• Kelas Membaca - Seni Ajar Membaca

    KELAS MEMBACA ONLINE WHIZTOTS

    Siapa yang ada anak berusia 6 tahun, yang dah pergi sekolah tadika, dah hantar tuisyen, hari-hari nyanyi lagu ABC tapi MASIH BELUM BOLEH MEMBACA?

    Akibatnya anak tak dapat nak buat homework sendiri, tak dapat faham apa cikgu ajar dalam kelas, anak tak suka buka buku, asyik mengelak je bila kita nak ajak dia membaca, cikgu marah anak, tuduh anak kita malas dan degil (padahal belum boleh baca jer pun), kawan-kawan pun ikut ejek-ejek anak kita, anak jadi tak suka nak pergi sekolah, rasa malu dan sedih.

    Kita pun jadi stress sebab nak ajak anak belajar, dia asyik mengelak, kata sakit perut lah, nak pergi toiletlah, laparlah, mengantuk pun ada. Bila balik kampung, atuk nenek, mak sedare bapa sedare asyik tanya soalan yang sama kat anak kita, “Dah pandai baca?”.

    Lepas tu, kita pun rasa malu juga. Nak marah kat anak, rasa serba salah. Nak buat tak kisah je anak belum boleh baca, takkanlah pulak kan. Kesian kat anak. Akhirnya marah kat diri sendiri sebab tak dapat nak bantu anak belajar membaca dengan lancar.

    Makin paksa anak pergi sekolah, makin paksa anak pergi tuisyen, hari-hari setiap saat nyanyi lagi ABC pun, buka buku mengeja perkataan 24 jam sekalipun, makin susah anak nak mahir dan lancar membaca.

    Anak perlu belajar membaca dengan cara yang seiring bagaimana otak anak berfungsi, yang terbukti secara sains neurologi (sains otak), yang tersusun dari mudah ke sukar, yang berulang-ulang (tapi bukan latih tubi) dan yang paling penting mestilah secara bermain barulah anak dapat belajar membaca dengan CEPAT, MUDAH dan BERKESAN!

    Saya pun pernah ada anak yang dah pergi sekolah tadika, yang dah hantar pergi tuisyen, yang dah menyanyi lagu ABC setiap hari tapi masih BELUM BOLEH MEMBACA.

    Walaupun mereka bukan anak saya sendiri, sebagai guru pemulihan yang makanan rujinya ajar membaca, saya ingin melihat anak-anak murid saya ini berjaya membaca dengan lancar. Barulah mereka boleh duduk belajar dalam kelas yang sama dengan kawan-kawan seusia mereka.

    Kadang-kadang tu memang rasa frust mengajar, balik sekolah saya menangis. Rasa macam saya dah cuba segala teknik untuk mengajar. Ajar bukan banyak pun, ABCDE je. 3-5 huruf je sehari. Tapi bila tanya balik esoknya, anak murid dah lupa. Huruf pun tak ingat, macamana nak membaca.

    Sampailah saya jumpa dengan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang membolehkan saya mengajar anak murid saya membaca dengan cepat, mudah dan berkesan.

    Teknik Asosiasi yang dipraktiskan dalam kaedah ini membolehkan anak mengingat bunyi dan huruf dengan mudah. Ada banyak permainan yang dijalankan, anak-anak rasa seronok belajar, tak stress. Mereka ingat mereka bermain, tapi kat hujung kelas, mereka dapat semua yang diajar, dan yang paling penting, mereka tidak lupa.

    Aktiviti hands-on pula membantu anak untuk faham konsep membaca ni dengan cepat. Anak-anak yang jenis tak reti duduk diam tu pun boleh faham dengan mudah bila guna konsep ni.

    Mungkin anda pernah cuba kaedah mengeja atau kaedah suku kata, tapi anak cuma boleh baca kat buku kaedah tu sahaja. Tak boleh baca bila tunjuk buku lain, padahal perkataan yang sama. Nampak anak macam menghafal pula.

    Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku ini lebih berkesan sebab:

    ✅ CEPAT – Ianya selari dengan cara otak berfungsi (terbukti secara sains neurologi yang otak membaca dengan menggabung bunyi demi bunyi)

    ✅ MUDAH – anak hanya perlu hafal 28 bunyi sahaja

    ✅ FITRAH – anak membaca secara gabung bunyi, bukan mengeja-ngeja dan bukan menghafal

    ✅ Kita ajar anak ABC selepas anak LANCAR membaca

    ✅ Anak boleh MENGEJA & MENULIS

    ✅ Anak boleh membaca dalam Bahasa Inggeris juga kerana KAEDAH dan BUNYI sama antara BM dan BI

    Nak anak anda boleh membaca BM dengan CEPAT, MUDAH dan LANCAR?

    Kelas Membaca Online Whiztots adalah kelas online Zoom secara 1-to-1 untuk anak berusia 5 tahun ke atas mula belajar membaca bahasa Malaysia menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku yang terbukti cepat, mudah dan berkesan.

    Ada 2 pakej yang ditawarkan iaitu:

    PAKEJ BASIC (2 KALI SEMINGGU) HANYA RM245 – untuk 7 orang sahaja
    1x Yuran pendaftaran bernilai RM100
    8x sesi kelas online mastery bernilai RM160
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM12
    1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30
    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
    ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50

    * Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman
    ** Yuran bulanan untuk kelas seterusnya adalah RM160 sahaja
    *** Kelas maksimum 8x dalam sebulan

    PAKEJ NORMAL (3 KALI SEMINGGU) HANYA RM285 – untuk 7 orang sahaja
    1x Yuran pendaftaran bernilai RM100
    12x sesi kelas online mastery bernilai RM220
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM12
    1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30
    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
    ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50

    * Kelas Online Mastery adalah kelas one to one dengan tutor melalui aplikasi zoom, tiada rakaman
    ** Yuran bulanan untuk kelas seterusnya adalah RM220 sahaja
    *** Kelas maksimum 12x dalam sebulan

    Untuk info lanjut, boleh terus ke laman web berikut:
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak

    https://www.youtube.com/watch?v=U5s8fJmjgxM
  • Kursus, Seminar, Bengkel

    KURSUS INTENSIF (ONLINE) READEASY PHONICS

    KHAS UNTUK ANDA YANG PERLU BIMBINGAN MENGAJAR ANAK MEMBACA BAHASA INGGERIS!

    Masih lagi mencari-cari kaedah mengajar membaca bahasa inggeris yang berkesan untuk anak anda?

    Pelajari terus kaedah, strategi, pendekatan dan teknik mengajar membaca bahasa inggeris paling CEPAT, paling MUDAH dan paling BERKESAN untuk anak membaca bahasa Inggeris dengan LANCAR!

    KURSUS INTENSIF (ONLINE) KAEDAH MENGAJAR READEASY PHONICS

    SEBUAH KURSUS INTENSIF ONLINE 6 JAM CARA MENGAJAR ANAK MEMBACA BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN KAEDAH READEASY PHONICS YANG CEPAT, MUDAH DAN BERKESAN!

    BERSAMA CERTIFIED TRAINER BACALAH ANAKKU & READEASY
    CIKGU AZLEEN

    TARIKH KURSUS

    28, 29 DAN 30 DISEMBER 2022
    8.30 malam hingga 10.30 malam
    Medium: Zoom
    (Perlu hadir ketiga-tiga hari)

    PAKEJ BASIC RM150 RM70 SAHAJA

    PAKEJ EKSTRA RM600 RM120 SAHAJA

    DAFTAR SEKARANG!
    ezy.la/intensifrez

    KIOF READEASY BASIC
    RM150 RM70 sahaja
    ✅Sesi 3 hari LIVE Kursus Intensif (Online) ReadEasy Phonics

    KIOF READEASY EKSTRA
    RM600 RM120 sahaja
    ✅Sesi 3 hari LIVE Kursus Intensif (Online) ReadEasy Phonics
    ✅ Rakaman sesi 3 hari LIVE Kursus Intensif (Online) ReadEasy Phonics
    ✅Video 10 permainan belajar membaca bahasa Inggeris (Bernilai RM150)
    ✅Video ReadEasy Intermediate Sound Codes (Bernilai RM150)
    ✅Video ReadEasy Advanced Sound Codes (Bernilai RM150)
    ✅BONUS Group Coaching Q&A

    • Soal jawab Kaedah Mengajar ReadEasy (Beginner, Intermediate & Advanced)
    • 9 malam, 4 Januari 2023
    • Live melalui Zoom

    DAFTAR SEKARANG!
    ezy.la/intensifrez

  • Aktiviti Toastmasters - Tips Bisnes Dari Rumah

    My 1st Ice Breaker Speech At Eduleaders Toastmasters Club

    Hi everyone,

    Last Wednesday, I did my first ice breaker speech at Eduleaders Toastmasters Club. Wow, i must say that i am overwhelming.

    Although i have done thousands of speech, but everytime giving a speech it still feels like it was the first time.

    Anyhow, this is the poster:

    And this is the photos taken during the event, courtesy of my club members:

    And this is the video, i recorded using side handphone:

    https://www.youtube.com/watch?v=bUPWpWdDDOk

    Finally, these are some feedbacks from my peers through the whatsapp group:

    There is a lot more for me to learn.

    And below, let me share with you the text:

    Life is like a box of chocolate

    By Nor Azleen binti Abd Rahim

    My eyes was closed, I tried to relax. Suddenly I heard whispering, and it getting louder and louder. I felt like a thousand eyes were staring at me. Hardly, I opened my eyes. To my surprises, there were 3 doctors in a white coats and 7 nurses in blue suits gathered around my bed. They look concerned.

    I asked, “What is it doctor?”

    Assalamualaikum and a very good evening,

    Toastmaster of the day, fellow toastmasters and welcome guests.

    My name is Nor Azleen binti Abd Rahim, but you can call me Leen. I was born the 2nd child of 4, in Johor. My mother was a government servant while my late father, well he was a teacher, a taxi driver, a soldier and a few others.

    I was raised in Johor, I studied throughout my academic years in Johor. My kindergarten and primary school was in kampung, living with my parents. Then I went to boarding school during the secondary years. I took my first degree right after SPM, graduated in BSc Remote Sensing with honors from Universiti Teknologi Malaysia.

    After graduating, I worked as a Research Officer in Selangor for two years. Get married and settled down back in Pasir Gudang Johor. Then I took Diploma in Education and served as a teacher in government school.

    I am a mother of 3, an 11 years old and a 8 years old daughters, and a 5 years old son. I left my job in 2017 to take care of my children. I really thought that I would become a housewife, a fulltime mother, homeschooling my kids. Well, actually I planned that for 7 years before I quit.

    However, I planned and God also planned. His plan is the best. Currently I am living alone in Desaru, Johor. A city that is popular for vacation and staycation. How I ended up here? In desaru and in this toastmasters club.

    Let’s get back to my earlier story. It’s happened 2 years ago.

    I asked, “What is it doctor? Anything wrong with me?”

    To that he replied, “Mam, your oxygen level drop to critical point. Are you having trouble breathing?”

    So, cut story short, I was hospitalised for a week. The doctor prescribed me anti depression medicine and I was on medication for about a year.

    That hospital incident was a turning point for me. I realized that I took care of people that doesn’t care back for me. I prioritised wrong person in my life. I’ve been neglecting myself for a very long time that my body bounced back to me, in a hard way.

    I’ve learnt 3 things from that incident that I would like to share it with you today.

    1st, you have to take care of yourself first. You can’t care for others if you yourself are not well. Start by loving yourself. Putting yourself as a top priorities.

    Mothers and wives, women, we tend to care for other people more than we care for ourselves. We are too afraid about what will others say if our children, our husband, our home doesn’t stand to community standard.

    But putting ourself first do not mean we neglecting or ignoring other people’s need. Learn how to say NO when we need to. Take time to exercise your body. Go for vacation or staycation, either by yourself or with your buddies.

    2nd, get support from our spouses, family members, friends or even local communities. We are not superhero. Don’t be afraid to ask for help from others. We are not expected to do everything by ourself. We are not expected to be perfect, we are human beings.

    When you ask for help and you didn’t get it, don’t take it personal. Depressed people tends to take everything personal.

    If you are being belittled by others, because you are asking for help, don’t be afraid to let go of them. Living in a small supportive circle is better than having many toxic people around you.

    I must admit, that is one of the main reason I joined Toastmasters. To know people, to be able to have a good nice conversation positively. Working online and from home can be lonely for me. I am new in this town and scared to mingle around with the neighbours. People might ask, am I married, where is my kids, why I am divorced. Questions like that is hard to answer for me.

    3rdly, I learnt that we can’t control our fate. We can work as hard as possible, doing everything we could but the result may not to our liking. We make plans, God make plans. And His plan is the best. Trust in Him. Whatever, wherever He puts us in, it’s the best for us.

    I never thought that at the age of 43, I would be single again, without my kids living in with me, don’t have place to call my own, living in a city without knowing anyone. It never crossed my mind that I would be given the opportunity to restart my life, a 2nd chance actually.

    As they say, life is like a box of chocolates, it could have a pink chocolate in it, when we start taking care of ourself, getting the right amount of support from people around us, we may never know what surprises God may have for us.

    I would like to conclude this speech with this,

    “But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, what you know not.”

    Surah Al Baqara Ayah 216.

    Keep calm and trust in God. Thank you.

  • Kisah Cinta

    Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke..

    Masa kita kecil, ulang tahun kelahiran barangkali adalah antara tarikh yang ditunggu-tunggu. Kita rasa ianya adalah tarikh istimewa.

    Barangkali ketika tarikh itulah kita boleh meminta hadiah atau meminta apa sahaja dari ibu bapa tanpa di marah.

    Tapi bila usia dah melewati 40an ini, ulangtahun kelahiran adalah hari yang saya berdoa semoga tidak jadi apa2 yang buruk, semoga Tuhan berikan 1 khabar berita yang baik buat saya.

    Ianya tidak lagi menjadi tarikh istimewa. Barangkali dengan banyaknya perkara yang terjadi 2-3 tahun kebelakangan ini, saya tidak lagi berharap apa-apa yang istimewa.

    Saya cuma ingin hidup normal, tenang dan bahagia.

    Justeru saya sedang cuba belajar menyerahkan hidup saya, kerisauan saya, kekecewaan saya, kebimbangan saya, kesedihan saya, putus asa saya kepada Allah SWT.

    Saya sedang belajar meminta ketenangan dan kebahagiaan untuk menjalani hari-hari akhir kehidupan saya ini.

    Saya sedang berharap agar saya dapat meninggalkan sesuatu warisan buat insan-insan yang menyayangi saya di dunia ini.

    Semoga saya sempat belajar semua ini.

  • Kelas Membaca

    PENDAFTARAN KELAS MEMBACA ONLINE BATCH APRIL 2022

    Pendaftaran Kelas Membaca Online Telahpun Dibuka!

    Ada 7 sahaja tempat kosong!

    Daftar terus di link berikut:
    ezy.la/entrybak

    Jadual kelas yang dibuka untuk pendaftaran:

    BAK108
    Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)
    8.50 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 12 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM259
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan

    BAK114
    Setiap Selasa & Khamis (2 kali seminggu)
    8.50 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 8 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM229
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM160/bulan

    BAK116
    Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)
    9.15 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 12 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM259
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan

    BAK117
    Setiap Selasa & Khamis (2 kali seminggu)
    9.15 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 8 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM229
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM160/bulan

    BAK118
    Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)
    8 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 12 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM259
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan

    BAK119
    Setiap Selasa & Khamis (2 kali seminggu)
    8 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 8 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM229
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM160/bulan

    BAK120
    Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat (3 kali seminggu)
    9.40 malam
    15-20 minit setiap sesi
    Maksimum 12 kali sebulan
    Yuran program + yuran bulan pertama: RM259
    Yuran bulan kedua dan seterusnya: RM220/bulan

    Yuran program meliputi perkara berikut:
    8x/ 12x sesi kelas online mastery bernilai RM160/ RM220
    1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM14
    1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30

    Sekarang ni juga ada promosi tambahan,

    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3

    ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50

    Daftar terus di link berikut:
    ezy.la/entrybak
    .
    .

    Tempat terhad 7 sahaja!

  • Kelas Membaca - Seni Ajar Membaca

    PENDAFTARAN KELAS MEMBACA ONLINE BATCH MAC 2022 TELAHPUN DIBUKA

    Kelas Membaca Online (KMO) adalah kelas membaca personal menggunakan platform zoom untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas belajar membaca dengan cepat, mudah dan berkesan dari rumah sahaja.
    .

    Pendaftaran untuk bulan Mac telahpun dibuka sekarang. Ada banyak pilihan jadual waktu:
    .

    BAK106 – setiap Selasa dan Khamis, 9.15 pm, tutor Fatiha
    BAK107 – setiap Isnin dan Rabu, 8.50 pm, tutor Fatiha
    BAK108 – setiap Isnin dan Rabu, 9.15 pm, tutor Fatiha
    BAK109 – setiap Sabtu dan Ahad, 11.05 am, tutor Azreena
    BAK111 – setiap Selasa dan Jumaat, 8.50 pm, tutor Azreena
    BAK113 – setiap Selasa dan Khamis, 8.50 pm, tutor Fatiha
    BAK114 – setiap Isnin dan Rabu, 9.40 pm, tutor Fatiha
    .

    Semua kelas ini adalah one to one dengan tutor, 2 sesi seminggu, maksimum 8 kali dalam sebulan, dan 15-20 minit setiap sesi.
    .

    Yuran untuk Pakej Basic hanyalah RM229 sahaja. Anda akan dapat:

    • 8x sesi kelas online masteri bernilai RM160
    • 1x set Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku bernilai RM47
    • 1x set Buku Aktiviti Fonetik Ekspres bernilai RM10
    • 1x Laporan Perkembangan Anak bernilai RM30
      .

    BONUS: 1x set Siri Bacaan Awal Bacalah Anakku bernilai RM34
    BONUS: 1x poster Lagu Abu Ada Ayam bernilai RM3
    BONUS: 1x Carta Bunyi Bacalah Anakku bernilai RM3
    .

    ISTIMEWA: Surprise Bonus bernilai RM50
    .

    Yuran bulanan untuk seterusnya adalah RM160 sahaja.
    .

    Untuk maklumat lanjut dan membuat pendaftaran, boleh terus ke laman web:
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak
    ezy.la/entrybak
    .

  • Pendidikan Awal Kanak-kanak - Tips Parenting

    CARA SETTING REMINDER KELAS ANAK

    “Cikgu, boleh tak minta tutor hantar mesej remind kelas 10 minit sebelum? Saya selalu lupalah kelas anak.”
    .

    “Erkkk..”
    .

    “Minta maaf puan, kelas kami back to back selama 2 jam. Tutor ada masa lebih kurang 5-10 minit sahaja antara kelas untuk mereka merekod kelas yang telah dijalankan dan bersedia untuk kelas berikutnya. Kadang-kadang nak pergi tandas atau nak minum air pun tak sempat. Jadi saya tak boleh nak suruh tutor hantar mesej reminder sebegitu.”
    .

    “Saya cadangkan puan download Google Calendar di handphone dan gunakannya untuk reminder kelas anak. Saya sendiri pun set reminder kelas di Google Calendar sebab biasalah, dengan schedule harian kita yang sibuk, memang kadang-kadang saya sendiri pun lupa kelas.”
    .

    Hari ini saya nak kongsikan dengan kalian bagaimana nak settingkan reminder kelas anak dengan menggunakan Google Calendar.
    .

    Mula-mula, pergi download Google Calendar kat Appstore atau Google Playstore. Tapi kalau korang guna android, rasanya Google Calendar ni memang dah pre-installed.
    .

    Kemudian korang buka Google Calendar ni, korang klik butang ‘+’ kat bawah kiri, dan klik ‘event’. Kalau korang guna bahasa melayu, pepandailah sendiri translate ya.
    .

    Masukkan tajuk, contohnya “Kelas Ungku”. Ungku tu nama anak saya. Korang letaklah nama anak korang. Setkan tarikh kelas yang terdekat, dan juga masa kelas.
    .

    Kemudian, korang klik “more option”. Klik “does not repeat”. Pilihlah kelas anak korang tu setiap minggu ke, setiap bulan ke, setiap tahun. Kalau kelas membaca online, 2 kali seminggu, korang kena setkan semua step yang sama ni 2 kali, 1 kali untuk setiap 1 hari.
    .

    Kemudian, skrol ke bawah sampai jumpa gambar loceng. Kat sinilah tempat kita nak setkan reminder. Korang boleh pilih, nak reminder by emel, atau nak reminder kat hp sahaja. Boleh pilih nak 10 minit sebelum, 30 minit sebelum, sejam sebelum, 12 jam sebelum.
    .

    Dah siap tu jangan lupa klik save.
    .

    Ulang step ni untuk semua kelas anak korang. Lepas ni, takdelah lagi kes terlupa kelas ya.
    .

    Untuk penjelasan yang lebih detail, boleh klik kat deretan gambar di bawah ini.
    .

    Semoga bermanfaat.
    .

  • Tips Parenting

    TIPS JAGA MOOD BELAJAR ANAK

    “Dia menangis pula ni cikgu, tak nak masuk kelas. Nak buat macamana ni? Dah puas saya pujuk.”

    Nak belajar ni bukan boleh dipaksa-paksa. Apabila dipaksa, walaupun anak duduk belajar, otaknya akan menolak apa yang diajar. Itu menyebabkan ajar banyak kali pun, anak tak dapat-dapat juga.

    Akhirnya mak ayah juga yang stress dan anak kena marah lagi dan lagi.

    Hari ni saya nak kongsikan 3 tips bagaimana kita boleh menjaga mood belajar anak.

    1 Pastikan anak cukup makan.

    • Kebanyakan anak kecil tidak tahu memberitahu yang mereka lapar.
    • Mereka hanya tahu untuk bersikap cranky dan grumpy walhal sebenarnya mereka lapar
    • Perut yang lapar semasa belajar akan mengganggu fokus dan perhatian mereka
    • Berikan anak makan antara 30 ke 60 minit sebelum kelas bermula
    • Sekiranya terlewat beri makan dan waktu kelas sudah terlalu dekat, berikan makanan yang ringan dan cepat hadam seperti roti atau coklat sahaja dulu
    • Jika makan makanan berat sejurus sebelum waktu kelas, proses penghadaman juga boleh mengganggu fokus dan perhatian

    2 Pastikan anak cukup tidur

    • Jika anak ada kelas pada waktu malam, pastikan anak tidur 1-2 jam pada waktu tengah hari
    • Elakkan anak dari tidur terlalu lewat (melebihi 10 malam) pada waktu malam
    • Kejutkan anak bangun tidur paling lewat sekitar 8 pagi, supaya mereka cukup penat untuk tidur pada waktu tengah hari
    • Anak yang mengantuk dan keletihan tidak dapat fokus semasa belajar dan cenderung untuk membuat kesilapan

    3 Pastikan anak cukup main

    • Tahu tak bahawa anak perlu bermain bebas 2-3 jam setiap hari?
    • Bermain bebas bermakna mereka yang memilih jenis permainan yang mereka inginkan
    • Bermain bebas membentuk skil kreativiti dan kepimpinan dalam diri anak
    • Bermain bebas ini sebaiknya dalam bentuk fizikal seperti berlari, melompat, berguling dan memanjat, bukan setakat dalam handphone sahaja tau
    • Anak yang dapat bermain secukupnya lebih bersedia untuk duduk belajar tanpa perlu dipaksa

    Nah, saya harap tips ini dapat membantu ibu bapa yang struggle nak paksa anak duduk belajar.

  • Kisah Cinta

    BERTENANG

    Sejak dua tiga hari ni saya mula menulis di blog ini, fikiran rasa lebih tenang, hati tidak lagi begitu kusut.

    Ya, memang dari dulu lagi, dari zaman 20an saya suka menulis di blog.

    Kalau sekarang ni trendingnya menulis di FB, tapi di FB saya tak boleh menulis kisah peribadi. Ghisau. Hahahha.

    Kalau kat blog ni dah tak berapa ramai orang baca kan. Kebarangkaliannya untuk viral juga rendah.

    Hari ni tiba-tiba kak zah call saya. Dup dap dup dap juga saya.

    Yalah, beberapa hari yang lepas saya nampak kak zah up story angah zul koma kerana covid.

    Tapi semalam saya nampak kak zah up story lagi kata angah zul dah sedar kembali.

    Tiba-tiba hari ni call.. Mana tak dup dap dup dap.

    Dan waalupun waktu tu dah pukul 7.40 malam, hampir dengan waktu kelas saya, saya tetap angkat juga.

    Alhamdulillah, angah zul telah dimasukkan ke wad biasa.

    Rupanya kak zah kehilangan nombor telefon saya. Sebab tu dia tak maklumkan keadaan angah zul.

    Bila saya tanya dari mana dia dapat no saya, katanya bekas suami telefon dia bertanyakan hal angah zul. Kemudian kak zah minta no tel saya dari bekas suami.

    “Ada ke dia kat situ?”

    “Siapa kak zah?”

    “Alaaa cik abang awak lah.”

    Erkkk macam nak tercekik juga.. hahahaha..

    “Sebenarnya kami dah berpisah..”

    Patutlah selama berpuluh tahun ni tak pernah dia call kak zah, tiba-tiba dia dm minta no kak zah dan no cik sam. Kemudian dia wasap, terus call.

    Eh, pandai rupanya guna wasap. Saya ingat tak pandai. Sebab wasap saya tak dijawab selalunya.

    Eh, bukan sejak cerai tau wasap saya tak dijawab. Antara sebab yang membawa kepada penceraian tu ler dia, kes wasap tak berjawab.

    Bukan dry text, dry hati dan perasaan.

    Tapi tulah kan, prihatin dan mengambil berat juga. Kak Zah dan Cik Sam adalah keluarga angkat saya.

    Terus teringat juga kisah yang lalu kat wall fb saya tadi. Bagaimana seorang suami yang begitu mengambil berat perihal orang lain, anak orang, tapi berlaku kejam dan tidak adil terhadap diri sendiri.

    Sebabnya, benda dah sah jadi milik dia, apa dia nak kesah,

    Bukan saya yang cakap, orang yang tulis story lalu kat wall saya yang cakap.

    Sebenarnya saya masih juga cuba melepaskan hal-hal ini. Saya juga berfikir kenapa saya masih sukar melupakan, masih lagi teringat-ingat, macam mengungkit.

    Mungkin saya masih berharap dia minta maaf. Walaupun dia lafazkan maaf semasa di mahkamah, saya tak dapat rasa keikhlasan itu. Kerana maaf yang dilafazkan tidak seiring dengan perbuatan yang dia lakukan selepas itu.

    Tapi saya tahu, saya tidak akan mendapat permohonan maaf itu kerana sepanjang perkahwinan pun, tidak pernah dia melafazkan maaf walaupun ketika terang lagi bersuluh sesuatu perkara itu salahnya.

    Kalau semasa kawin pun tak dapat, apatah lagi dah bercerai.

    Berhenti berharap. Saya harap dengan luahan di blog ini, saya dapat memaafkan diri saya kerana gagal mempertahankan perkahwinan ini, dan saya nak move on.

  • Kursus, Seminar, Bengkel

    PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF (ONLINE) FONIK READEASY BATCH FEB/22

    Lebih baik kau je ajar anak sendiri!

    Hantar tadika mahal-mahal pun masih lagi belum boleh membaca.

    Ini kisah apa yang jadi pada Mira:

    Sejak Mira hantar anak ke tadika, dia tak pernah tengok anak dia membaca.

    Kalau dia tanya kat anak dia pun, anak dia kata “Nantilah mama.”

    Pernah sekali tu anak Mira menangis teruk bila Mira ajak baca buku. Mira terus panik taktau nak buat apa. Paling teruk sekali, nak pujuk anak dia pun dia tak tahu nak cakap apa.

    Itulah anak-anak, main reti tapi membaca tak nak. Haha!

    Kawan-kawan Mira dah berbuih mulut suruh Mira pergi join kursus ajar anak membaca. Bukan apa, risau kalau anak masuk darjah 1 masih tak boleh membaca, sebab:

    1- Anak tak boleh faham cikgu ajar apa dalam kelas
    2- Anak tak boleh buat kerja sekolah yang cikgu bagi dan tak boleh nak jawab periksa
    3- Anak jadi murung dan merendah diri sebab selalu diejek oleh kawan-kawan

    Kawan-kawan Mira ada je bagi cadangan pada Mira suruh join Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy. Memang peserta yang join kursus tu akan dapat hasil yang tip top!

    Tapi macam biasa lah. Mira ni bukannya suka dengar cakap orang pun. Buat hal sendiri je.

    Kalau join Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy memang sangat berbaloi dengan harga sebab:

    1- Anak sanggup belajar lebih lama dan lebih kerap, siap merayu-rayu minta mak bacakan buku.
    2- Anak tak perlu nak kenal atau hafal ABC dulu, tak perlu nak buat latih tubi sampai berejam-rejam sehari.
    3- Anak cepat je boleh membaca dengan lancar

    Tak padan dengan harga kursus dan hasil yang tip top.

    Siapa-siapa yang pernah join Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy je akan tau betapa berbaloinya join kursus tu. Kawan-kawan Mira memang dah jadi pelanggan setia sebab mereka puas hati dengan kursus dan hasil kat Whiztots.

    Tambah pula dah nak naik sekolah, mesti la kena ajar anak membaca bagi lancar. Nanti cikgu tanya, laju je anak membaca.

    Pada bulan Februari ini, Whiztots akan buat Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy pada 14 hingga 17 Februari 2022, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

    Kursus dijalankan secara online, pakai zoom je. Tak payah nak keluar pergi mana-mana, belajar je dari rumah.

    Siapa-siapa yang siang hari bekerja, masih lagi boleh join sebab kursus dibuat pada malam hari.

    Dalam Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy, anda akan belajar semua ini:

    Modul 1: What is phonics
    Modul 2: English Sound Code (Beginner Level)
    Modul 3: How to teach sound
    Modul 4: How to teach symbol
    Modul 5: How to teach blending (reading)

    Ada lagi modul bonus iaitu:

    Bonus 1: How to teach reading while playing
    Bonus 2: How to prepare your child to learn english easily
    Bonus 3: English Sound Code (intermediate level)
    Bonus 4: English Sound Code (Advanced level)
    Bonus 5: Surprise! Surprise! Surprise!

    Rugi besar kalau tak pernah join Kursus Intensif (Online) Fonik Readeasy di Whiztots. Tambah pula dah naik sekolah ni.

    Disebabkan tempat Kursus Intensif (Online) Fonik ReadEasy ni terhad, dinasihatkan untuk buat tempahan segera.

    Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh klik link ini:
    ezy.la/intensifrez
    ezy.la/intensifrez
    ezy.la/intensifrez

    #powerupmychild

  • Kisah Cinta

    Ketakutan

    Saya bukanlah percaya sangat dengan mimpi, tapi kadang2 mimpi tu menunjukkan perasaan kita.

    Jadi saya google apakah maknanya mimpi ditinggalkan ex.

    Salah satu tafsiran mimpi itu berkait dengan perasaan saya.

    Katanya mungkin semasa hubungan masa lalu ianya berakhir dengan kesakitan yang melampau.

    Lalu bila kita berhadapan dengan hubungan baru, kita risau, kita takut jika kesakitan hubungan masa lalu itu berulang semula.

    Beberapa hari sebelum mimpi tu, saya ada bercakap pada dad. Saya takut jika keadaan perkahwinan saya sebeluk ini berulang semula.

    Macamana saya nak tahu yang hubungan kali ini tidak akan jadi seperti dulu.

    Memang b berbeza. Dia melayan saya dengan penuh hormat dan kasih sayang.

    Dia tidak menyembunyikan perkara dari saya. Walaupun dia tidaklah menceritakan semua perkara tapi kalau saya tanya dia akan cerita.

    Dia open pada saya.

    Saya rasa dihormati, dikasihi dan dilindungi.

    Dan dia juga tahu semua kisah saya.

    Cuma sedikit sebanyak masih ada risau dan takut.

    Barangkali itu yang membawa sampai saya termimpi-mimpi.

    Doakan kami.