persembahan, boleh whatsapps ya 🤣 Saya hantar Az-Zaffan lah 😄 penampilan istimewa Cik Afiah dan Cik Azmina.. amacam? Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy Discover more from Cikgu Azleen Subscribe to get the latest posts sent to your email. Type your email……

  • Apa Bezanya Selepas Berhenti Kerja?

    Semalam, selepas tamat Pertandingan Tarian tu, kami lepak-lepak belanja anak-anak Az-Zaffan makan KFC. Sambil tu seorang rakan bertanyakan bagaimana kehidupan saya selepas berhenti kerja. Apakah perubahan dan perbezaan dengan semasa bekerja? Saya terdiam sebentar sebelum memberi jawapan yang saya gembira dan tidak menyesal dengan keputusan diambil. Tetapi kalau cerita tentang perbezaan dan perubahan memang ada…

  • Bukan Salah Labu

    Pagi ini Isyraq tidak mahu makan. Dia tengok sahaja makanan depan mata. Dikuis-kuis dengan jari kemudian pandang mommy. Mommy angkat Isyraq dan susukan. Isyraq tertidur. Setengah jam kemudian Isyraq bangun dan muntah. Sampai petang Isyraq tak mahu makan. Susu muntah, susu muntah. Perut tidak keras, Isyraq tidak menangis. Ketawa bila diagah tetapi tidur sahaja bila…

  • Mudahnya Menulis SOP

    Hari itu sewaktu kami berbual-bual bisnes kelas membaca dengan Cikgu Norani Manaf, beliau ada tekankan supaya kami menyediakan SOP. SOP dapat melincirkan lagi perjalanan bisnes serta mengelakkan salah faham.   Saya baru saja berjinak-jinak belajar bagaimana nak membina SOP. Nampak mudah, 3 huruf sahaja – S-O-P. Tapi nak membinanya, Ya Allah.   Beberapa hari ini,…

Leave a Reply