Susah

“Afiah hari-hari nak lukislah mommy. Tapi Afiah dah tak tahu nak lukis apa.”

Mommy kelip-kelip mata pandang Afiah yang sakan mengomel.

“Afiah lukislah apa yang Afiah nampak.”

“Haa?”

Giliran Afiah pula membulatkan mata memandang saya, tanda tidak faham.

“Lukis apa yang Afiah nampak.” Saya ulang sekali lagi.

Afiah masih memandang saya sambil kelopak matanya terkelip-kelip macam giginya yang dah bergoyang-goyang di hadapan tu.

“Contoh kalau Afiah duduk kat luar, Afiah pandang depan nampak apa. Itulah yang Afiah lukis. Kalau Afiah nampak padang, Afiah lukislah padang.”

“Ooooo” beriya-iya Afiah mengangguk-ngangguk macam burung kakak tua.

“Kalau nak lukis rumah ini pun boleh?”

“Boleh.”

“Oooo.” Lagi.

“Kalau Afiah duduk dalam bilik ini, Afiah lukis katil ini pun boleh?” Sambung Afiah sambil menggayakan tempat yang dia berhajat hendak duduk dalam bilik ini untuk melukis.

“ ya, boleh.”

“Tapi, susah. Afiah tidak pandai.” Raut wajahnya sedih.

“Afiah belum cuba lagi kan? Kalau belum cuba, mana Afiah tahu susah dan tidak pandai?”

“Betul juga kan.” Angguk lagi macam burung kakak tua.

“Afiah akan cuba dahulu, mommy”

Ya, itulah semangat yang mommy mahu.

Duhai anak, jangan biarkan sesiapapun memberitahumu bahawa engkau tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang engkau hajati.

Jangan biarkan sesiapapun berkata begitu kepadamu, walaupun aku ibumu.

Itu janji saya pada Afiah sedari dia kecil.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Similar Posts

  • Menu bersahur kali kedua

    Menu bersahur hari ini agak pelik. Saya tak pernah makan begini. Tapi sebab inilah menu yang disusunkan, kita ikut sahaja. 6 keping biskut cracker dengan susu segar. Saya tambahkan pisang dan strawberi. Sedap juga rupanya. Makan bersama 2 biji telur scrambled dengan sedikit minyak. Ditaburkan lada hitam aji-shio. Huhu. Tidak lupa sebiji epal hijau yang…

  • BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut. Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog. Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha. Kalau kat blog ni…

  • Pendaftaran Kelas Cepat Membaca

    Pendaftaran kelas membaca dibuka untuk 12 pelajar sahaja. Boleh berusia dari 4 tahun dan ke atas. Asalkan belum boleh membaca atau membaca merangkak-rangkak tidak lancar, boleh daftar. Kelas diadakan 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Tempoh setiap kelas cuma 45 minit sahaja. Pendek tetapi padat dengan aktiviti bermain sambil belajar. Ada…

  • Kenali Multiple Intelligences Anak

    Dua ekor dinosaur ini dibina oleh salah seorang phonicsmarty kelas ReadEasy saya yang baru. Kagum saya dengan perincian yang diberikan oleh phonicsmarty ini. Tanduknya, ekornya, rahangnya mulutnya. Pheww! Macam real. Phonicsmarty ini sedikit lain. Ikut suka hati dia, tapi boleh ikut arahan. Bila ibu bapanya beritahu saya yang anaknya suka dinosaur sehinggakan ayahnya rasa nak…

  • Mengurus Emosi Anak

    Tiba-tiba.. “Tak ada lelaki suka kat kakak”, kata Afiah perlahan. Mommy bulatkan mata sambil hidung kembang kempis, “Apa kakak?” “Tak, kakak kata tak ada lelaki pun suka kat kakak, kecuali H. Tapi H tu lainlah.” Lain sebab H anak murid mommy. Dan H itu memang kelainan sangat. Mommy raup muka sampai ke dada, lepas tu…

Leave a Reply