Anak Dah Boleh Baca, Tapi Bila Nak Menulis?

“Bila suruh baca, dia boleh. Bila suruh tulis… dia pandang ibu.”

Ibu sebut, “Cuba tulis ‘ma’.”

Anak pegang pensel. Tunggu.

“Ibu, huruf apa dulu?”

Ibu pun tertanya-tanya. Tadi boleh baca, kenapa sekarang perlukan bantuan?

Membaca dan menulis berdasarkan bunyi melibatkan latihan yang berbeza.

Semasa membaca, anak melihat huruf dan menggabungkan bunyinya.

Untuk menulis, anak perlu mendengar, mencerakin bunyi dan memilih huruf yang mewakilinya.

Cuba latihan ringkas ini tanpa pensel dahulu.

Sebut “ma”. Kemudian, tunjukkan cara memisahkan bunyinya:

/m/ … /a/

Letakkan dua penutup botol di atas meja. Sentuh satu penutup bagi setiap bunyi.

Selepas itu, sediakan kad huruf m, a dan s.

Ajak anak pilih huruf untuk bunyi /m/, kemudian /a/. Susun dari kiri ke kanan dan baca semula “ma”.

Kalau anak belum dapat memilih, tunjukkan dahulu. Buat bersama-sama sebelum memintanya mencuba sendiri.

Apabila anak semakin faham, barulah sambung dengan menulis huruf sambil menyebut bunyinya.

Ibu kini ada langkah untuk membimbing apabila anak bertanya, “Huruf apa dulu?”

Dalam Kombo eBook Aktiviti Jom Fonik Set 1–5, terdapat latihan kotak fonik dan eja jari untuk membimbing anak mencerakin bunyi.

Aktiviti ini melengkapkan latihan mengenal bunyi, menggabung bunyi dan membaca.

Pilih latihan mengikut penguasaan anak. Ulang apabila masih perlukan bimbingan.

Nak bahan untuk berlatih membaca dan membina asas mengeja bersama anak?

Lihat contoh aktiviti dan dapatkan kombo di sini:
https://jomfonik.com/ebook-aktiviti/

📌 Produk digital PDF. Cetak sendiri; tiada buku fizikal dihantar.

Simpan aktiviti ini untuk dicuba bersama anak.


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

Leave a Reply