• Personal Development

    Hak

    Seorang isteri berhak untuk rasa disayangi, dihormati dan juga dilindungi.

    Waktu saya luahkan perasaan kepada beliau, saya tidak rasa diri saya dilayan seperti seorang isteri. Saya tidak merasa diri saya disayangi, dihormati dan dilindungi sebab bla bla bla (saya perincikan apa yang beliau lakukan sehingga saya alami perasaan begitu).

    Saya juga katakan saya faham mungkin beliau tidak bermaksud untuk membuat seperti apa yang saya katakan, tetapi saya tidak dapat lari dari merasakan apa yang saya rasa. Itu adalah perasaan saya.

    Saya minta beliau ubah cara beliau melayan saya supaya saya dapat merasa disayangi, dihormati dan dilindungi.

    Beliau kata itu hanyalah perasaan saya sahaja, beliau tak ada pun buat seperti yang saya katakan. Saya hanya melebih-lebih. Dan akhir ayat beliau adalah saya menyusahkan beliau.

    “Baik, jika sayang ni menyusahkan, lepaskan sayang.”

    Saya tidak merancang yang pertemuan kami ini akan berakhir dengan saya meminta dilepaskan dari perkahwinan ini.

    Malahan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bercerai. Bagi saya berkahwin itu untuk sepanjang hayat.

    Walaupun rasa sayang itu sedikit demi sedikit berkurangan selepas bertahun-tahun saya meminta perhatian dari beliau, saya masih lagi berharap dan berusaha agar perkahwinan ini dapat diteruskan.

    Tapi bila saya dikatakan menyusahkan suami, itu titik akhir untuk saya.

    “Boleh, tapi abang nak anak-anak, semua anak-anak dengan abang sepanjang masa.”

    Seperti halilintar membelah bumi, saya diam. Saya tarik nafas dan bangun meninggalkan meja.

    Saya tidak ada jawapan untuk itu. Berpisah dengan anak-anak yang selama ini menyusu dengan saya, makan saya suap, saya mandikan, lapkan, pakaikan baju, tidur di atas lengan saya?

    Anak-anak kekuatan saya. Mereka lah mendorong saya meneruskan perjuangan ini.

    Saya tangguhkan sambung belajar, saya tolak naik jawatan, saya berhenti kerja, semuanya untuk anak-anak.

    Untuk mereka tidak bersama saya, saya perlukan masa untuk berfikir.

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    KELAS PERCUMA! Cara Sebut Bunyi Bacalah Anakku Yang Betul & Menyanyikan Lagu Abu Ada Ayam Dengan Seronok!

    Kan saya dah cakap.
    Kalau nak ajar anak membaca, eloklah bermula dari langkah yang betul di peringkat awal.
    .

    Nak ajarkan anak membaca dengan kaedah fonik?
    Pastikan tahu cara menyebut bunyi BM dengan betul.
    .

    Jom, eksklusif PERCUMA untuk subscriber channel telegram Cikgu Azleen KMO sahaja.
    .

    Saya akan kongsikan perkara-perkara berikut:

    1. Cara sebut bunyi BM yang betul
    2. Bagaimana nak buatkan anak mudah ingat bunyi-bunyi ini
    3. Bagaimana nak menyanyikan lagu Abu Ada Ayam supaya ianya mempunyai fungsi pembelajaran maksimum dan menyeronokkan
      .

    Semua ini dalam sesi LIVE Q&A pada hari Selasa, 18 Januari 2022, jam 10 malam. Tiada rakaman.
    .

    Cara nak join mudah saja:

    1. Pergi ke ezy.la/cikguazleenkmo untuk join channel telegram
    2. Masuk ke channel telegram dan baca pinned post.
      .

    PERCUMA sahaja.
    .

    Join sekarang ezy.la/cikguazleenkmo
    .

    powerupmychild

  • Kelas Membaca

    Pendaftaran Kelas Membaca Online Batch Februari 2022 Dibuka Sekarang!

    Kelas Membaca Online Whiztots adalah kelas online Zoom one to one untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan.
    .

    Bagaimana pembelajaran dijalankan?
    – Kami menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku
    – Semua tutor kami dilatih sendiri oleh founder Whiztots, iaitu Cikgu Azleen, yang merupakan Certified Trainer Bacalah Anakku & ReadEasy
    – Kelas dijalankan menggunakan aplikasi Zoom
    – Kelas secara one to one/ personal/ 1 anak 1 tutor
    – Kelas dijalankan selama 15-20 minit sahaja (bersesuaian dengan tahap fokus kanak-kanak yang sekitar waktu itu sahaja)
    – .

    ————————-

    PAKEJ BASIC HANYA RM229 – untuk 7 orang sahaja
    8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM10
    1x Laporan Bulanan Kemahiran bernilai RM30
    .

    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
    .

    ISTIMEWA: Surprise Bonus PERCUMA bernilai RM50
    .

    * Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman
    * Yuran bulanan seterusnya adalah RM160 sahaja
    .

    ————————-

    Cikgu Azleen adalah founder Whiztots yang terkenal dengan Kelas Membaca Online, mempunyai pengalaman mengajar membaca selama 13 tahun, dan merupakan Certified Trainer Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy. Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
    .

    Beliau telah membantu lebih 1000 orang kanak-kanak belajar membaca dengan kaedah ini. Beliau juga telah melatih lebih 3000 ibu bapa dan guru menggunakan kaedah ini untuk mengajar kanak-kanak membaca di rumah dan sekolah sejak tahun 2016.
    .

    Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku telah dipercayai oleh lebih 10,000 ibu bapa sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996 lagi.
    .
    ————————————

    Pendaftaran Kelas Membaca Online kemasukan Februari 2022 telah dibuka sekarang. Tempat terhad untuk 7 orang anak sahaja.
    .

    Jadual yang dibuka untuk pendaftaran:
    BAK85: Isnin & Khamis, 8.50 pm, Tutor Fatiha
    BAK91: Selasa & Khamis, 9.40 pm, Tutor Aina Hafiz
    BAK92: Ahad & Rabu, 8.25 pm, Tutor Fatiha
    BAK93: Isnin & Khamis, 8 pm, Tutor Azreena
    BAK98: Selasa & Jumaat, 9.15 pm, Tutor Azreena
    BAK99: Ahad & Rabu, 8.25 pm, Tutor Azreena
    BAK100: Selasa & Jumaat, 8 pm, Tutor Azreena
    .

    Anda akan rasa lebih lega, happy dan bangga bila anak anda masuk usia persekolahan dalam keadaan sudah boleh membaca.
    .

    Daftar sekarang di: ezy.la/entrybak
    .

  • Kelas Membaca

    PERCUMA! Kelas Pengenalan Fonik Bacalah Anakku bernilai RM100.

    Kelas lag, line tak cukup kuat. Laptop tua hang, tak boleh support bila live streaming. Tutor yang dilatih pula tiba-tiba berhenti. Kadang-kadang rasa nak give up. Cukup 2 tahun 3 bulan saya mengajar membaca secara online.
    .

    Tapi saya tetap teruskan, demi niat saya untuk kongsi rezeki dengan anak-anak sendiri dan membantu lebih ramai anak-anak menguasai kemahiran membaca seawal mungkin.
    .

    Saya tetap teruskan kerana saya sendiri praktikkan apa yang saya kongsikan. Tiada yang seksi dan advanced.
    .

    Saya mahu parents lain sama-sama rasa bangga dan bahagia bila anak-anak mereka melalui zaman persekolahan yang lebih mudah dan gembira.
    .

    Alhamdulillah, dalam dugaan yang mencabar ini, KMO telah membantu lebih 100 kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dalam tempoh ini.
    .

    Selalu saja tergerak hati untuk berkongsi lebih lagi tentang belajar membaca dengan cepat, mudah dan berkesan supaya lebih sedar dan faham membaca tidak perlu menghafal ABC atau membuat latih tubi sampai anak menangis bosan.
    .

    Saya mahu cuba.
    Tiada paksaan.
    .

    Saya mahu 25 orang sahaja yang betul berminat dan terima:

    PERCUMA! Kelas Membaca Online Pengenalan Fonik Bacalah Anakku bernilai RM100 untuk anak berusia 5 tahun ke atas. Untuk belajar membaca dengan cepat, mudah dan berkesan!

    PERCUMA! Kit Mula Belajar yang mengandungi bahan membuat carta poket mini, krayon, water color, plastisin, pensel, pemadam, pengorek, gam, gunting dan stiker bintang bernilai RM50!

    BONUS: Dijemput masuk ke Telegram Channel Cikgu Azleen KMO untuk pelbagai lagi tips dan video tentang mengajar anak belajar membaca bernilai RM1,997.
    .

    Hanya untuk 24 jam sahaja, join saya di sini: ezy.la/cikguazleenkmo

  • Kisah Cinta

    Haid yang pertama

    Sis counting ya sis. Hahaha yalah, sebab sis tak keluar berjalan okay sepanjang tempoh iddah ni.

    Sis tengok je x sis bawa anak2 gi jenjalan ke sana sini dengan satu perasaan, ohhh boleh rupanya gi bercuti lama2 tanpa bawa laptop kerja.

    Eh..

    Alamak, bila baca balik sis macam jeles ke dendam ke hasad.

    Taklah, begini.

    Apapun, bila sesuatu hubungan itu runtuh, kedua belah pihak pasti terasa.

    Jangan korang ingat sis yang minta diceraikan, sis tak rasa kecewa.

    Rasa kecewa sis tu dah duduk 3 tahun belakang weh. Dah disimpan dan diperam lamanya.

    Akhirnya dizahirkan dalam bentuk, sis buat permohonan dilepaskan sebelum sis menanggung lebih banyaknya dosa kerana benci melihat wajah suami.

    Sedikit sebanyak tu ada rasa geram, marah dan kecewa sebab sesuatu yang asalnya cuma gertakan sis, jadi kenyataan sebab X pun tidak ambil endah dengan sis.

    Dia tak tanya kenapa, dia tak pujuk sis balik.

    Hakikatnya untuk menjayakan atau meruntuhkan sesuatu hubungan itu memerlukan usaha dan kerjasama dari 2 pihak.

    Kata kuncinya adalah komunikasi.

    Begitulah.

  • Kesihatan & Fitness

    Hari ke berapa pun entah

    Saya tak kira dah hari ni dah masuk hari ke berapa. Entahlah. Penting ke untuk tahu hari ke berapa?

    Yang pasti makan ke laut dalam. Saya kena fix makanan yang mudah untuk dimakan setiap hari.

    Apa kata menu begini:

    7 am Breakfast: telur 2@3 biji, roti 2 keping atau wrap 1.

    10am snack kalau lapar buah-buahan

    1pm lunch nasi, ayam atau ikan, ulam, sambal

    3pm snack kalau lapar buah-buahan

    7pm dinner protein sahaja tanpa karbs, salad/ ulam

    Malam kalau lapar buah-buahan lagi.

    Senaman setakat ini saya berjaya maintain 30 minit minimum setiap hari. Bagus kan?

    Cuma saya nak kena adjust jadual sebab saya perlu bersenam waktu pagi. Mungkin selepas sarapan atau sebelum snack pagi.

    Sekarang saya bersenam pada pukul 7. Tapi kalau saya nak dinner pada waktu itu, maka jadual bersenam saya perlu diubah.

    Pukul 5-7 tidak boleh diganggu sebab itu biasanya waktu saya vc dengan b.

    Alhamdulillah, walaupun berjauhan, kami sama-sama ambil berat tentang waktu bersama ini.

    Kasih sayang itu perlu dipupuk dan dibaja selalu gais. Ingat tu.

    Cara paling mudah dan hampir zero cost untuk memupuk kasih sayang adalah dengan berkomunikasi selalu.

    Komunikasi itu penting dalam perhubungan.

    Seterusnya tidur memang jauh ke laut tak jumpa daratan. Saya pun tak pasti macamana nak betulkannya.

    Saya cuba tidur awal tetapi tidak berjaya. Mungkin kita betulkan dengan bangun awal pula.

    Saya kena paksa diri saya bangkit dari katil pukul 7 pagi dan tidak membuat cubaan untuk kembali sehingga saya selesai bersenam, mandi dan sarapan.

    Okay tak?

  • Kisah Cinta

    Menghargai Orang Yang Kita Cintai

    Hari ini saya berjaya memaksa diri melakukan senaman. Ya, memaksa sebab hari ini hampir sahaja otak mencari alasan mengapa tidak mahu bersenam.

    Tapi tidak, saya memaksa diri dan hasilnya steps hari ini juga mencapai target.

    Bagaimanapun makanan hari ini sangatlah jauh ke laut dalam. Hahahah.. tengok gambar jerlah ha..

    Makan 4fingers ngan wali. Lama dah tak kontek wali. Kebetulan birthday dia so sajalah aku send mesej wish happy birthday.

    Rupanya dia sedang hadapi masalah. So as a friend, a very good and loyal friend, aku dengar dan hari ni bantu kurangkan masalah dia.

    Tak payahlah cerita kat sini apa masalah dia sebab masalah dia, bukan masalah aku untuk aku ceritakan.

    Dalam seharian, waktu yang paling aku tunggu-tunggu adalah vc ngan b. Pagi, petang dan malam kalau dia tak kerja malam.

    Tadi dia tanya pasal wedding tutor umairah. Hari tu aku dah cakap ajak dia pergi sekali. Tapi pastu cek cek wedding umairah hari ahad.

    B kerja ahad. Tapi hari ni dia kata insyaAllah kalau kerja dia tak banyak, dia balik sini untuk join aku gi wedding umairah.

    Siap tanya lagi pasal tshirt couple tu. Tak sabarlah tu nak pakai tshirt sama kan. Hehehe.

    Aku pun sama kannn sebenarnya.

    Cuma aku sangat apprecite bila benda2 macam ni datang dari dia. Benda yang nampak kecik, tapi aku sangat hargainya.

    Weekend hari tu masa tengah beli barang rumah, dia bawa troli masuk tempat coklat. Padahal aku tau dia bukan makan coklat. Tapi aku tak syak apa2 lah.

    Pastu nampak ferrero rocher, dia tanya aku makan tak. Aku cakap makan. Dia tanya nak ke. Aku cakap boleh je.

    Pastu dia pegang belek belek. Aku tengok harga, aku cakap tak payahlah, mahal. RM50 tuh.

    Dia diam, tengok aku pastu dia masukkan dalam troli. Dia bayar.

    Sampai rumah aku letaklah coklat tu kat meja, kot dia nak makan. Manalah tahu coklat bar mungkin dia tak makan, tapi ferrero rocher dia makan kan. Who knows?

    Sekali dia cakap tak naklah, dia bukan makan coklat. Aku pun terkebil2 mata tanya dia beli coklat tuh untuk aku ke?

    Dia kata ya.

    Beli something untuk aku, out of surprise. Memang hati terus rasa berbunga, terharu dan macam2 lagi.

    So thats how a couple should treat each other. Treat me like your queen, and i will treat you like my king.

    Semoga dipermudahkan urusan kami seterusnya, aamiin.

  • Kelas Membaca

    Pendaftaran Kelas Membaca Online Batch Disember 2021

    Pendaftaran Kelas Bacalah Anakku Bulan Disember 2021 kini dibuka.

    .

    Terhad 15 orang sahaja!

    .

    Kelas Bacalah Anakku Whiztots adalah kelas online Zoom untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan.

    .

    PAKEJ BASIC HANYA RM229 SAHAJA
    8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM10
    1x Laporan Perkembangan anak bernilai RM30

    .

    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3

    .

    * Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman

    .

    ** Yuran bulanan untuk kelas seterusnya adalah RM160 sahaja.

    Cikgu Azleen adalah founder Kelas Membaca Online Whiztots, mempunyai pengalaman mengajar membaca selama 13 tahun, pernah berkhidmat sebagai Guru Pemulihan Khas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan merupakan Certified Trainer Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy.

    .

    Beliau telah membantu lebih 1000 orang kanak-kanak belajar membaca dengan kaedah ini. Beliau juga telah melatih lebih 3000 ibu bapa dan guru menggunakan kaedah ini untuk mengajar kanak-kanak membaca di rumah dan sekolah sejak tahun 2016.

    .

    Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku telah dipercayai oleh lebih 10,000 ibu bapa sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996 lagi.

    .

    Terhad 15 pelajar sahaja.

    .

    Semak jadual yang dibuka untuk pendaftaran di sini:
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak

    .

  • Kesihatan & Fitness

    Hari ke-empat

    Semalam dalam kesibukan melayan anak-anak tak sempat dan terlupa nak menulis catatan harian.

    Hari ni kita cuba lagi.

    Bangun pagi tetapi masih lagi tidur semula selepas vc b. Entahlah bila nak timbul kekuatan itu. Kena paksa diri ini sebenarnya kan.

    Makan huru hara sikit hari ni. Atas permintaan Afiah, saya masak ayam kurma. Tiba-tiba pula rasa nak sesuaikan ayam kurma tu, saya masaklah nasi minyak.

    Tapi sebab semalam tak terfikir nak masak nasi minyak, sayur yang ada cumalah kangkung, jadi buatlah kangkung goreng belacan.

    Makan dua kali sambil suapkan anak-anak. Masing-masing manja tak pandai suap sendiri bila sampai sini.

    Tak apalah, seminggu sekali jer pun. Jadi saya layabkan aje. Sambil tu berbual-bual.

    Hampir terlupa nak exercise. Tapi gagahkan hati. Benarlah apa-apa yang kita baru nak jadikan habit, memang kena paksa.

    Dapatlah buat lebih sikit dari 30 minit, sambil tu ada berhenti setelkan anak-anak mandi.

    Yang bestnya adalah bila tengah-tengah bersenam, jam bagi petanda yang dah berjaya capai target steps pada hari ini.

    Perghhhh, hari ni lebih 5000 steps.

    Bagi orang yang average stepsnya adalah 2000 je, memang bangga gile. Small steps untuk mencapai 10k.

    Saya tahu bahawa badan saya naik sebab saya kurang bergerak. Memang saya makan tu kadang2 banyak, tapi banyak hari yang saya makan kurang dari kalori.

    Jadi sepatutnya ada kalori defisit. Tapi bila saya kurang bergerak, kalori defisit itu tidak membantu saya untuk mengurangkan lemak.

    Saya mesti bersenam. Mesti mengubah habit dan lifestyle saya.

    Saya nak jadi diri saya yang lebih baik.