“Mi, ngah ngih”, sambil tunjuk muka sedih.
“Angah nangis?”
“Ha” angguk-angguk sambil senyum.
Di lain waktu.
“Mi, pe Ngah gde.” Sambil memegang beg baju rumah pengasuh dan menunjuk ke dalam beg.
Saya angkat muka pandang angah. Angah baru masuk 3 tahun. Saya senyum dan angguk.
“Mi, pe ngah gde.” Jari telunjuk masih menunjuk ke dalam beg.
“Mi, ngok. Pe ngan gde. Pe ngah gde. Mi ngok ni.
“Suruh mommy tengok? Diapers angah ada dalam beg ya?”
Angah angguk dan senyum puas.
Ada anak yang setahun sudah boleh bertutur dengan jelas. Ada anak yang sudah 3 tahun pun masih guna singkatan.
Adakalanya singkatan itu mengena tapi kebanyakan masa susah nak teka.
“Mi, ko”
Ko itu boleh membawa 1001 maksud. Adakalanya ia bermaksud gosok, adakalanya ia bermaksud mengantuk. Ada kalanya pula ia bermaksud tidur.
Dalam buku Wiring The Brain for Reading, aktiviti yang dicadangkan untuk anak berusia 2 hingga 4 tahun adalah mengulang semula apa yang disebut oleh anak supaya dia tahu yang mommy fahami dia.
Selain daripada itu, bacalah kepada anak. Menamakan benda-benda seperti anggota badan, objek dalam bilik dan sebagainya.
Ibu juga digalakkan untuk mengambil objek-objek yang biasa digunakan dan tanya pada anak. Nyanyikan lagu-lagu kanak-kanak dan lagu-lagu fonik. Galakkan anak untuk menyanyi bersama-sama.
Tunjukkan gambar kepada anak. Tanyakan apa yang berlaku atau minta dia bercerita tentang gambar tersebut.
Kawan-kawan, yang pentingnya di peringkat usia ini adalah berkomunikasi dengan anak. Usah biarkan mereka ralit menonton televisyen atau bermain gajet.