Asyik Mewarna, Bila Nak Membaca?

“Asyik mewarna dan main plastisin… bila anak nak belajar membaca?”

Ibu tengok anak tekun menggolek plastisin.

Seronok dia membentuk huruf. Tapi dalam hati, ibu tertanya-tanya…

“Aktiviti macam ni membantu ke? Atau sekadar bagi dia leka?”

Lebih-lebih lagi apabila ibu sedang menunggu anak mula membaca perkataan pertama.

Aktiviti bermain boleh menjadi latihan fonik apabila kita jelas kemahiran yang mahu dibimbing.

Contohnya, membentuk huruf m dengan plastisin.

Sambil anak membentuk, ibu tunjuk huruf itu dan sebut bunyi /m/.

“Mmm… mata.”

Kemudian, ajak anak menyebut bunyi bersama-sama.

Selepas selesai, tunjuk huruf m pada kad atau halaman lain.

“Ini bunyi apa?”

Jika anak belum ingat, sebutkan semula dengan tenang.

Dalam aktiviti ini, plastisin memberi anak peluang membentuk huruf sambil ibu menghubungkan bentuk huruf dengan bunyinya.

Begitu juga ketika mewarna gambar mata.

Ibu boleh sebut “mata”, tekankan bunyi awal /m/ dan tunjuk huruf yang mewakilinya.

Tujuannya lebih jelas apabila aktiviti disertai perbualan dan bimbingan ibu.

Namun, untuk belajar membaca, anak juga perlukan latihan menggabungkan bunyi. Selepas mengenal bunyi dan huruf, teruskan dengan langkah yang sesuai mengikut penguasaannya.

Sebab itu Kombo eBook Aktiviti Jom Fonik Set 1–5 mengandungi pelbagai aktiviti berperingkat.

Ada mewarna, memadan, membentuk huruf, gabung bunyi, kotak fonik serta bacaan perkataan dan ayat pendek.

Ibu boleh memilih aktiviti mengikut kemahiran yang sedang anak bina.

Nak lihat bagaimana aktiviti ini disusun?

Lihat contoh dan dapatkan kombo di sini:
https://jomfonik.com/ebook-aktiviti/

📌 Produk digital PDF. Cetak sendiri; tiada buku fizikal dihantar.

Anak ibu paling suka aktiviti mewarna atau membentuk huruf dengan plastisin?


Discover more from Cikgu Azleen

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Similar Posts

Leave a Reply