Kalau Anak Masih Keliru Bunyi, Jangan Terus Tambah Buku

Saya nak cerita satu situasi yang terlalu biasa berlaku dalam rumah ibu-ibu.
Dan besar kemungkinan… ibu pernah buat juga 😅

Anak keliru bunyi.
Bila sebut /m/ jadi “em”.
Bila gabung, makin blur.

Reaksi spontan ibu?

“Mungkin buku ni tak sesuai.”

Esoknya…
beli buku lain.
Minggu depan…
print worksheet baru.
Bulan depan…
rak buku makin penuh 📚

Anak?
Masih keliru.


Hakikat Yang Agak Pedih (Tapi Perlu Dengar)

Masalah selalunya bukan kurang bahan.
Tapi terlalu banyak bahan.

Bila anak belum betul-betul faham bunyi,
tambah buku baru tak semestinya membantu.

Kadang-kadang yang berlaku:

  • cara ajar berubah-ubah
  • simbol lain-lain
  • arahan berbeza

Otak anak jadi:

“Eh… yang mana satu ni betul sebenarnya?” 🤯


Anak Perlukan Ulangan, Bukan Variasi

Ini yang ramai ibu terlepas pandang.

Untuk anak kecil,
ulangan = pembelajaran.

Bukan bosan.
Bukan mundur.

Kalau hari ni buat bunyi /m/,
esok buat lagi bunyi /m/
lusa pun buat /m/
itu sebenarnya menguatkan laluan dalam otak.

Tapi bila ibu tukar buku setiap kali anak keliru,
anak tak sempat kukuhkan apa-apa.


Less Is More (Terutamanya Untuk Anak 4–5 Tahun)

Anak tak perlukan:
❌ 10 buku fonik
❌ 20 jenis worksheet
❌ 5 kaedah serentak

Anak perlukan:
✔️ satu sistem jelas
✔️ satu cara konsisten
✔️ satu langkah kecil tapi diulang

Kualiti jauh lebih penting
daripada kuantiti.


Saya Pun Pernah Buat Silap Yang Sama

Saya ingat bila tambah bahan,
anak akan “klik”.

Rupanya yang buat anak klik bukan buku baru,
tapi keyakinan bila dia rasa:

“Oh… bunyi ni aku dah kenal.”

Dan keyakinan tu datang daripada
buat benda yang sama…
berulang kali…
tanpa tekanan.


Sebab Itu Saya Selalu Cadang Fokus Satu Sistem Dulu

Saya susunkan
eBook Aktiviti Jom Fonik
dengan urutan jelas dan aktiviti berulang,
supaya ibu tak perlu lompat-lompat cari bahan lain.

Bila anak keliru,
bukan tambah buku.

Tapi ulang dengan cara yang sama,
lebih tenang,
lebih perlahan.

Kalau rak buku ibu dah penuh,
tapi anak masih keliru bunyi…

mungkin bukan anak yang perlukan lebih banyak bahan,
tapi kurang gangguan 🌱

Similar Posts

Leave a Reply