AKTIVITI MENGENAL RUPA & BENTUK /n/
Pernah tak ibu rasa anak “kenal huruf”, tapi bila suruh tulis… terus blur?
Pensel jatuh. Jari keras. Anak tarik muka. Ibu pula tarik nafas panjang 😮💨
Itulah sebabnya di muka surat 34 dalam eBook Aktiviti Jom Fonik, saya tak terus suruh anak tulis dengan pensel.
Kita mula dengan plastisin & water colour.
Aktiviti ni nampak simple — bentuk huruf ‘n’ guna jari.
Tapi sebenarnya, inilah asas penting sebelum anak benar-benar bersedia menulis.
👉 Kenapa plastisin?
Bila anak picit, gentel dan bentuk plastisin:
• otot jari jadi lebih kuat
• koordinasi mata & tangan bertambah baik
• otak “rekod” bentuk huruf melalui sentuhan
Ini bukan main kosong.
Ini latihan motor halus yang sangat diperlukan sebelum pegang pensel.
👉 Apa yang biasanya berlaku di rumah?
Ada anak yang mula-mula buat bentuk ‘n’ jadi ular 🐍
Ada yang tekan kuat sangat sampai plastisin melekat kat meja.
Ada yang gelak sebab “huruf ni macam jambatan!”
Dan di situlah magic dia ✨
Anak tak rasa sedang belajar.
Dia rasa sedang bermain.
Dalam masa yang sama, ibu boleh sebut perlahan:
“Ini bunyi /n/… nnn…”
Tak perlu paksa cantik.
Tak perlu betulkan setiap kali.
Cukup ulang bunyi + bentuk.
Sebab matlamat muka surat 34 bukan tulisan lawa.
Matlamatnya:
✔ anak kenal bunyi /n/
✔ anak ingat bentuk huruf ‘n’
✔ anak rasa selamat untuk mencuba
Bila asas ni kuat, barulah:
• muka surat seterusnya (tulis dengan krayon) jadi lebih mudah
• anak kurang melawan
• ibu kurang stres
Kalau ibu perasan, eBook Aktiviti Jom Fonik memang sengaja susun aktiviti begini.
Main dulu.
Rasa dulu.
Faham dulu.
Baru tulis.
📘 Kalau ibu nak ajar membaca tanpa tekanan, tanpa drama, dan ikut rentak anak,
saya kumpulkan semua aktiviti hands-on ni dalam eBook Aktiviti Jom Fonik – Set 1.
Harga masih harga sokongan buat ibu yang nak mula perlahan 🤍
👉 Dapatkan di link bio / komen pertama.
Pelan-pelan kayuh, sampai juga ke seberang.
Yang penting, ibu masih cuba — dan itu dah cukup 💕


