Seni Ajar Membaca

Ladang Pak Hasan

Sesi membaca lantang hari ini disertai oleh Isyraq dan Mommy sahaja. Kakak dan Angah ikut Abah pergi tengok perarakan Merdeka.

Tahun ini Pasir Gudang menjadi tuan rumah untuk sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Johor. Perarakan pagi ini dibuat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Cerita pilihan kami hari ini adalah Ladang Pak Hassan, buku kedua dari Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku. Buku sebanyak 17 muka surat ini ditulis oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan diterbitkan oleh One Stop Language and Computer Consultancy. Set buku ini ada diedarkan oleh Whiztots Resources.

  1. Sambil membaca buku ini, saya juga menyanyikan lagu Pak Hassan Ada Ladang mengikut melodi lagu Old Mac Donald.

  2. Saya variasikan bunyi “a e i o u” kepada /a i u e o/ dan seterusnya kepada gabung bunyi “ma mi mu me mo”, “ka ki ku ke ko” dan “ba bi bu be bo”.

  3. Apabila Isyraq mula menunjukkan respon kepada cerita dan lagu, saya memberi masa menunggu respon bunyi dari Isyraq. Isyraq baru 7 bulan.

  4. Lagu-lagu ini boleh diulang-ulang di waktu lain tanpa sesi membaca lantang dan boleh divariasikan dengan haiwan-haiwan ternakan lain serta gabung bunyi lain.

  5. Bagi anak-anak yang lebih besar boleh tambahkan aktiviti mengira gambar haiwan, mencari haiwan dalam gambar dan membuat bunyi dan aksi haiwan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-60!

Merdeka adalah apabila minda dan jiwa kita bebas dari dipengaruhi anasir jahat.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy baru merdeka.

Leave a Reply