Anak prasekolah duduk bersama ibu sambil melihat buku cerita dengan minat
|

Bila Anak Sedia Belajar Membaca? 5 Tanda Anak Dah Bersedia

“Umur anak saya dah 5 tahun… tapi bila sebenarnya dia betul-betul sedia nak belajar membaca?”

Soalan ni sering ditanya — dan jawapannya bukan semudah “ikut umur”. Sebenarnya, kesediaan membaca bergantung kepada perkembangan semula jadi, minat dan tingkah laku anak. Kalau anda nak tahu bila masa sesuai untuk mula ajar membaca, 5 tanda ini wajib anda kenal.


Ramai ibu bapa rasa risau bila anak belum kenal huruf atau tak minat membaca, sedangkan “anak jiran dah lancar baca buku cerita”.

Tapi realitinya:

  • Anak yang belum pandai membaca bukan malas.
  • Anak mungkin belum bersedia secara semula jadi.
  • Tekanan terlalu awal boleh buat anak rasa membaca itu sukar dan membosankan.

Apa yang penting adalah ibu bapa tahu cara mengenal tanda-tanda awal kesediaan — bukan paksa ikut usia semata-mata.


Berikut ialah 5 tanda utama anak sudah sedia belajar membaca, berdasarkan Checklist Kesediaan Membaca oleh Cikgu Azleen:

1. Perkembangan Bahasa Yang Baik Anak boleh:

  • Sebut nama sendiri dan ahli keluarga
  • Bercerita semula pengalaman mudah
  • Guna ayat lengkap 4–6 patah perkataan

2. Minat Terhadap Bunyi dan Buku Anak mula:

  • Tunjuk minat terhadap buku atau huruf
  • Meniru bunyi dari lagu atau iklan
  • Tanya: “Ni bunyi apa?” bila nampak tulisan

3. Boleh Bezakan & Sebut Bunyi Awal Anak:

  • Boleh kenal bunyi /m/ dalam ‘mama’
  • Minat permainan bunyi seperti teka atau nyanyi
  • Boleh ikut aktiviti tap bunyi (/m/ + /a/ = ma)

4. Fokus & Daya Tahan Dalam Aktiviti Anak:

  • Boleh duduk 5–10 minit untuk aktiviti
  • Suka ulang aktiviti sama
  • Tak cepat marah bila buat silap kecil

5. Sikap Positif & Teruja Nak Belajar Anak:

  • Seronok bila diajak buat aktiviti baru
  • Minta ibu ayah bacakan buku
  • Tak takut bila lihat huruf atau bahan belajar

Anak yang sudah sedia akan:

  • Lebih cepat tangkap bunyi
  • Lebih seronok dan terlibat dalam sesi belajar
  • Lebih mudah belajar membaca tanpa tekanan

Bila kita mula pada waktu yang tepat, anak akan:

  • Rasa BERJAYA lebih awal
  • Mula baca dengan yakin
  • Kekal minat jangka panjang terhadap buku dan pembelajaran

Nak uji sama ada anak anda dah sedia mula membaca?

Saya dah sediakan Pakej Mini Fonik Percuma untuk bantu anda mulakan dengan cara santai dan menyeronokkan.

📥 Muat turun di: 👉 https://cikguazleen.com/download-percuma/

Mulakan dengan 10 minit sehari, dan anda akan terkejut dengan perubahan anak anda dalam beberapa minggu!

Similar Posts

Leave a Reply