Tak Perlu Lama, 10–15 Minit Sehari Pun Cukup

Saya nak mulakan dengan pengakuan jujur.
Ayat ni pernah jadi alasan rasmi saya juga 😅

“Hari ni tak sempat ajar.”
“Esoklah… hari ni penat.”
“Nantilah bila ada masa panjang sikit.”

Masalahnya, masa panjang tu tak pernah muncul.
Yang muncul cuma:

  • pinggan tak basuh
  • baju tak lipat
  • mesej WhatsApp tak habis balas

Dan akhirnya…
anak pun tak mula apa-apa 📦


Hakikatnya, Ibu Tak Perlukan Masa Panjang

Ibu cuma perlukan mula.

Belajar membaca tak perlukan sejam.
Tak perlukan meja cantik.
Tak perlukan suasana Pinterest ✨

Untuk anak 4–5 tahun,
10–15 minit sehari dah cukup.

Serius.


Otak Anak Belajar Lebih Baik Dalam Sesi Pendek

Anak kecil ni bukan bateri kereta.
Dia bateri jam tangan ⌚

Kalau terlalu lama:

  • dia penat
  • dia bosan
  • dia hilang fokus

Tapi bila pendek dan konsisten:

  • dia seronok
  • dia tak rasa tertekan
  • dia nak ulang lagi esok

Dan itu sebenarnya power sebenar pembelajaran.


10–15 Minit Tu Boleh Jadi Macam Mana?

Contoh realistik ya, bukan versi ideal 😆

  • 3 minit: kenal satu bunyi
  • 5 minit: buat satu aktiviti ringkas
  • 2 minit: ulang sebut bunyi
  • 3 minit: berhenti sebelum anak penat

Siap.

Tak sempat pun tak apa.
Buat sedikit tapi kerap jauh lebih baik
daripada sekali lama lepas tu tinggal.


“Tapi Saya Betul-Betul Sibuk…”

Saya faham.
Sebab saya pun ibu yang sama:

  • kerja
  • urus rumah
  • urus emosi sendiri 😮‍💨

Sebab tu saya tak percaya sistem yang:
❌ perlukan masa lama
❌ perlukan persediaan rumit
❌ buat ibu rasa gagal bila tertinggal sehari

Belajar membaca sepatutnya fit into life,
bukan tambah tekanan hidup.


Aktiviti Ringkas Yang Tak Buat Ibu Berfikir Panjang

Itulah sebab saya susunkan
eBook Aktiviti Jom Fonik
dengan konsep:
✔️ satu bunyi
✔️ satu sesi pendek
✔️ satu langkah jelas

Ibu buka → buat → tutup.
Tak perlu fikir:

“Hari ni patut ajar apa?”

Kalau sebelum ni ibu rasa “tak sempat”,
mungkin bukan sebab ibu malas.

Mungkin sebab cara tu tak mesra ibu sibuk 🌱

Dan bila cara dah betul,
10–15 minit pun boleh buat perubahan besar.

Similar Posts

Leave a Reply