Telur Pindang Buah Tangan Majlis Perkahwinan
Ini adalah buah tangan perkahwinan yang paling saya gemari. Telur pindang namanya. Masa kecil dahulu, telur pindang dibalut dengan tisu kertas sahaja. Digulung-gulung hujungnya dan diikat menjadi macam beg kecil. Mudah dibawa. Sudah makan, lap mulut dan kulit telur masuk ke dalam tisu. Terus boleh buang. Sekarang semakin sukar menemui telur pindang ini di majlis…
