Author: Cikgu Azleen

  • Fakta Asas Huruf

    Perkara pertama yang perlu anak ketahui apabila belajar membaca adalah bunyi dan bentuk huruf dalam bahasa yang digunakan. Kemudian, anak boleh menggabungkannya dan mengetahui apa yang dimaksudkan setiap perkataan. Hari ini saya nak kongsikan empat fakta asas mengenai huruf: Setiap huruf ada bentuk yang berbeza. Untuk membaca, kita mestilah boleh membezakan antara huruf. Huruf a…

  • Trauma Belajar Membaca

    “Buku Bacalah Anakku dah ada?”, tanya saya pada ibu pelajar yang mendaftar untuk grup baru. Jika dah ada buku, tak perlu beli baru. Boleh guna buku sedia ada. “Ada cikgu. Tapi saya rasa kita beli baru sahajalah.”, ujarnya. “Ok, kenapa? Puan nak guna dengan anak kat rumah ke?”, tanya saya. Sebolehnya saya tak galakkan parents…

  • Dengar Bunyi Siren Dalam Kepala

    Carta poket mini berbentuk kereta polis ini dilukis khas oleh ibu seorang pelajar kami. Anaknya bercita-cita nak menjadi seorang polis. Sesi-sesi awal kami bersama anak ini kerap kali suruh saya diam. “Syhhh syhhh ada bunyi. Nenoo nenoo. Cikgu dengar tak?” Katanya dia boleh dengar bunyi siren dalam kepalanya. Disebabkan itu, anak ini sukar fokus untuk…

  • Undang-undang Buruh Memang Untuk Pekerja

    Hari ini saya dihubungi oleh seorang lagi pelanggan yang telah membuat bayaran tetapi masih belum menerima produk yang ditempah. Pembelian telah dibuat pada bulan Mac yang lalu dan bayaran dibuat secara tunai.   Staf yang menguruskan jualan tersebut telahpun berhenti kerja pada bulan yang lepas. Lantas saya memeriksa rekod jualan untuk mengesahkan jualan dan juga…

  • Labour Law

    Hari ini saya terima panggilan dari pejabat buruh. Gara-gara saya menahan gaji bekas pekerja. Gajinya saya tahan kerana terdapat ketidakjelasan dalam rekod jualan dan juga kemungkinan pemalsuan rekod jualan. Saya telahpun meminta beliau bercuti lebih awal dari tamat notis berhenti yang diberikannya. Dan semasa tempoh bercuti tersebut saya menerima komplen dari pelanggan yang membawa kepada…