10 Minit Sehari Pun Cukup: Rutin Fonik Harian di Rumah
“Saya kerja full time, balik rumah dah penat. Mana sempat nak ajar anak membaca?”
Kalau anda pernah rasa macam ni, anda tak keseorangan. Tapi… tahukah anda, dengan hanya 10 minit sehari, anak anda boleh mula kenal bunyi dan bina asas membaca yang kukuh?
Ibu Bapa Sibuk, Tapi Risau Anak Ketinggalan
Ramai ibu bapa tahu pentingnya ajar anak membaca awal, tapi bila jadual harian penuh:
❌ Tak cukup masa
❌ Anak asyik nak main
❌ Rasa tak yakin nak ajar
Akhirnya, belajar membaca ditangguh — dan anak mungkin terlepas masa emas untuk mula suka membaca.
Rutin Fonik 10 Minit Yang Realistik & Berkesan
Kita tak perlukan satu jam sehari. Yang penting: konsisten dan menyeronokkan. Dengan rutin 10 minit ini, anak boleh belajar bunyi secara santai — dan tak terasa pun itu ‘belajar’.
🗓 Contoh Rutin Harian Fonik (10 Minit):
| Masa | Aktiviti Ringkas |
| 2 minit | Sebut satu bunyi sahaja (contoh: /m/) |
| 3 minit | Echo bunyi – gaya robot, raksasa, bisikan |
| 5 minit | Main teka bunyi atau tap jari gabung bunyi |
Semua ini boleh dibuat sambil:
🚗 Dalam kereta
🛁 Waktu mandi
🍽 Sambil makan
🛏 Sebelum tidur
Anak Seronok, Ibu Ayah Tenang
Bila jadikan fonik sebahagian daripada rutin harian:
🌟 Anak cepat cam bunyi & berani cuba sebut
🌟 Belajar membaca jadi waktu bonding yang fun
🌟 Ibu bapa rasa lebih yakin dan tak terbeban
Lebih baik 10 minit konsisten, daripada 1 jam yang sekali-sekala dan penuh tekanan!
Nak mula rutin fonik 10 minit tapi tak tahu nak guna apa?
🎁 Download Pakej Mini Fonik PERCUMA – ada aktiviti mudah, panduan bunyi & jadual ringkas yang anda boleh ikut terus!
Dan kalau nak lebih bimbingan?
🧑🏫 Kelas Membaca Online Jom Fonik sedia bantu anda kekal konsisten. Kami sediakan aktiviti interaktif, rakaman ulangkaji dan komuniti sokongan ibu bapa.


