Cara Didikan Dahulu

Beberapa hari ni tular video pendek anak yang kena baling dengan besen bila dia curi-curi tengok telefon masa belajar. Sangkanya mak dia tak perasan. Elok pula maknya boleh baling besen tu masuk tepat kat kepala. Hahaha. Memang kelakar.

Mengingatkan saya pada gaya arwah abah saya mengajar kami mengaji. Masa itu umur saya sekitar 8 ke 9 tahun baru nak belajar Muqaddam.

Arwah abah memang garang. Garang gila senang cerita. Kalau hitam katanya, memang hitamlah. Tidak akan menjadi kelabu apatah lagi putih.

Belajar dengan abah memang menakutkan. Hihi. Dia tunjuk pakai rotan sahaja.

Tapi ada satu peristiwa yang tidak boleh saya lupakan.

Saya tidak ingat surah apa yang sedang saya belajar masa itu, tetapi ianya agak sukar. Jadi memang belajar sambil air mata meleleh.

Sedang-sedang belajar mengaji, boleh pula mak ajak abah pergi Tiram (pekan).

Jadi, abah pun beritahu yang dia nak pergi Tiram dengan mak, tetapi saya dan adik perlu sambung belajar mengaji. Dia tahu dia pulang dari Tiram, kami mesti dah dapat surah tersebut.

Agak lama juga dia pergi Tiram tu. Perjalanan dari rumah kami ke Tiram mengambil masa lebih kurang 30 minit sehala. Jadi boleh bayangkanlah agaknya lebih kurang 2 jam dia pergi.

Dan selama 2 jam itu jugalah, saya duduk tidak bergerak dari kerusi meja belajar mengaji itu. Hanya bermain mata dan mengangkat kening dengan adik. Hahaha. Punyalah takut.

Selepas abah pulang dari Tiram, dia tidak semak pun bacaan. Dia suruh kemas dan tidur.

Begitulah arwah abah mendidik. Garangnya fuh kemain. Pernah dia lihat saya terbaring tidak ke sekolah agama, terus dirotannya. Rotan bukan sedikit-sedikit. Selepas kita sakit meraung dirotan, baru ditanya mengapa tidak ke sekolah?

Saya demam waktu itu. Bila dia pegang, panas. OK, dia diam dan pergi. Tunggu sehingga emak balik kerja, baru dia bagitahu emak yang saya demam dan suruh emak yang tengokkan.

Tetapi dalam pada itu dia juga memberi saya peluang bermain dengan kawan-kawan. Bermain sepuas-puasnya. Asalkan pukul 6 sudah pulang ke rumah. Lepas Maghrib, mesti mengaji.

Tidak pernah ada hari yang kami tidak berpeluang bermain bebas. Jika tak dapat keluar dari kawasan rumah pun, bebas bermain di depan rumah. Atau dalam rumah.

Main kotor pun boleh. Orang sekarang kata messy play.

Teringat Dr Putri Afzan kata sehari anak perlu bermain bebas sekurang-kurangnya 3 jam. Bermain bebas bukan dengan peraturan orang dewasa.

PLAY DOES WORK!

Nor Azleen Abd Rahim

#cikgumommy


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

  • Anak Kecil Prihatin Butiran

    Malam itu kami makan di Uptown PJ. Banyak yang sudah berubah. Maklumkan sejak berpindah ke Johor dan punya anak, jarang keluar malam. Huhu. Tiada kedai-kedai menjual barangan di kaki lima. Mungkin juga kerana orang bercuti Tahun Baru Cina. Entahlah. Kami pergi makan di sini. Tidak mahu buat ulasan kerana biasa-biasa sahaja. Tiada menu yang benar-benar…

  • Asyik Cerita Anak Dia Je!

    Aku dah tak sanggup nak marah! Salah sorang pelanggan tetap kami namanya Noni. Dulu dia selalu kena perli dengan kawan-kawan. Nak dijadikan cerita, Noni ni jenis kepala angin. Apa-apa yang orang cakap atau cadangkan, mesti dia tak setuju. Bagi Noni, hanya pendapat dia saja yang betul. Kawan-kawan dia pun dah naik muak nak bagi nasihat….

  • Tips Bina Authoriti Di Hadapan Anak

    Hari itu saya sedang memasak. Isyraq pula bermain di kaki-kaki saya. Azmina keluar masuk dapur ke depan sambil mulutnya bertanya itu dan ini. Afiah sedang menonton televisyen di depan. Sedang saya menumis, saya tidak nampak Isyraq. Saya panggil, “Afiah, tengok Isyraq mana.” Saya memang begitu. Kecuali jika saya berada di tandas, setiap masa saya akan…

  • EQ vs IQ

    Akhirnya selesai UPSR. Ececeh. Apa kena mengena UPSR dengan saya? Haha. Dapatlah baca keluhan kawan-kawan yang ada kena mengena dengan UPSR. Antara khabarnya adalah soalan Sains sangat senang. Soalan Matematik pula katanya sangat susah. Lepas selesai peperiksaan Matematik hari itu, adalah dapat mesej yang kononnya ada pelajar yang lari keluar dewan dan membuat cubaan untuk…

  • Resipi Roti Goreng Sardin

    Hari ini saya nak kongsikan cara membuat Roti Goreng Sardin. Ini memang kegemaran anak-anak saya. . Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Setin kecil sardin jenama MarinaRoti GardeniaBawang besar (dicincang halus)Setengah biji lemon yang diperah airnya dan dibuang biji3-4 biji telur, dipukul sehingga halusButterSerbuk cheese parmesan (kalau mozzarella lagi sedap) . Cara membuatnya: . Buka tin sardin,…

Leave a Reply