Sejuknya Minuman Luo Han Guo Yang Banyak Kebaikan Kepada Badan

Tengah hari yang panas begini, dapat minum air luo han guo ini memang seronok rasanya.

Ini luo han guo di KuuVan Chaa Pasir Gudang. Setiap kali ke sini, memang air ini menjadi pesanan kegemaran saya.

Luo Han Guo ini rupanya dari sejenis buah. Ia turut dikenali sebagai buah Budha. Berasal dari Negeri China.

Ia dikeringkan dan banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina.

Berita baik untuk mereka yang menjaga kesihatan, Luo Han Guo tidak mempunyai kalori, karbohidrat atau lemak. Bagaimanapun, apabila membuat pesanan minuman ini masih perlu berhati-hati kerana kebanyakan kedai mungkin meletakkan pemanis tambahan di dalamnya.

Kebaikan lain dalam buah ini adalah:

  • kaya dengan anti-radang, sesuai untuk yang sakit tekak, bengkak tonsil dan sebagainya.
  • mengandungi bahan anti-oksidan yang mencegah penuaan, untuk yang nak awet muda.
  • melegakan alahan, termasuklah mereka yang menghidapi asma.
  • meningkatkan kesihatan jantung, kerana komponen organik dalam luo han guo membantu menghalang oksidasi kolestrol yang mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • membantu mengawal diabetes, pemanis yang mengandungi luo han guo tidak meningkatkan paras gula darah seperti gula dan pemanis lain
  • meningkatkan imuniti, kerana luo han guo turut mengandungi vitamin c.

Terdapat juga laporan yang mengatakan luo han guo berpotensi untuk mengatasi kanser, tetapi kajian tentang perkara ini tidak meluas.

Jadi kalau anda berada di Pasir Gudang, dan teringin minum minuman Luo Han Guo ini, terus sahaja ke KuuVan Chaa. Lokasinya seberang jalan dengan Tesco EcoTropics. Sederet dengan Al-Ikhlas Gadget. Mudah sahaja nampak, ada papan tanda yang besar.

Selamat tengah hari!

Nor Azleen Abd Rahim#cikgumommy

Similar Posts

  • Jual Beli Emas Di Public Gold

    Memang sejak jadi cikgu 2008 lagi dah terbuka pintu hati untuk menyimpan dalam bentuk emas. Cuma masa tu kurang ilmu, jadi saya menyimpan barang kemas. Kebanyakannya adalah cincin. Setiap bulan saya peruntukkan minimum RM500 dari gaji untuk membeli barang kemas.Dan setiap barang kemas dibeli tidak melebihi RM1000. Kononnya masa itu fahaman saya adalah mudah untuk…

  • Mana Sungainya?

    “Abah, kita dah sampai mana?” “Sungai Besi”. “Banyak bangunan sahaja. Mana ada sungainya?”. Ya tak ya juga, mommy pun tak tahu yang mana satu Sungai Besinya. Begitulah, kanak-kanak fikirannya mudah. Semuanya berasaskan logik. Jika namanya sungai, haruslah ada sungai kan. Bila sungainya tidak nampak, maka menjadilah satu kepelikan mengapa namanya ada sungai. Mudah. Logik. Jadi…

  • Recipe Oat Omelette

    Bahan-bahan: Rolled oat 2 putih telur dan 1 kuning telur Tomato Pepper Cara penyediaan: Rendam rolled oat dengan air panas sehingga kembang. Toskan. Campurkan semua bahan. Masak atas kuali pan. Bila dah siap bolehlah dimakan. Saya suka taburkan garlic powder kat atasnya.. Taaa daa.. Selamat bersarapan.. Nor Azleen Abd Rahim Professional Mommy

  • Bukan Salah Labu

    Pagi ini Isyraq tidak mahu makan. Dia tengok sahaja makanan depan mata. Dikuis-kuis dengan jari kemudian pandang mommy. Mommy angkat Isyraq dan susukan. Isyraq tertidur. Setengah jam kemudian Isyraq bangun dan muntah. Sampai petang Isyraq tak mahu makan. Susu muntah, susu muntah. Perut tidak keras, Isyraq tidak menangis. Ketawa bila diagah tetapi tidur sahaja bila…

  • PERCUMA! Kelas Pengenalan Fonik Bacalah Anakku bernilai RM100.

    Kelas lag, line tak cukup kuat. Laptop tua hang, tak boleh support bila live streaming. Tutor yang dilatih pula tiba-tiba berhenti. Kadang-kadang rasa nak give up. Cukup 2 tahun 3 bulan saya mengajar membaca secara online.. Tapi saya tetap teruskan, demi niat saya untuk kongsi rezeki dengan anak-anak sendiri dan membantu lebih ramai anak-anak menguasai…

Leave a Reply