Permulaan Dunia Pendidikan Di Usia 5 Tahun…

“Macam mana nak anak lulus penilaian dan pentaksiran sekolah?”

Mungkin anda tertanya-tanya soalan ini.

Ramai yang tanya kami soalan ni.

Jawapan saya mungkin berubah-ubah ikut mood dan situasi semasa…

Tapi…

Asasnya masih sama.

  1. Pastikan anak boleh faham soalan dalam kertas penilaian dan pentaksiran tersebut.
  2. Pastikan anak boleh faham apa yang dipelajari dalam kelas dengan cikgu.
  3. Pastikan anak boleh membaca dengan lancar dan berintonasi.

Ini bukan cerita pasal nak lulus periksa semata-mata.

Ini cerita pasal nak anak mendapat kejayaan yang sepatutnya anak boleh capai selepas tamat persekolahan nanti.

Kita tak perlu tunggu sampai anak masuk tingkatan 5 baru nak mula.

Kita tak perlu nak bayar tutor personal latih anak belajar 21 subjek terus.

Usia 5 tahun adalah permulaannya..

Anak dah menunjukkan minat terhadap buku dan bahan bertulis? Anak dah mula bermain pura-pura mengambil pesanan makanan atau membuat senarai shopping? Kita dah boleh mula mengajar membaca.

Anak dah boleh melompat 1 kaki? Anak dah boleh skipping 2 tangan? Anak dah boleh menggunting kertas? Anak dah boleh berkomunikasi dengan baik?

Semua tu petanda awal anak dah bersedia nak belajar membaca.

Anak tengah menunggu…

Ajarkan anak membaca dengan mudah.

Anak akan mula faham tentang tulisan selepas kita ajarkan membaca (Mana ada anak terus terus pandai membaca tanpa diajar terlebih dahulu).

Satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Demi satu bunyi.

Dari satu bunyi jadi gabung bunyi.

Dari gabung bunyi jadi perkataan.

Dari perkataan jadi ayat.

Dari ayat jadi satu buku.

Mulakan sekarang.

Semoga emel ini bermanfaat.

Aaminn..

~ Cikgu Azleen

P.S.: Saya ada konten terbaru. Panduan PERCUMA.

KLIK SINI untuk dapatkan panduan ‘3 Ramuan Anak Pandai Membaca Yang Anda Wajib Fahami Sebelum Mula Mengajar Membaca’…

Similar Posts

  • Pegawai Customer Services Diperlukan SEGERA

    Adakah Anda Individu Yang Kami Cari?.CUSTOMER SERVICES (Sepenuh Masa) diperlukan segera..Whiztots sedang mencari individu untuk bersama kami mengembangkan organisasi ini untuk 2019..TUGAS-TUGAS CUSTOMER SERVICES++++++++++++++++++++++++++++++++++++1. Menyediakan dan menghantar invois kepada pelanggan (melalui emel, billplz, whatsapp, sms)2. Membuat kutipan yuran dari pelanggan3. Mengemaskini sistem maklumat pelanggan4. Melayan pertanyaan dan permintaan pelanggan5. Membuat survey dan research berkaitan khidmat…

  • Seminar Fonik dan Brain-gym Pasir Gudang

    Setiap pergerakan menghantar impuls kepada otak, memberi maklumat tentang perubahan posisi dan lokasi badan di dalam ruang. Sensasi ini membentuk imej kendiri yang menentukan bagaimana kita mencipta pengetahuan dan menentukan sikap kita terhadap sesuatu. (Hannaford, 2005). Pakar kanak-kanak sudah lama memberitahu bahawa pergerakan adalah penting untuk membina sistem nervous dan anak kecil perlu bermain bebas…

  • Makanan Meransang Perkembangan Otak

    Semasa saya masih bertugas sebagai guru, saya ada seorang pelajar bernama Zul (bukan nama sebenar). Ada satu hari itu, beliau nampak begitu ceria. Segala apa yang diajar pada hari tersebut dapat difahaminya dengan mudah. Zul adalah pelajar yang sudah sekian lama saya ajarkan membaca. Dua tahun mengajarnya, menulis nama sendiri pun masih lagi terkial-kial meniru…

  • ANAK BOLEH MENGEJA?

    SOALAN:Adakah kalau anak dah pandai membaca, adakah anak mudah untuk mengeja perkataan? JAWAPAN:Mengeja biasanya digunakan untuk melatih kemahiran menulis. Perlu diingatkan bahawa membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang berbeza dan menggunakan fungsi otak yang berbeza. Justeru walaupun terdapat sebahagian anak yang boleh mengeja sendiri selepas dapat membaca, kebanyakan kanak-kanak perlu dilatih mengeja secara berasingan.

  • Talent Diperlukan: Online Reading Tutor

    TUTOR DIPERLUKAN SEGERA (PARTTIME)KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTSWWW.WHIZTOTS.COMBOLEH BEKERJA DARI MANA-MANA LOKASI DI MALAYSIA (REMOTE)GANJARAN BASIC RM350 + KPI RM100 SEBULAN Kami mencari individu komited dan bertanggungjawab yang mampu membantu menguruskan perkembangan pelajar. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN DIPERLUKAN: TARIKH DIJANGKA BERMULA: OKTOBER 2023 STATUS: Kontrak 6 bulan TEMPOH PERCUBAAN: 3 ke 6 bulan HARI…

Leave a Reply