Suka Makan

Review Mykluang Cafe Seri Alam

Hari itu aktiviti keluarga kami agak padat. Bila dah padat begini, memang tidak berapa rajinlah nak memasak.

Jadinya saya ajak suami makan di luar sahaja. Terus satu kali sarapan dan makan tengah hari. Orang kampung kata brunch.

Dalam jadual yang padat itu perlu diselitkan juga membeli barang keperluan rumah. Kalau tidak dibeli bertambahlah lagi seminggu mommy tidak masak. Hahaha.

Kami beli barang di Tesco. Membeli belah usah dengan perut kosong. Nanti bajet RM200 boleh menjadi RM500.

Suami tidak suka makan di Tesco. Jadi kami pilih ke MyKluang Cafe di Bandar Seri Alam.

Makanannya agak sedap dan lokasinya strategik.

Macam-macam dipesan memandangkan perut sedang lapar dan untuk memenuhi selera anak yang tidak menentu.

Roti bakar, telur separuh masak, nasi goreng kanak-kanak, mee hokkien, kentang wedges dan nasi ayam bakar sambal hijau.

Kali pertama saya makan nasi ayam bakar sambal hijau di sini. Boleh tahan pedas sambal hijaunya.

Ayam bakarnya cukup lembap dan cukup perisa. Memang boleh mengulang lagi menu ini.

Satu lagi menu yang menjadi kegemaran saya di sini adalah kek keju. Tetapi hari itu tiada kek keju.

Saya cuba kek roll durian. Tidak menepati selera. Makan separuh sahaja.

Lokasi kedai di Jalan Suria 1, Bandar Seri Alam. Bangunan kedai bersebelahan Hospital Regency. Betul-betul di roundabout comel KFC itu.

Hari ini buka sampai pukul 10.30 malam. Bolehlah cuba.

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy

Leave a Reply