Didik Anak Menyimpan Wang

Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu.

Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini.

Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi dia ada banyak duit minggu ini.

Selepas kira, tibalah masa untuk menyimpan wang.

“Afiah nak simpan berapa?”

“Satu.”

“Satu?”

“Okay, dua.”

“Dua sahaja. Afiah ada banyak duit ini. Apa kata simpan RM50 ini dalam tabung?”

“Mmmm.”

“Kata nak simpan duit beli skuter. Kalau tak masuk dalam tabung, macamana nak simpan banyak beli skuter. Kalau tabung cepat penuh, nanti kita buka cukup duit, boleh beli skuter.”

“Oh ya ke mommy? OK, simpan lima puluh.”

Begitulah, setiap minggu saya cuba pastikan dia menyimpan. Kalau banyak wangnya, banyaklah saya minta di simpan.

Nanti besar sedikit boleh ajar dia simpan wang menggunakan peratusan. Buat masa ini, kita bagitahu sahaja berapa banyak yang dia kena simpan.

Saya harap Afiah akan menjadi individu yang berhemah dalam menguruskan kewangannya

Similar Posts

  • Review Kedai Makan TNB

    Dah beberapa minggu ini kami demam, batuk dan selesema bergilir-gilir. Mulanya abah dengan azmina. Kemudian mommy dan Isyraq. Akhir sekali baru Afiah. Lepas itu berulang semula. Oleh sebab beberapa hari akan datang ini kami nak travel ke KL, mengalah juga saya ajak semua sekali ke klinik. Semua orang dapat ubat masing-masing. Termasuklah Azmina yang sebenarnya…

  • Tutorial Guna iMovie di iPhone

    Hari itu Cikgu Masturah A. Latib tanya saya macamana nak masukkan subtitles dalam video. Saya biasanya gunakan apps Pinnacles Pro. Kena beli di Appstore. Tapi kalau video pendek-pendek 2-3 minit boleh gunakan iMovie sahaja. Didatangkan percuma dengan iPhone. Jadi, alang-alang saya buat tutorial dalam whatsapps untuk Cikgu Mas kan, kita kongsikan sahaja di sini. Mungkin…

  • Tak Rasa Dihormati

    Yalah, kalau semasa menjadi isteri pun kita tidak dihormati, apatah lagi bila dah bercerai. Memang jangan harap lah kan. Saya mesej untuk bertanya jika saya boleh mengambil anak selama seminggu semasa cuti sekolah raya cina. Saya mesej pada hari Ahad yang lepas. Sehingga hari rabu malam, Isyraq vc saya. “Mummy, kakak kata mummy ambil esok.”…

  • Bantu Anak Belajar Membaca dengan Kelas Membaca Online

    Membaca adalah kemahiran asas yang penting dalam pembangunan intelektual kanak-kanak. Bagi ibu bapa, membantu anak belajar membaca adalah tanggungjawab yang penting dalam memberikan asas pendidikan yang kukuh. Dalam era digital yang semakin berkembang, kelas membaca online menjadi alternatif yang efektif untuk memperkukuhkan kemahiran membaca anak-anak. Kali ini saya akan kongsikan kenapa ibu bapa boleh membantu…

  • TB MBFC4

    Hai lahh.. pagi2 ni naik pulak gambar masa mbfc tahun lepas.. Petang nanti kita start jalan ok.. kalau cuaca ok bukit lelayang, cuaca tak ok terpaksalah cari threadmill jer.. Bersediakah Isyraq ditinggalkan? 😂 Pagi ni ada bengkel fonik untuk ibu bapa anak2 batch April 2017. Kelas #bacalahanakku #2 dan kelas #phonemicawareness #1. Semoga berjalan lancar….

Leave a Reply