Kenali Multiple Intelligences Anak

Dua ekor dinosaur ini dibina oleh salah seorang phonicsmarty kelas ReadEasy saya yang baru.

Kagum saya dengan perincian yang diberikan oleh phonicsmarty ini. Tanduknya, ekornya, rahangnya mulutnya. Pheww! Macam real.

Phonicsmarty ini sedikit lain. Ikut suka hati dia, tapi boleh ikut arahan.

Bila ibu bapanya beritahu saya yang anaknya suka dinosaur sehinggakan ayahnya rasa nak buang semua dinosaur yang ada di rumah, tidaklah saya jangka anaknya berbakat begini.

Saya boleh nampak masa depan dalam bidang seni reka visual yang luas untuk anak ini. Jika ibu bapanya mengambil perhatian dan memandang serius perkara ini.

Tidak semua anak kita berbakat dalam bidang pendidikan formal. Ada 8 multiple intelligences.

Lihat satu persatu. Mungkin anak kita berbakat seperti ini. Ia boleh dijadikan satu sumber pendapatan untuknya apabila dewasa kelak.

Di Muzart ada jual sejenis playdoh yang akan kering dan keras selepas dibina bentuk-bentuk seperti ini. Harganya RM20 bagi satu warna.

Jika ada anak yang berbakat seni halus begini, wajib belikan. Boleh dibuat model-model permainan. Penyimpan koleksi pasti ada yang berminat.

Semalam saya sudah beritahu ibunya, “Anak puan ada bakat yang sangat luar biasa. Berbanggalah puan dan suami.”

Ibunya hanya senyum, kurang yakin dengan pujian saya barangkali. Saya harap mereka akan ambil langkah sewajarnya untuk memupuk minat ini.

Tunaikan tanggungjawab kita, sediakan ruang dan peluang untuk anak bereksplorasi tentang dunia ini.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy hoping for better world

Similar Posts

  • Kem Literasi Ekspress Untuk Cuti Sekolah Mac 2019

    INFO PENTING KEM LITERASI EKSPRESSProgram : KEM LITERASI EKSPRESSTempat : WHIZTOTS CEPAT MEMBACA, JALAN RAMBAI 12, TAMAN KOTA MASAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHORTarikh : 25 – 29 MAC 2019 (ISNIN – JUMAAT)Masa : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG JADUAL & AKTIVITI Hari Aktiviti ISNIN PHONEMIC AWARENESSPerkenal bunyi “a,i,u”Perkenal simbol “a,i,u”PERMAINAN KREATIFPermainan sebut HOORAYPermainan Pijak Api…

  • Aktiviti Fonik Whiztots

    Sebelum tidur malam ini, updates activity Whiztots yang akan datang: Sabtu, 10/2/2018 – Seminar Santai Fonik di SK Permas Jaya 1 Ahad, 11/2/2018, Bengkel Santai Fonik Ibu Bapa di SK Taman Rinting 1 (Program Sekolah Angkat Whiztots) Jumaat, 23/2/2018, Bengkel PdPc Fonik Literasi BM di SK Taman Pasir Putih (Program Sekolah Angkat Whiztots) Sabtu, 24/2/2018,…

  • Afiah Simpan Wang

    Hari ini hari pemberian wang saku untuk Afiah. Menjadi rutin untuk Afiah menuliskannya di dalam buku pengurusan kewangan peribadinya. Huhu. Mula-mula kami kirakan wang yang ada dalam beg dompetnya. Kemudian kami tuliskan. Hari ini Afiah tulis sendiri berpandukan cara mommy tulis sebelum ini. Minggu ini, Afiah ada terima wang sebanyak RM50 pemberian Tok Wan. Jadi…

  • Ajal Dan Maut Itu Pasti

    Dalam gembira ada juga duka. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah pasti. Tidak dipercepatkan dan tidak dilambatkan walaupun sesaat. Semalam kami berada di KL/ Selangor meraikan majlis perkahwinan anak Pak Ude kami. Usai meraikan pengantin, kami melawat pula pakcik yang uzur di Selayang. Sampai di Johor pukul 4 pagi. Dan 8 pagi menerima berita kematian…

  • Sindrom Anak Tengah

    Anak tengah dikatakan selalu rasa kurang disayangi. Maklumlah, ibu sibuk dengan adik. Ayah pula biasanya lebih mudah melayan karenah kakak atau abang yang lebih besar. Setiap hari ada sahaja yang akan Angah tangiskan dan amukkan. Hendak mandi pun menangis, hendak makan pun mengamuk bahkan kadang-kadang hendak tidur pun ada sahaja perkara yang mengguris hatinya. Tambahan…

  • Pendaftaran Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019

    Pendaftaran untuk Kelas Intensif Membaca Cuti Sekolah 2019 kini dibuka. Boleh daftar terus di link berikut: https://whiztots.onpay.my/order/form/intensifcuti Siapa yang boleh join? Anak berusia 5 tahun ke atas. 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun pun boleh. Anak masih belum kenal ABC. Anak kenal ABC tetapi tidak boleh membaca. Anak boleh membaca tetapi merangkak-rangkak,…

Leave a Reply